Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Kediaman idaman sedia didiami dengan hadiah bernilai RM165,000 sedia dimenangi
Diterbitkan:  May 27, 2020 5:05 PM
Dikemaskini: May 28, 2020 6:01 AM

Pemilikan kediaman impian kini menjadi lebih mudah bagi golongan berpendapatan pertengahan B40 dan M40, atas faktor-faktor mesra rakyat. Pelbagai perancangan, perkhidmatan dan bantuan telah dilaksanakan untuk merealisasikan aspirasi sebegini supaya rakyat Malaysia dapat menikmati keselesaan dan kemudahan petempatan berkualiti di kawasan bandar atau pinggir bandar.

Ini ditambah lagi dengan beberapa kali penurunan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sejak dua tahun kebelakangan ini yang mewujudkan persekitaran pembiayaan yang lebih kondusif untuk pembelian hartanah. Lebih-lebih lagi permintaan untuk kediaman mampu milik tetap menjadi tumpuan dasar pembangunan negara.

Sambutan Aidilfitri yang lebih unik

Berita yang amat menceriakan kita semua sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berbeza di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini ialah kesungguhan PR1MA menerajui inisiatif perumahan mampu milik yang masih terus menjana momentum di seluruh negara.

Usah panik, anda mampu memiliki seunit kediaman PR1MA hanya dengan harga daripada serendah RM100,000! Bukan itu sahaja, tawaran hebat “iDealfitri Special” sempena musim perayaan ini pasti menjadikan komitmen jangka panjang anda lebih berbaloi dan tepat masanya.

Promosi yang amat istimewa ini menawarkan pelbagai insentif kewangan dalam bentuk BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM165,000. Tiga kategori hadiah cabutan bertuah sedia dimenangi - BSN SSP bernilai RM10,000 (5x), RM5,000 (15x) dan RM2,000 (20x) menanti anda.

Peluang keemasan memiliki kediaman idaman beserta cabutan bertuah yang dibuka sehingga 30 Jun 2020 ini melibatkan 19 projek berkualiti yang telah siap dibina dan sedia untuk didiami di pelbagai lokasi strategik di negeri Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Lokasi strategik di seluruh negara

Bagi anda yang ingin menetap di Kedah, pilihan yang sedia ada ialah Residensi Sungai Petani 1, Residensi Sungai Petani 2, Residensi Kuala Ketil dan Residensi Padang Meha.

Di Perak, anda boleh memilih Residensi Kamunting, Residensi Bagan Serai, Residensi Kampar, Residensi Bandar Meru Raya, Residensi Kampung Paloh, Residensi Falim, Residensi Tapah atau Residensi Lumut.

Ibu kota Kuala Lumpur turut memperagakan dua projek, iaitu Residen Alam Damai dan Residensi Jalan Jubilee.

Jika Johor berkenan di hati anda, sasarkanlah Residensi Bandar Layangkasa.

Sabah pula dibarisi Residensi Kota Marudu manakala Sarawak menempatkan Residensi Matang, Residensi Matang 2 dan Residensi Bintawa Riverfront.

Peluang keemasan

Ayuh, siapa tahu durian runtuh begitu sahaja selain memiliki seunit kediaman idaman PR1MA! Rebutlah peluang keemasan ini secepat mungkin.

Layari idealfitri.pr1ma.my untuk terma dan syarat di samping keterangan lanjut termasuk tawaran ekslusif dan terhad seperti Pakej Raya Istimewa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS