Pelancaran buku dan perbincangan panel: “Bagaimanakah rakyat Malaysia mengatasi rasa sinis terhadap politik dan ahli politik?”
Pelancaran buku dan perbincangan panel: “Bagaimanakah rakyat Malaysia mengatasi rasa sinis terhadap politik dan ahli politik?”
Tarikh: 27 November 2020, Jumaat
Jam: 8:00PM - 9:30PM
Disiarkan melalui Facebook Live (Bersih 2.0). Sila ikuti pautan ini: facebook.com/BERSIH2.0
“Sejarah selalu menunjukkan bahawa orang yang memegang kuasa tidak akan sudi untuk menyerah monopoli mereka atas sumber kekayaan. Kuasa itu perlu dirampas dari cengkaman tangan mereka, sedikit demi sedikit, sehingga mereka tumbang. Dan mereka pasti akan tumbang, kerana tiada kelas pemerintah yang boleh berkuasa selama-lamanya...”
Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mengatasi rasa sinis dan kurang percaya kepada politik dan ahli politik? Untuk menjawab soalan ini, mungkin kita boleh lihat karya hidup Sim Kwang Yang atau SKY. SKY adalah penulis Malaysiakini, The Nut Graph, Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan lain-lain. Beliau meninggal dunia dalam tahun 2014,
tanpa harta mewah, dalam sebuah rumah teres sewa. Dia tidak pernah menjual maruah demi “politik wang”, dan tidak pernah berputus asa memupuk idealisme dalam politik. Beliau merupakan salah seorang ahli politik yang berpegang teguh kepada prinsip, bersama individu-individu generasi yang sama, seperti Dr Kua Kia Soong, YB Chee How, Dr Jeyakumar, YB Kasthuri, dan mendiang YB P Patto, ayah kepada Kasthuri.
Koleksi karya SKY “An Examined Life: Politics and Principles” akan dilancarkan atas talian pada 27 November ini. Buku tersebut akan dilancarkan oleh Dr Kua Kia Soong, penasihat Suaram dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya. Moderator ialah saudari Nalini Elumalai, Pegawai Program Malaysia ARTICLE19.
Ahli-ahli panel:
- Mahirah Marzuki (Pusat Hak Asasi Manusia Sabah dan UndiSabah)
- Dr Jeyakumar Devaraj (Pengerusi, Parti Sosialis Malaysia dan bekas Ahli Parlimen dua penggal, mewakili Sungai Siput, Perak)
- Thomas Fann (Pengerusi Bersih 2.0 dan ENGAGE)
- See Chee How, ADUN penggal kedua mewakili Batu Lintang, Kuching, Sarawak
- Kasthuri Patto, Ahli Parlimen penggal kedua mewakili Batu Kawan, Penang (DAP)
- Dr Wong Chin Huat (Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development)
Panel dijemput oleh Bersih 2.0 dan Gerakbudaya. Setiap ahli panel akan berbincang selama 10 minit, diikuti dengan dialog setengah jam dengan penonton.

