mk-logo
Pengumuman
Kumpulan Media Digital INFLUASIA kini miliki In Real Life Malaysia
Diterbitkan:  Aug 4, 2020 1:27 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Kumpulan Media Digital INFLUASIA kini memiliki platfrom penerbitan digital, In Real Life Malaysia. Lebih membanggakan ia merupakan platform pengalaman peribadi pertama di Malaysia, dengan fokus untuk berkongsi cerita rakyat Malaysia setiap hari.

“Tidak seperti platform lain di luar sana, In Real Life menyelami kehidupan rakyat Malaysia. Platform ini membolehkan sesiapa sahaja untuk berkongsi kisah peribadi mereka dan memberi inspirasi kepada orang lain melalui pengalaman hidup mereka dalam pelbagai topik.” Kata Chris Khristie, Pengasas Bersama INFLUASIA.

Platform baru ini akan menambah lagi penerbitan di bawah Kumpulan INFLUASIA yang kini mempunyai lebih 40 juta kunjungan halaman dan lebih 10 juta pengguna unik setiap bulan.

Malah secara keseluruhannya, jenama ini juga telah menjangkau kira-kira 2.1 pengikut seluruh negara melalui semua saluran penerbitannya termasuk WORLD OF BUZZ, Lobak Merah dan NOODOU.

Dari kiri : Gabriel Gan (Penulis kandungan/editor In Real Life Malaysia), Chris Khristie (Pengasas Bersama Influasia), Michelle Tan (Pengasas Bersama Influasia) dan Vhysh Raj (Ketua Kandungan World Of Buzz)

Syarikat ini juga turut memberi tumpuan kepada BUZZER, agensi pemasaran influencer yang menyediakan personaliti media sosial secara menyeluruh dan solusi pemasaran influencer dengan fungsi penyasaran berdasarkan data bersepadu, teknologi pengesanan penipuan menggunakan AI dan pemilikan lebih 49,000 pangkalan data influencer tempatan.

Tambah Chris, pemerolehan In Real Life dibuat kerana objektif yang sama iaitu untuk menyampaikan mesej yang berpusatkan kepada masyarakat. “Kami percaya bahawa penggabungan ini sesuai dengan visi bersama kami untuk mendorong lebih banyak orang untuk berkongsi kisah peribadi mereka.”

Sementara itu Pengasas In Real Life, Rachel Tan (gambar diatas) berkata pemerolehan ini akan membolehkan platfrom tersebut mendapat akses sumber yang lebih luas bagi mencapai tujuan mereka untuk mengutamakan kisah masyarakat.

“Saya memwujudkan In Real Life kerana setiap orang mempunyai kisah untuk diceritakan dan saya percaya bahawa kita semua dapat belajar sesuatu antara satu sama lain. Melalui IRL, anda boleh berkongsi dengan kami, menulis kisah anda sendiri dan mendapat inspirasi antara satu sama lain.”

“Dalam masa kurang 2 tahun, kami telah menjangkau lebih 2 juta rakyat Malaysia. Dengan pertambahan dalam pasukan dan sumber, ini akan membolehkan lebih ramai orang berkongsi kisah mereka,” tambahnya.

Rachel juga menambah yang pemerolehan ini menandakan jalan baru untuk kumpulan dan pembacanya. Pasukan IRL akan dikendalikan oleh pengasas INFLUASIA dengan Rachel dilantik sebagai rakan perunding semasa proses penyerahan.

INFLUASIA merancang untuk memperkuatkan portfolio mereka melalui pemilikan lebih banyak penerbitan yang sesuai dan membangun platform khusus untuk memenuhi kepelbagaian kumpulan audiens, ke arah untuk menjadi kumpulan media digital terbesar di Malaysia.

Kumpulan ini juga dijangka melancarkan aplikasi berasaskan kandungan yang interaktif pada akhir tahun ini sekaligus untuk melengkapkan misi mereka.

Pautan berkaitan: Influasia.com and InRealLife.my

ADS