Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Pasukan Badminton Beregu Campuran Profesional Negara Buru Pingat Emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020
Diterbitkan:  Jul 19, 2021 11:18 AM
Dikemaskini: 3:30 AM

Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengatur langkah untuk menonjolkan prestasi demi merealisasikan impian untuk merangkul pingat emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini. Semangat kesukanan terus menjadi faktor dalam menyatukan rakyat Malaysia. Oleh itu, Yobick mewujudkan kempen “Sokong Wira Malaysia” demi menyeru pencinta badminton tanah air untuk berikan semangat dan sokongan padu terhadap atlet-atlet tercinta negara yang sekali lagi akan menjulang nama Malaysia di persada dunia.

Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi penglibatan Goh Liu Ying yang ketiga dalam acara sukan terbesar di dunia. Goh Liu Ying berkata “Saya berasa sangat bertuah kerana dapat peluang sekali lagi untuk mengharumkan Malaysia di pentas dunia.” Seperti atlet-atlet lain, Goh Liu Ying juga mengalami beberapa kecederaan semasa menjalani latihan dan perlawanan yang sekaligus membuatkannya tidak dapat beraksi di gelanggang.

“Saya amalkan sikap positif dan sentiasa fokus dalam apa jua keadaan. Saya takkan berada disini kalau bukan kerana sokongan jitu daripada seluruh rakyat Malaysia. Dengan harapan untuk membawa pulang pingat emas di pentas Olimpik Tokyo 2020 kali ini, saya tekad untuk pastikan lagu negaraku berkumandang di persada dunia,” tambahnya.

Pasangan beregunya, Chan Peng Soon, telah membuat pengorbanan terbesar sebagai seorang ayah kepada empat orang cahaya mata sepanjang kariernya demi menjadi pemain terbaik untuk Malaysia. “Walaupun berat hati apabila berjauhan dengan keluarga, mereka memahami dan menyokong karier saya untuk membuktikan bahawa segala impian dapat dikecapi dengan usaha keras,” katanya.

“Saya tidak akan sia-siakan peluang keemasan ini dan kami akan berusaha memburu pingat emas dengan aksi menakjubkan yang akan diingati oleh semua peminat badminton di Malaysia dan seluruh dunia. Saya juga akan dedikasikan kemenangan di pentas Olimpik Tokyo 2020 ini kepada penyokong-penyokong kami di Malaysia. Kemenangan kami adalah kemenangan Malaysia!” tambahnya.

Sebagai tanda sokongan padu kami kepada wira Malaysia, Yobick, minuman berasaskan yogurt berasal daripada Jepun memperkenalkan minuman yoghurt baharu perisa Yamanashi Grape edisi terhad. “Pelancaran perisa baharu ini selari dengan harapan menyatukan pengguna kami untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020,” kata En. Takeshi Suma, CEO DyDo Drinco Malaysia.

Kesungguhan dan keberanian pasangan beregu ini dalam menghadapi segala rintangan demi merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam kategori badminton patut dikagumi. Dalam usaha mereka untuk menggapai kejayaan, mereka tidak pernah gagal untuk mempamerkan semangat yang kental dan impak positif di luar dan dalam gelanggang. Sebagai penaja dari tahun 2019, Yobick berasa amat bangga untuk terus menyokong prestasi luar biasa Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying sepanjang Sukan Olimpik 2020 ini.”

Dengan temasya Sukan Tokyo Olimpik 2020 yang akan datang, Yobick menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu hati serta dedikasikan kata-kata semangat kepada wira tanah air Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melalui kempen “Sokong Wira Malaysia” ini. 

ADS