Menghirup kopi sambil menghayati panorama penuh kehijauan dalam suasana yang penuh ketenangan dan kesantaian bukan lagi mimpi siang. Persekitaran ala resort yang menampilkan kediaman kontemporari yang diserasi keharmonian alam semulajadi memang memukau. Sedap mata memandang, sedap lagi masuk mendudukinya.

Kediaman idaman, persekitaran cantik dan kehidupan bergaya – gabungan tiga elemen mantap yang menjamin kebahagiaan isi rumahnya. Apatah lagi rekaan yang serba lengkap dengan kemudahan moden bagi memenuhi keperluan berehat, berhibur, ataupun bersosial.

Jauhkan diri anda daripada kesesakan dan kesibukan bandar kerana ianya memburukkan lagi tekanan hidup yang kian meningkat. Apa yang anda perlu sekarang ialah kehidupan yang tenteram dan selesa. Ruang hijau yang luas, tapak permainan kanak-kanak yang bertenaga, kelengkapan rekreasi yang anggun, dan kemudahan sosial yang menyegarkan jiwa.

Menghuni di dalam persekitaran yang selamat di bawah pembangunan berpagar dan berpengawal mampu memastikan privasi anda sentiasa terpelihara. Pada masa yang sama, memupuk semangat kejiranan melalui perumahan serumpun berdensiti rendah di dalam kawasan ekslusif seluas 41 ekar adalah mudah dan menyenangkan.

Bagi kaki golf, bukan saja anda ditemani halaman golf sepanjang masa, malah dicurahi inspirasi untuk memantapkan permainan anda setiap hari. Anda turut diberkati satu benda yang amat berharga – peluang bergaul dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama. Dengan kata lain, masing-masing bersama memacu sebuah komuniti yang disuburi ikatan kekeluargaan dan kejiranan. Di sinilah terletaknya kediaman idaman anda!.

Namun, masihkah anda sentiasa dihantui tekanan hidup bandar yang semakin meningkat? Lebih-lebih lagi Kuala Lumpur. Harga hartanah yang meroket, kos sara hidup yang melambung, kesesakan lalu lintas, petempatan densiti tinggi dan pencemaran udara. Macam-macam kegelisahan yang membuatkan anda kian hari kian terhimpit.

Kini ramai yang mengalih tumpuan mereka ke petempatan pinggir bandar besar untuk mencapai keseimbangan antara kehidupan dan kerja. Seremban yang terletak di selatan ibu kota yang kini berkembang pesat merupakan pilihan popular dari segi jaringan jalan raya, infrastruktur dan kemudahan awam. Ia dihubungkan oleh lebuhraya LEKAS dan PLUS untuk kemudahan anda berulang-alik antara tempat kerja dan kediaman anda.

Sekiranya anda sedang mencari petempatan densiti rendah yang eksklusif, Residensi SIGC daripada pemaju mapan Matrix Concepts berazam merealisasikan impian anda.

Terokai lanjut gaya hidup baru anda di https://residensisigc.com.my/ atau hubungi 1800 882 688.

Daftar SEKARANG di Google Form bawah dan wakil MCHB akan menghubungi anda secepat mungkin.