MR. DOLLAR, anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad, hari ini mengumumkan pembukaan cawangan ke-50 di Sunway Pyramid, Selangor; menjadikan jumlah cawangannya di seluruh negara sebanyak 50 buah.
Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai jenama makanan kegemaran mereka seperti Maggi, Oreo, Coca Cola, dan banyak lagi di MR. DOLLAR. Jenama tersebut menawarkan pelbagai jenis produk dalam 10 kategori - coklat & manisan; snek & biskut; bahan-bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan sejuk & beku; keperluan rumah; perkakasan; dan alat tulis, mainan & sukan - setiap satunya berharga RM2 atau RM5.
MR. DOLLAR berazam untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga yang berpatutan, terang Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran, MR D.I.Y. Group (M) Berhad, semasa mengumumkan pembukaan cawangan baharu tersebut. “Matlamat MR. DOLLAR adalah untuk menjadikan produk-produk F&B dan keperluan rumah lebih mudah didapati oleh lebih ramai pengguna. Dengan menetapkan harga “Always RM2 or RM5”, kami memastikan orang ramai dapat berbelanja dengan yakin, mengikut kemampuan mereka, di samping menjamin kualiti produk yang mereka beli,” kata Chin.
“Jenama MR. DOLLAR semakin dikenali rakyat Malaysia sejak cawangan pertamanya dilancarkan di Cheras pada Ogos 2020, dan hari ini, hanya setahun kemudian, kami berjaya membuka cawangan yang ke-50. Seperti MR. D.I.Y., MR. DOLLAR direka untuk membantu rakyat Malaysia memanfaatkan wang mereka sepenuhnya dan menikmati nilai yang terbaik dari setiap pembelian. Ia merupakan satu lagi cara kami menyampaikan janji ‘Always Low Prices’ kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Kami teruja untuk terus mengembangkan rangkaian kedai kami dan menjadikan kedai-kedai kami lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia,” tambah Chin.
Bersempena upacara pembukaan cawangan baharu di Sunway Pyramid ini, MR. DOLLAR akan menawarkan promosi “You Shop, We Pay!” dari 5 - 7 November 2021 di mana ia akan menaja sepenuhnya pembelian setiap pelanggan yang ke-50. Aktiviti-aktiviti menarik yang lain termasuklah “DOLLAR Chamber”, “DOLLAR free gifts”, dan “Sotong Game Treasure Hunt”. MR. DOLLAR juga akan menganjurkan “50th Store Celebration Special Deal”, dengan rangkaian menarik yang menampilkan 40 produk dari barangan runcit ke produk keperluan rumah dan peralatan perlindungan diri (PPE) pada harga tetap RM2 dan RM5, sementara stok masih ada.
Selain harga yang menarik, MR. DOLLAR juga menawarkan persekitaran membeli-belah yang selesa, dengan lebih 12,000 pilihan produk disediakan dalam lokasi berkeluasan 8,000 ksp, dengan lorong yang luas dan penghawa dingin. Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari laman web MR. DOLLAR www.mrdollar.co, atau akaun media sosial — Facebook dan Instagram @mrdollarmalaysia dan @mrdollar.malaysia, atau hubungi Khidmat Pelanggan MR. DOLLAR di 03-89611338. Senarai cawangan MR. DOLLAR boleh didapati di pautan ini: https://www.mrdollar.co/storelocator/.


Aktiviti-Aktiviti Upacara Pembukaan Cawangan ke-50 MR. DOLLAR
Sunway Pyramid, Petaling Jaya
05-07 November 2021
1. “You Shop, We Pay!”
Jadi pelanggan ke-50 yang bertuah dan MR. DOLLAR akan menaja sepenuhnya pembelian anda.
2. DOLLAR Chamber
- Pelanggan yang membelanjakan RM50 di kedai tersebut akan layak menyertai cabutan bertuah di kebuk angin.
- Hadiah:
○ Hadiah Utama: Baucar tunai RM500 x sembilan (9) pemenang bertuah
○ Hadiah Kedua: Baucar tunai RM100 x sembilan(9) pemenang bertuah
○ Hadiah Ketiga: Baucar tunai RM10 x 30 pemenang bertuah
○ Hadiah Saguhati: Produk RM2 x 450 pemenang bertuah
3. DOLLAR Free Gifts
- Pelanggan yang membelanjakan minimum RM30 dalam satu resit akan layak menikmati hadiah percuma.
- Payung/botol air percuma untuk ditebus. Sementara stok masih ada.
4. Sotong Game Treasure Hunt
- Terbuka kepada semua pelanggan
- Pelanggan akan mencari pelbagai produk dari kategori berbeza di dalam kedai.
- Pelanggan yang berjaya akan membawa pulang produk-produk tersebut secara PERCUMA!
5. 50th Store Celebration Special Deal
- Dari 1 Oktober 2021, dapatkan pelbagai produk dari barangan runcit hingga produk keperluan rumah dan peralatan perlindungan diri (PPE).
- Lebih daripada 40 jenis produk ditawarkan.
- Semua harga tetap RM2 dan RM5, sementara stok masih ada.
