Saudi Aramco Entrepreneurship Ventures tutupi pusingan raih dana $25 juta ke dalam Teknologi Kewangan Islamik Wahed Inc.
Wahed invest, sebuah platform pelaburan digital Islamik telah menutup pusingan raih dana dengan jumlah pelaburan sebanyak US$25 juta diterajui oleh Saudi Aramco Entrepreneurship Ventures (dikenali juga sebagai Wa’ed Ventures), sebuah modal teroka bahagian pelaburan bagi Saudi Aramco. Pusingan raih dana tersebut dianggotai oleh pelabur-pelabur pusingan awal bagi Wahed seperti BECO, CueBall Capital, Dubai Cultiv8 dan Ramaseel. Dana yang diraih akan digunakan untuk perkembangan syarikat tersebut secara global, termasuklah pengembangan anak syarikat itu di Malaysia, Saudi Arabia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Wahed Invest ditubuhkan pada tahun 2017 untuk memenuhi keperluan pelaburan digital patuh Syariah masyarakat Muslim di seluruh dunia. Setelah mendapat keulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 2019 dan pelancaran aplikasi Wahed Invest di Malaysia pada bulan Oktober 2019, Wahed juga telah dilesenkan dengan permit Penasihat Robo yang pertama oleh pengawal selia kewangan, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA Saudi Arabia) untuk pelancaran platformnya di Arab Saudi. Junaid Wahedna, Ketua Pegawai Eksekutif, Wahed Inc berkongsi, “Kami amat teruja dengan sokongan yang diberi oleh Aramco Ventures untuk kami pelopori pasaran Saudi. Kami juga anggap Aramco sebagai rakan strategik dan jangka masa panjang di Arab Saudi dan seluruh dunia.
Wahed memenuhi peningkatan permintaan bagi pelaburan Islamik dan beretika, sektor yang menggabungkan peraturan Syariah dan teori pelaburan moden. Ia telah mewujudkan platform global yang mudah diguna pakai dengan nasihat portfolio pelaburan secara percuma dan tiada yuran tersembunyi. Melalui muat turun aplikasi mudah alih, Wahed boleh diakses di AS, UK, dan Malaysia.
Wassim Basrawi, pengarah pengurusan di Saudi Aramco Entrepreneurship Ventures, memberi kenyataan: “Kami percaya dengan misi Wahed untuk menyediakan pelaburan etikal. Syarikat ini telah mengetuai sektor yang berkembang pesat iaitu Kewangan Islamik dalam menyediakan khidmat pelaburan. Wahed juga berpegang kepada prinsip tulen teknologi kewangan (Fintech), dengan tujuan untuk memperluaskan sektor pelaburan. Pusingan raih dana terkini
membolehkan Wahed untuk menjadikan Arab Saudi sebagai pusat serantau MENA dan menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem teknologi kewangan.”
Bertapaknya Wahed di Malaysia pada tahun lepas memperkukuhkan namanya di peringkat global, dan mereka menyediakan khidmat pelaburan kepada lebih 100,000 pelabur di seluruh dunia dengan rancangan untuk berkembang ke beberapa pasaran Muslim terbesar di dunia seperti Indonesia, Nigeria, India dan CIS.
Mehdi Benslimane, Ketua Strategi di Wahed Inc, menambah “Kami berharap hasil dari pasaran Saudi adalah lebih cemerlang kerana tiadanya pesaing langsung dan pasaran yang bersedia dengan perubahan selari dengan objektif visi 2030 kerajaan Saudi.”
Anak-anak syarikat Wahed Inc dikawal selia oleh beberapa badan yang paling dihormati di dunia termasuk Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) di Amerika Syarikat, Pihak Berkuasa Pelakuan Kewangan (FCA) di UK, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA) dan Bank Negara Bahrain (CBB) dan baru baru ini Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur tanpa rasa bimbang dalam portfolio patuh syariah dan beretika.
Syakir Hashim, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Wahed Inc berkongsi “Kami yakin dengan pusingan pelaburan ini dan sokongan dari pelabur strategik seperti Saudi Aramco, ianya dapat memacu pertumbuhan pasaran kewangan Islamik di Malaysia dan mewujudkan peluang baru di sektor pelaburan digital. Kami juga yakin dengan Aramco sebagai rakan kongsi masa panjang untuk bekerja sama untuk terus menerajui pelaburan beretika secara digital dan global.”
Mengenai Wahed Invest Wahed Invest ("Wahed") menawarkan perkhidmatan pelaburan automatik yang direka untuk pelaburan Syariah dan beretika. Di Malaysia, anak syarikat Wahed Inc; Wahed Technologies Sdn Bhd adalah entiti berlesen yang beroperasi sebagai Pengurus Pelaburan Islam Digital. Platform ini akan membolehkan pelabur dari semua peringkat pendapatan untuk melabur simpanan mereka secara beretika dan cekap.
Untuk makulmat lanjut berkenaan Wahed Invest, layari www.wahedinvest.com

