Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) memudahkan aksesibiliti dan kehidupan untuk manfaat komuniti
Diterbitkan:  Mar 8, 2021 12:00 PM
Dikemaskini: Mar 12, 2021 2:11 AM

Gaya hidup kurang tekanan sentiasa menjadi buruan kita, lebih-lebih lagi apabila kita sentiasa sibuk dengan rutin seharian. Dalam keghairahan mengejar kemajuan dan pemodenan, pembangunan perlu diseimbangi peningkatan kualiti hidup.

Urbanisasi dan kualiti hidup

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hampir 70% populasi dunia (hampir 7 bilion penduduk) akan menetap di kawasan bandar menjelang 2050, yang melibatkan tambahan 2.5 bilion penduduk.

Tren ini turut menjelma di Malaysia dengan anjaran peningkatan kadar urbanisasi daripada 77% pada tahun 2020 sehingga 85% menjelang 2040. Daripada jumlah 32.7 juta penduduk Malaysia yang dicatatkan pada tahun 2020, seramai 25 juta menetap di kawasan bandar.

Dalam konteks zaman moden ini, persekitaran bandar dan akses bandar adalah antara dua faktor utama yang mencorak kualiti hidup kita. Urbanisasi yang diintegrasikan dengan sistem transit yang sedia ada akan membawa kesejahteraan masyarakat dari segi kemudahan infrastruktur, pengangkutan dan perhubungan, keselamatan awam, pendidikan, kesihatan, rekreasi, persekitaran sosioekonomi dan semulajadi.

Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD)

Tropicana Gardens yang terletak di lokasi tumpuan Kota Damansara yang sedang berkembang pesat merupakan satu contoh Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dengan kemudahan bersepadu sehenti (one-stop integrated development).

Projek yang dimajukan oleh Tropicana Corporation Bhd dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.3 bilion ini menggabungkan keselesaan kediaman dan komersial di bawah satu pelan induk bersepadu yang sama dengan pelbagai jenis kemudahan yang mudah diakses untuk tujuan berniaga, bekerja, bersosial, beli-belah, rekreasi dan hiburan.

Tropicana Gardens Mall dengan 1.1 juta kaki persegi ruang runcit bersih yang serba baru adalah contoh yang jitu. Ia disambungkan oleh jejantas pejalan kaki tertutup sepanjang 200m untuk kemudahan penghuni Edelweiss, termasuk membeli barangan runcit di Village Grocer dan menikmati hiburan di MBO Cinemas, antara penyewa utamanya – kesemuanya terletak dalam jarak ‘mesra kaki’.

Edelweiss di Tropicana Gardens dengan keselesaan aksesibiliti dan mobiliti

Edelweiss misalnya – menara kelima dan fasa terakhir di Tropicana Gardens yang terdiri daripada 397 unit SOFO (Small Office/ Flexible Office) dan 630 unit Serviced Residences, dihubungkan ke Stesen MRT Surian (dalam jarak kira-kira 200m) melalui jejantas pejalan kaki bertutup. Stesen tersebut disifatkan sebagai ‘pintu masuk’ ke Tropicana Indah dan Kota Damansara. Selain itu, perhentian bas dalam jarak kira-kira 150m juga menjadikannya TOD yang ideal.

Ini adalah kerana ia mewujudkan ruang hidup dengan fungsi berlainan untuk memenuhi keperluan kediaman dan komersial, termasuk tempat kerja dan konvensyen, bersosial dan beriadah – yang kesemuanya boleh diakses mudah dengan sistem pengangkutan keretapi yang efisien untuk menyingkatkan masa perjalanan tanpa kesesakan lalulintas bagi penghuni dan pelawat selain memaksimumkan produktiviti.

Aksesibiliti dan mobiliti yang lebih baik dan luas dengan penumpang transit yang ramai akan meningkatkan daya saing ekonomi Edelweiss dengan nilai hartanah yang lebih stabil dan terjamin.

Bagi pemilik SOFO terutamanya, TOD menjadi pilihan tepat disebabkan kesinambungan aksesibiliti yang disokong oleh rangkaian Transit Aliran Massa (MRT) yang berkapasiti tinggi, yang turut disambungkan ke rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorail yang kesemuanya bertemu di terminal KL Sentral (Stesen MRT Muzium Negara, Stesen LRT KL Sentral, Stesen KL Monorail KL Sentral).

Edelweiss yang menampilkan 11 susun atur untuk citarasa berlainan juga mudah diakses melalui pelbagai lebuhraya utama dari merata sudut seperti Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Penchala Link dan Lebuhraya SPRINT.

Rebut insentif istimewa termasuk pembiayaan 100%

Anda boleh miliki seunit Edelweiss yang dijadualkan siap pada Q4 2024 dengan harga bermula daripada RM438,000 (untuk SOFO) dan daripada RM570,000 (untuk Serviced Residences).

Ketahuilah sebab utama mengapa Edelweiss SOFO dan Serviced Residences di Tropicana Gardens adalah pilihan bijak 100% untuk penghuni bandar dan keluarga yang sedang berkembang.

Rebutlah insentif Tropicana 100* dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC)* - khususnya pembeli rumah pertama dan kedua yang ingin memiliki kediaman berservis di Tropicana Gardens – anda boleh menikmati kemudahan pembiayaan pakej Houzkey yang ditawarkan oleh Maybank Islamic dengan pembiayaan 100% dan pembayaran sifar semasa pembinaan.

Hubungi 016-3670707 atau klik https://bit.ly/TGMkA untuk ketahui lebih lanjut mengenai keselesaan sehenti Edelweiss - pilihan praktikal untuk tujuan kediaman dan komersial.

*Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS