Kemahiran digital era IR4.0 dan pemulihan pandemik
Dalam menghadapi gangguan disebabkan oleh pandemik koronavirus, para penggubal dasar, saintis, kakitangan perubatan, pakar IT dan penganalisis data dibanjiri dengan terabait data kes pandemik.
Mereka kini sedang menghadapi tugas mencabar bagi menganalisis kesemua data untuk penggubalan dasar baharu, membuat keputusan, meramalkan dan menguruskan wabak di masa depan.
Mujurlah dengan adanya teknologi gelombang baru seperti Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) yang merangkumi teknologi analisis data, kepintaran buatan (AI) dan peranti bersambung memulihkan gangguan pandemik di peringkat global.
Selaras dengan perkembangan semasa, kini terdapat lebih banyak keperluan kritikal terhadap sumber tenaga mahir bagi menguruskan sistem dan data yang kompleks dan saling berhubung melalui laman web.
Bayangkan, tidak lama lagi kita akan melihat teknologi berintegrasi antara satu sama lain dan memudahkan pakar perubatan berkomunikasi dengan lebih berkesan – membuat keputusan lebih pantas dan kebergantungan fizikal manusia yang lebih rendah untuk menyelamatkan nyawa.
Memetik laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), “Dasar Kebangsaan ‘Industry4WRD’ merentas ruang fizikal, digital dan biologi.”

Peningkatan Terhadap Kemahiran Digital
Pemulihan dari pandemik memerlukan penglibatan mereka yang tahu cara mengatasinya, berpengetahuan dan berkemahiran untuk melaksana dan mengurus situasi ini, kerana ia merangkumi pengetahuan lanjutan bagi menyatukan pelbagai data, menghasilkan mesin lengkap dengan kepintaran buatan serta memudahkan komunikasi.
Menurut Laporan Pekerjaan Masa Depan Forum Ekonomi Dunia, 50% daripada pekerjaan memerlukan penambahbaikan kemahiran pada tahun 2025.
Dijangkakan bajet penambahbaikan kemahiran perusahaan dan organisasi akan meningkat bagi memenuhi jurang semasa.
Di samping itu, graduan masa depan perlu mempersiapkan diri dengan bukti kelayakan supaya mempunyai kebolehpasaran tinggi dan penambahbaikan kemahiran yang boleh digunakan secara kompeten dalam organisasi mereka seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan negara.
LinkedIn – rangkaian profesional terbesar dunia di Internet – meramalkan sebanyak 150 juta pekerjaan berasaskan teknologi baharu bakal diwujudkan di seluruh dunia dalam masa lima tahun akan datang!
Malah berdasarkan Rangka Tindakan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia 2021 mengariskan bahawa ekonomi digital akan menjadi asas kepada ekonomi moden, hingga memerlukan lebih ramai tenaga mahir untuk memenuhi Dasar Kebangsaan.

Haluan Peroleh Kemahiran Digital
Memimpin transformasi digital pendidikan tinggi, semua program akademik yang ditawarkan oleh Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) didorong oleh bidang teknologi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), data sains, keselamatan siber, pengkomputeran awan, kepintaran buatan (AI), mekatronik, e-perniagaan, pemasaran digital, realiti maya (VR), realiti berperantara (AR), kepimpinan digital, teknologi kewangan (FinTech) dan teknologi mudah alih.
Untuk para profesional dan organisasi, program peningkatan dan penambahbaikan kemahiran turut ditawarkan.

Strategi IR4.0 yang dibangunkan oleh APU disesuaikan dengan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir berasaskan teknologi dan inovasi, didorong oleh cabaran baru yang dihadapi dalam situasi norma baru Covid-19. Ia merangkumi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif menggunakan infrastruktur canggih lengkap dengan program pembangunan profesional untuk masa depan dan kerjasama industri-akademik sejajar dengan pandangan global.
Bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengalaman secara langsung, APU dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia dari Amerika Syarikat, Perancis, Singapura, Jerman dan United Kingdom.
Industri di kampus APU mendedahkan pelajar, staf dan peserta latihan dengan simulasi persekitaran kerja, senario dan cabaran sebenar. Rakan industri penting APU termasuk TechForte, Ministry XR, IBM, SAS, TIBCO, dan Microsoft.
APU dilengkapi dengan infrastruktur bertaraf dunia, salah satu kemudahan tersebut ialah CyberSecurity Talent Zone (CSTZ) – Zon mengembangkan bakat keselamatan siber bersepadu pertama di Malaysia.
CSTZ dilengkapi perisian sistem pemantauan keselamatan siber masa nyata gred ketenteraan di Cyber Threats Simulation & Response Centre (Cyber Range) dan Security Operation Centre (SOC).
Pelajar dapat menimba pengalaman suasana kerja berdasarkan industri profesional sebenar dan berkembang sebagai profesional teknologi yang berdaya saing dan kompeten dalam persekitaran dunia nyata. Di sini, mereka boleh mengasah kemahiran mengenal pasti, mengenali dan mengurangkan risiko keselamatan siber.


Melalui kerjasama dengan industry lain, APU turut menubuhkan XR Studio pertama di Asia dengan kerjasama Ministry XR.
Studio canggih ini merangkumi teknologi pembuatan, perkakas dan perisian yang mampu mengembangkan aplikasi AR, VR dan realiti campuran (MR). Pelajar dapat menerokai pengalaman secara langsung dalam mengembangkan projek berkaitan permainan komputer, teknologi multimedia, kejuruteraan, animasi dan program kesan visual.

Gabungan prasarana teknologi tinggi di kampus ditambah dengan pensyarah berpengalaman dan pakar profesional dari pelbagai industri membentuk sebuah ekosistem yang berjaya membantu dan melahirkan golongan profesional berkebolehpasaran tinggi sesuai untuk masa depan.
Menurut laporan Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, graduan APU 100 peratus beroleh pekerjaan setelah tamat pengajian.
APU berada di landasan yang betul dalam memupuk berkebolehpasaran graduan yang tinggi lengkap dengan kemahiran digital dan membuka peluang penambahbaikan untuk profesional yang bekerja.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.apu.edu.my

