Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
TimeTec Parking menawarkan sistem tanpa tunai dan tanpa sentuh untuk keselamatan dan kemudahan tambahan
Diterbitkan:  Feb 3, 2021 10:07 AM
Dikemaskini: 2:07 AM

Tempat letak kenderaan merupakan aspek yang sangat penting bagi bangunan komersial, terutama di era transformasi digital, di mana selain perlu selari dengan transaksi tanpa tunai sebagai satu trend utama, tempat letak kereta juga bertindak sebagai pintu masuk digital yang perlu menjalin hubungan dengan aktiviti lain.

Membawa penyelesaian tempat letak kereta ke satu tahap yang berbeza, TimeTec Cloud Sdn Bhd memperkenalkan TimeTec Parking, Sistem Tempat Letak Kenderaan berasaskan teknologi cloud yang menawarkan pelbagai ciri yang dicari dalam satu.

"Parking tidak pernah menjadi aktiviti ulung atau aktiviti utama seseorang. Selalunya parking menghubungkan pengunjung dengan tujuan sebenar mereka seperti membeli-belah, bekerja, bertemu dan melawat seseorang, serta lain-lain. Pengalaman parking yang mudah selalunya membantu meningkatkan aktiviti komersial sesebuah bangunan," jelas Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif TimeTec Cloud Sdn Bhd.

“Dalam sistem parking konvensional, aktiviti meletak kereta itu hanyalah aktiviti standalone, sendiri; oleh itu Sistem Letak Kereta TimeTec yang moden ini merupakan sebahagian daripada ekosistem TimeTec Cloud City untuk berhubung dengan aktiviti lain dan memberi nilai tambahan kepada pemilik dan pengguna bangunan.

Mengulas mengenai berita kad Touch 'n Go baru-baru ini yang memperkenalkan penghapusan bayaran tambahan 10% tempat letak kereta dan pelan kad eWallet yang boleh dimuat semula, Teh menyambut baik langkah tersebut. Dia berkata, "TimeTec sebagai rakan strategik Touch 'n Go dalam segmen Tempat Letak Kereta meramalkan bahawa ini akan meningkatkan lagi trend tanpa tunai, kerana terdapat 25 juta kad TNG aktif dan 15 juta eWallet TNG di luar sana."

Bercakap tentang pengalaman meletak kereta, konsep tanpa sentuh merupakan trend baru yang perlu diberi perhatian. Mungkinkah teknologi pengenalan nombor plat akan diterima umum? "Kami belum pasti, tetapi apabila TNG RFID mula memasuki pasaran dengan teknologi ini, ia berpotensi kuat untuk mengubah lanskap. Namun, sistem pengurusan tempat letak kereta berteknologi cloud sebagai backend perlu wujud di dalam transformasi digital, di mana pemilik bangunan dapat membebaskan data tempat letak kereta untuk lebih banyak penggunaan dan analitik, " kata Teh Hon Seng.

Walaupun pengguna biasa berpendapat bahawa tempat letak kereta hanyalah tempat kosong bagi meletak kenderaan, pengurusan Tempat Letak Kereta memerlukan perkakasan, perisian dan sumber manusia yang kompleks untuk memastikan operasi lancar sepanjang tahun. Bagi pengguna, sistem tempat letak kenderaan yang baik perlu ada ciri-ciri berikut untuk kemudahan semua iaitu, tanpa tunai, tanpa sentuh dan harga yang berpatutan.

TimeTec Parking System menawarkan konsep ekosistem baru yang memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. TimeTec memperlawa Syarikat Pengurusan Tempat Letak Kereta untuk meneroka TimeTec Parking untuk kegunaan di masa hadapan.

Hubungi Kelvin Lim di [email protected] atau 012-6891180 untuk temu janji.

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com, www.timetecparking.com

Pelbagai syarikat terkemuka telah melanggan pelbagai penyelesian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. leksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi mereka. 

ADS