Ramai yang bimbang sekolah-sekolah menjadi pusat penyebaran penyakit, dengan ratusan bahkan ribuan pelajar berkumpul di satu kawasan, lima hari seminggu. Walaupun sekolah-sekolah di kawasan zon merah telah ditutup, ini hanya merupakan langkah pencegahan sementara.

Ketika negara-negara serantau dunia sedang menangani keseimbangan antara kesihatan rakyat dan kegiatan ekonomi serta pendidikan, kita semua bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dan meratakan lengkung Covid-19.

Dengan semangat #KitaJagaKita, Taylor's College telah melancarkan inisiatif selama dua tahun bersama dengan Kementerian Pendidikan di 40 sekolah di Lembah Klang. Mesej yang mencapai sekitar 50,000 pelajar di Lembah Klang mengingatkan para pelajar untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Mesej-mesej ini, dalam bentuk papan iklan, poster, dan pelekat yang ditampal di sekitar sekolah menekankan keselamatan dan kebersihan sebagai pengamalan norma baru. Mesej ini juga menampilkan duta The Risers - sebagai kakak dan abang kolej yang mengingatkan pelajar tentang 3S, iaitu elakkan tempat yang sesak and sempit serta perbualan jarak dekat. Selain itu, amalan yang disyorkan adalah untuk mengekalkan jarak fizikal, mencuci tangan dengan kerap, memakai pelitup muka yang sah dan mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan di sekolah.

"Kami berharap mesej ini dapat memberi kesedaran dalam kepentingan ‘norma baru’ dengan cara penjarakan social dan kebersihan kendiri yang tinggi," kata Pengarah Kampus Kolej Taylor's, Josephine Tan. "Dalam semangat #kitajagakita, saya percaya bahawa kita semua dapat melalui cabaran ini dan bersama-sama menangani wabak Covid-19."

“Kami faham bahawa keadaan ini barangkali membangkitkan perasaan bimbang di antara pelajar dan guru. Semangat kemasyarakatan amat penting, oleh itu kami berharap agar mesej yang disampaikan oleh The Riser menjadi satu kaedah yang baik untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang relevan, serta meyakinkan mereka bahawa mereka boleh berinteraksi dengan kakak atau abang The Riser untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya , " beliau bertambah.

Oleh kerana kesemua aktiviti fizikal tidak dapat dilaksanakan pada ketika ini, The Risers aktif membina kandungan social media untuk kepentingan pelajar di laman sesawang The Risers, aplikasi mudah alih serta media sosial The Risers seperti Facebook dan Instagram. Ini termasuk artikel dan video mengenai topik yang relevan seperti kesedaran minda, kesihatan mental, dan petua belajar untuk pelajar sekolah menengah, terutama yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Portal dan aplikasi ini juga merupakan satu cara untuk pelajar berinteraksi dengan pelajar sekolah menengah lain dan duta-duta Taylor’s untuk mempelajari secara lebih mendalam tentang minat, kerjaya masa depan dan laluan ke universiti nanti.

Pelajar boleh memuat turun aplikasi The Risers dari Google Play Store atau Apple App Store, dan meneroka aplikasi tersebut dengan memberi komen, menyukai atau berkongsi komen untuk memperoleh mata melalui sistem gamifikasi dan ganjaran yang unik. Mereka jugua dapat menggunakan mata ganjaran yang diperolehi untuk membuka pelbagai tahap pengguna, mendaftar untuk acara eksklusif, memenangi hadiah, tiket filem atau baucar makanan melalui aplikasi ini. Pelajar boleh menyertai acara seperti bengkel seni persembahan, seminar SPM, Bengkel Kemahiran Hidup, dan Perayaan Risers eksklusif pada masa akan datang.

Selain itu, pelajar juga boleh mempercepatkan aplikasi mereka untuk Biasiswa dan Bursari dari Kolej Taylor’s.

Sila layari https://college.taylors.edu.my/the-risers.html untuk maklumat lanjut mengenai The Risers.