TimeTec Smart Patrol menawarkan pemantauan pengawal ronda berkesan
Masalah yang sering dialami syarikat yang mengambil khidmat pengawal peronda adalah pemantauan pengawal ketika bertugas. Bagi syarikat yang menggunakan sistem rondaan konvensional, pengawal mungkin berada di sekitar premis, tetapi tanpa sistem pemantauan yang cekap, pengawal peronda tidak diberi jadual tugasan secara sistematik, yang menyebabkan mereka bertindak secara bebas di sepanjang syif. Akibatnya, laporan yang diterima mungkin mengelirukan, tidak tersusun dan sukar dikesan. Kelewatan dalam melaporkan kejadian ketika rondaan juga menyumbang kepada ketidakcekapan pengurusan keselamatan. Ringkasnya, ketiadaan sistem pemantauan untuk melengkapkan pengawal keselamatan mampu memberi risiko kepada kualiti keselamatan yang diinginkan kerana maklumat penting tidak dapat dikesan.
TimeTec Patrol, sistem rondaan pintar berasaskan teknologi cloud ini menawarkan sistem pemantauan cekap dengan hanya 3 langkah.
Langkah 1 - Beli teg NFC, langgan TimeTec Patrol di www.timetecpatrol.com
Langkah 2 - Tugaskan Pengawal Peronda ke Jadual Rondaan
Langkah 3 - Mulakan Pemantauan Aktiviti Rondaan dengan Laporan Lengkap
Bagaimana TimeTec Patrol berfungsi?
Syarikat perlu mengenalpasti checkpoint yang akan dipasang dengan teg NFC agar pengawal dapat mengimbas teg tersebut menggunakan telefon pintar Android yang dipasang dengan Aplikasi TimeTec Patrol ketika tugasan rondaan.
Konfigurasikan checkpoint dengan jadual rondaan, laluan rondaan dan senarai kejadian.
Aplikasi akan memberitahu pengawal peronda sebelum tugas dimulakan. Arahan yang dipapar di skrin mudah dan intuitif bagi pengawal rondaan menjalankan tugas masing-masing.
Pengawal rondaan dapat melaporkan kejadian dengan segera melalui TimeTec Patrol App jika mereka mengalami pencerobohan keselamatan semasa tugasan meronda.
Penyelia pengawal ronda juga dapat memantau aktiviti rondaan harian dalam masa nyata. Sistem akan memberi amaran jika tugas yang diberi tidak dilakukan.
Eksport rekod rondaan komprehensif, termasuk masa imbasan di setiap checkpoint sebagai laporan kepada pihak Pengurusan.
Terbaharu, TimeTec Patrol telah digunapakai oleh CSC Steel Holdings Berhad, pengeluar produk keluli dengan kilang yang terletak di Melaka. Memberi penekanan kepada keselamatan kilang, CSC Steel Holdings Berhad mencari jalan untuk memperbaiki kualiti pengawal rondaan dan aktiviti mereka. Dengan melanggan TimeTec Patrol untuk membantu pengawal rondaan di dalam sesi rondaan mereka, pihak Pengurusan menerima laporan terus tentang aktiviti dan kejadian yang berlaku ketika tugasan.
TimeTec Patrol memberikan syarikat lebih pulangan ke atas pelaburan keselamatan mereka. Sistem TimeTec Patrol ini mudah, cekap dan mampu langgan. Lawati kami di https://bit.ly/timetecpatrol
Tentang Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.
Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka.

