Suria KLCC hari ini memulakan kempen The Golden Ticket, kempen terbesarnya bagi tahun ini, untuk memikat dan memberi ganjaran kepada pelanggan Suria KLCC.
Bermula dari 19 Jun hingga 12 Julai, anda berpeluang untuk beroleh baucer membeli-belah bernilai sehingga RM5,000 jika anda berbelanja sekurang-kurangnya RM150 di kedai-kedai terpilih.
Andrew Brien, CEO Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Suria KLCC sentiasa berusaha mencari inspirasi baru bagi memastikan para pelanggan kami menikmati pengalaman hebat apabila mereka berbelanja di pusat beli belah kami. Kali ini, kami menjanjikan ganjaran yang besar untuk mereka. Kami percaya dengan kempen ‘The Golden Ticket’ ini, kami dapat meneruskan usaha kami untuk sentiasa memberikan ganjaran serta pengalaman membeli belah terbaik kepada para pelanggan kami di atas sokongan mereka yang berterusan”.

Cara penyertaan
Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurang RM150 di Suria KLCC (dalam satu atau dua resit) dari mana-mana kedai terpilih(hanya sah pada hari pembelian). Pembeli perlu mengesahkan resit mereka di kaunter Concierge sebelum di bawa ke Centre Court untuk memilih beg bertuah berisi sampul yang mengandungi samada ‘Golden Ticket’ atau ‘Purple Ticket’.

Sekiranya pembeli memenangi:
‘Golden Ticket’ - Mereka akan beroleh baucar membeli-belah bernilai RM5,000.
‘Purple Ticket’ - Mereka bakal mendapat baucar membeli-belah bernilai RM50.
Jumlah tiket juga terhad kepada 100 setiap hari sahaja. Oleh itu, ayuh ke Suria KLCC; siapa cepat, dia dapat!
Untuk memastikan kempen kali ini lebih bermakna, Suria KLCC menawarkan DUA baucar beli belah bernilai RM5,000 pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad, sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
Yang paling syok, jika anda antara 100 yang layak meryertai cabutan bertuah di Suria KLCC, anda dijamin baucar membeli-belah Isetan bernilai RM50 dengan pembelanjaan RM150 saja! Itu adalah pulangan 1/3; sungguh mengagumkan. Baucar membeli-belah bernilai RM5,000 yang anda mungkin dapat juga adalah bonus (peluang memperolehi ganjaran1% pada hari minggu; dua kali ganda pada hujung minggu).
Sebagai penghargaan kepada para pemenang bagi kempen ini, pemenang ‘The Golden Ticket’ akan diraikan dengan kesempatan bergambar di "Wall of Winners" yang eksklusif di Center Court pusat beli belah masing-masing. Pemenang juga akan ditemuramah dan dipaparkan di platform media sosial Kumpulan Suria KLCC.

Kesihatan dan keselamatan diutamakan
Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pembeli, amalan "norma baru" akan diterapkan setiap masa sepanjang durasi kempen. Cecair pencuci tangan akan disediakan untuk pembeli sebelum mendaftar di kaunter pertanyaan sepanjang tempoh kempen berjalan. Peserta juga perlu mematuhi amalan penjarakan sosial dan bekerjasama dengan kakitangan yang bertugas.
Selain itu, langkah-langkah yang dilaksanakan termasuk pemeriksaan suhu badan pada semua pembeli dan pekerja di pelbagai lokasi, peningkatan kekerapan pembersihan di permukaan kontak tinggi, dan jarak sosial dua meter.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.suriaklcc.com.my/the-golden-ticket-2020/

