Persaraan. Mungkin fasa ini masih terlalu jauh untuk dijangkau oleh sanubari sebahagian daripada kita, terutamanya golongan muda. Namun cuba kita berhenti sejenak, pejamkan mata untuk beberapa saat dan bayangkan apa yang ingin kita lakukan apabila bersara nanti.

Kemungkinan apa yang bermain dalam imaginasi kita sekarang adalah seperti bercuti bersama anak cucu keluar negara, mengembara bersama sahabat-sahabat karib, menceburkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan atau menghidupkan hobi yang mungkin telah lama kita pendamkan. Walau apapun gambaran aktiviti yang ingin dilakukan, kita sebenarnya telah mengorak langkah awal dalam merancang persaraan.

Dengan memahami apakah yang kita inginkan ketika bersara akan memudahkan lagi proses perancangan kewangan yang sedang atau akan kita usahakan. Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah membuatkan kita memikirkan lebih dalam tentang usaha yang perlu dilakukan bagi mencapai kesejahteraan kewangan ketika bersara kelak. Walaupun telah mencarum dalam skim persaraan mandatori, namun berdasarkan pelbagai laporan menyatakan bahawa simpanan di skim tersebut belum tentu cukup untuk menjana pendapatan persaraan yang diperlukan bagi mengekalkan gaya hidup sekarang ketika bersara kelak.

Oleh itu, rancanglah persaraan dengan bijak dan mulakan simpanan tambahan anda dengan Skim Persaraan Swasta (PRS), skim simpanan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu rakyat Malaysia membuat simpanan lebih banyak untuk persaraan. Kewujudan PRS ini adalah bertujuan menjadi tokok penambah bagi skim persaraan mandatori yang sedia ada. PRS adalah skim yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

PERADUAN #ISAVEINPRS TREATS

Sebagai motivasi untuk memulakan simpanan PRS secepat mungkin, Private Pension Administrator Malaysia (PPA) yang merupakan pentadbir pusat PRS kini menganjurkan Peraduan #ISaveinPRS Treats sehingga 31 November 2021 ini. Melalui peraduan ini PPA menawarkan jumlah ganjaran bernilai lebih RM20,000 dalam unit PRS serta lebih RM8,000 PIN tambah nilai eWallet Touch 'n Go kepada pencarum yang terpilih melalui Cabutan Bulanan dan Cabutan Utama PRS Treats.

Untuk Cabutan Bulanan PRS Treats, 20 orang pendaftar yang mencarum buat pertama kali melalui perkhidmatan PRS Online berpeluang memperoleh ganjaran PRS Treats bernilai RM100 dalam unit PRS melalui Cabutan Bulanan PRS Treats. Selain itu, mereka juga akan menerima PIN tambah nilai eWallet Touch 'n Go bernilai RM30 dengan hanya mengisi perkataan ISAVEINPRS pada ruang Kod Promosi ketika pendaftaran dibuat.

Untuk Cabutan Utama PRS Treats pula, semua pencarum baru yang membuka akaun melalui perkhidmatan PRS Online PPA sepanjang tempoh peraduan layak untuk cabutan ini yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,000 dalam unit PRS.

Sekiranya anda telahpun menjadi Ahli PRS, PPA juga ingin berkongsikan ganjaran PRS Treats kepada anda. Hanya dengan memperkenalkan PRS kepada rakan atau keluarga, Ahli PRS berpeluang menerima RM50 unit PRS dan RM50 PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet sekiranya rakan atau keluarga anda terpilih sebagai salah seorang daripada penerima ganjaran PRS Treats Bulanan. Anda hanya perlu memastikan mereka mengisi nombor akaun PPA anda dalam ruangan ‘Remarks’ ketika membuat pendaftaran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh layari www.ppa.my/ms/isaveinprstreatscontest

PELEPASAN CUKAI PRS

Antara kelebihan utama menyimpan dengan PRS adalah pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun, yang diperkenalkan khusus bagi menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak untuk persaraan. Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, insentif cukai ini telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025. Langkah ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memberikan keutamaan untuk kesejahteraan persaraan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli PRS, kita akan menikmati penjimatan cukai daripada caruman PRS. Sebagai contoh, sekiranya pendapatan tahunan adalah sekitar RM50,000 - RM70,000 setahun (atau RM4,200 - RM5,800 sebulan) dan kurungan cukai adalah 13%, maka caruman PRS sebanyak RM3,000 akan memberikan penjimatan cukai berjumlah RM390.

Anda akan menyukai Pelepasan Cukai PRS kerana ianya memberikan dua manfaat sekaligus – menikmati pelepasan cukai serta pada masa yang sama dapat menyimpan lebih banyak untuk persaraan! Dapatkan informasi lebih lanjut tentang Pelepasan Cukai PRS ini di www.ppa.my/ms/prs-tax-relief.

PRESTASI DANA PRS

Sejak diperkenalkan pada 2012, PRS telah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan. Setakat September 2021, jumlah Ahli PRS telah mencapai 509,947 dengan Nilai Aset Bersih (NAB) mencecah RM5.3 billion. Berikut merupakan rumusan prestasi Dana PRS terbaik mengikut kategori:

Kesimpulannya, membina simpanan yang cukup untuk persaraan yang kita mahukan boleh dicapai dengan perancangan kewangan yang rapi serta komitmen untuk menambah simpanan secara konsisten sepanjang berada di fasa pekerjaan. Mulakan simpanan PRS melalui perkhidmatan PRS Online sekarang dan dapatkan kelebihan berganda melalui pelepasan cukai PRS dan ganjaran-ganjaran yang ditawarkan melalui Peraduan #ISaveinPRS Treats. Kemudian, teruskan menambah simpanan PRS menerusi PRS Online Top-Up untuk membina dana yang mencukupi bagi mencapai matlamat persaraan yang kita mahukan.

Saya, Simpan di PRS sekarang untuk mendapatkan ganjaran PRS Treats sambil berusaha menjadikan impian persaraan saya suatu realiti. Anda pula, bagaimana?