Ingin melabur tetapi bimbang melihat risiko ekonomi dan pasaran saham?
Adakah anda tercari-cari peluang untuk melabur dalam pasaran modal?
Ataupun, adakah anda mahu sebuah peluang pelaburan yang memelihara nilai modal asal tetapi memberikan pulangan yang tinggi pada masa yang sama? Anda ingin pelaburan dengan pulangan yang boleh tinggi dan stabil walau apa pun yang berlaku ke atas ekonomi?
Jika jawapan anda adalah ya bagi ketiga-tiga soalan di atas, anda tidak perlu bimbang lagi.
Kami menawarkan peluang pelaburan yang kami percaya boleh memberikan keuntungan yang anda nanti-nantikan selama ini!
Anda kini boleh menikmati pulangan tetap jangkaan 8% setahun dengan risiko yang rendah untuk kehilangan nilai pelaburan asal. Peluang ini ditawarkan menerusi Islamic Medium Term Notes (IMTN) atau sukuk jangka pendek yang diterbitkan.
Untuk perbandingan, pulangan 8% setahun ini adalah lebih tinggi daripada purata pulangan lima tahun keseluruhan Bursa Malaysia FBM KLCI (-1.9%).
Menerusi IMTN tersebut, anda boleh melabur dalam Sukuk yang berkait dalam projek-projek hartanah terpilih, yang mempunyai permintaan yang tinggi dan juga terletak di lokasi yang sangat strategik.
Hasil pelaburan yang dijana menerusi IMTN tersebut menjanjikan pulangan yang tetap menerusi ‘coupon payment’ yang ditawarkan setiap setengah tahun.
Sukuk ini menawarkan peluang pelaburan yang kami percaya sesuai untuk anda, pada ketika sentimen pelaburan di pasaran saham terjejas akibat perkembangan terkini di peringkat tempatan mahupun global.
Wang pelabur yang diperoleh melalui IMTN akan dilaburkan dalam Sukuk. Manakala sumber pembayaran datang dari penjualan hartanah yang ditawarkan bersama Sukuk.
Kini, dengan bantuan pakar, sesiapa yang berminat untuk melabur, dapat melabur dalam Sukuk tanpa mengira pengetahuan dan kepakaran dalam pelaburan pasaran modal.
Bukan itu sahaja, instrumen pelaburan ini yang mematuhi prinsip Syariah turut memastikan para pelabur tidak tersangkut dalam “perangkap kecairan” yang selalunya wujud dalam sektor hartanah.
Misalnya, jika seseorang membeli unit kediaman atau tanah kosong, wang yang telah dilaburkan selalunya sukar untuk dikeluarkan sekiranya tiada pembeli atau permintaan pasaran sangat lemah. Pelaburan hartanah fizikal selalunya mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk “dicairkan”. Inilah yang dimaksudkan dengan “perangkap kecairan” dan merupakan salah satu kelemahan pelaburan hartanah.
Namun, dengan adanya peluang pelaburan IMTN, anda tidak perlu lagi bimbang mengenai perangkap kecairan.
Ia merupakan instrumen pelaburan jangka pendek, bermaksud anda akan mendapat semula modal pelaburan anda yang asal hanya dalam tempoh setahun.
Anda kini boleh mengambil bahagian dalam sukuk ini dengan nilai pelaburan minima RM250,000.
Sebagai contoh, seseorang pelabur boleh menikmati pulangan RM20,000 hanya dalam tempoh 12 bulan menerusi IMTN ini, jika beliau melabur RM250,000 dan menerima pulangan 8% setahun.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, mengapa perlu melabur dalam IMTN ini pada ketika sentimen pelaburan di Malaysia dan di serata dunia terjejas akibat kehimiptan ekonomi dan wabak COVID-19?
Bukan ia terlalu berisiko untuk melabur sekarang?
Jawapannya adalah, ia terpulang kepada di mana anda melabur sebenarnya. Ya, bukan semua jenis pelaburan adalah sesuai ketika ini, tetapi pada masa yang sama, ini tidak bererti segmen pelaburan telah lumpuh sama sekali.
Ingat, peluang akan sentiasa wujud, walaupun ketika krisis yang teruk.
Walaupun sektor hartanah Malaysia terjejas akibat lambakan dalam segmen perumahan dan komersial, di samping harga hartanah yang tinggi, hakikatnya, permintaan untuk unit-unit mampu milik dan lokasinya yang strategik terus meningkat.
Malah, saiz dan nilai transaksi hartanah di Malaysia pada tahun 2019 telah bertambah, walaupun sentimen agak lemah tahun lepas.
Berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), nilai transaksi hartanah di Malaysia telah meningkat melebihi RM1 bilion kepada RM141.4 bilion pada tahun 2019, manakala saiz transaksi meningkat lebih kurang 15,000 unit kepada 328,647 unit.
Dalam segmen kediaman pula, nilai transaksi naik sebanyak 5.3% pada tahun 2019, berbanding 4.4% dan 0.4% masing-masing pada tahun 2017 dan 2018.
Trend ini menunjukkan bahawa permintaan untuk projek hartanah terus wujud, walaupun sektor itu dihimpit pelbagai halangan. Cuma, perbezaannya adalah permintaan ketika ini lebih menjurus kepada projek-projek mampu milik, terutamanya yang berharga bawah RM500,000.
Yang pastinya, selagi mana populasi manusia meningkat, permintaan untuk sektor hartanah akan terus wujud dan turut meningkat.
Instrumen IMTN ini memberikan anda kaedah paling selamat untuk melabur dalam Sukuk yang terbit daripada sektor hartanah, tanpa terkesan oleh risiko pasaran.
Bukan itu sahaja, wang pelabur juga dipelihara sepenuhnya oleh syarikat induk yang memiliki penerbit IMTN. Sekiranya diperlukan, syarikat induk tersebut sentiasa bersedia memberikan bantuan kewangan untuk sukuk tersebut, terutamanya untuk membayar pulangan kepada para pelabur.
Pulangan 8% yang ditawarkan oleh IMTN adalah kadar yang sangat menarik, khususnya ketika kadar faedah tempatan semakin menurun.
Bank Negara Malaysia telah memotong kadar faedah penanda aras negara, iaitu kadar dasar semalaman (OPR), sebanyak 125 mata asas sejak Mei 2019 untuk mengukuhkan ekonomi tempatan. Pakar-pakar ekonomi turut menjangkakan kadar OPR akan dipotong lagi tahun ini.
Pada kebiasaannya, kadar pulangan instrumen kewangan pendapatan tetap akan terjejas akibat penurunan OPR.
Sebagai contoh, pulangan Malaysia Treasury Bill untuk tempoh satu tahun telah jatuh kepada 2.13% setakat 8 Mei 2020 berbanding 3.23% setahun lepas. Jika impak inflasi diambil kira, maka pulangan sebenar untuk para pelabur adalah lebih rendah.
Walaupun kadar faedah semakin menurun, peluang pelaburan IMTN ini tetap menjanjikan pulangan yang kukuh untuk tempoh jangka masa setahun ke lima tahun.
Oleh itu, ini adalah peluang pelaburan yang tidak harus dilepaskan, terutamanya untuk individu-individu yang mahu melabur pada risiko yang sangat rendah.
Berminat Untuk Pelaburan Dengan Keuntungan Tetap 8% Setahun Sehingga 5 Tahun?
Jangan tunggu lagi. Hubungi kami segera.
Daftar —> https://bit.ly/DDNKFundManagement
Atau hubungi / Whatsapp 018-202 0883/ 018-233 3205 / 018- 2333 945 untuk sebarang pertanyaan.
