Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
i-Neighbour menjadikan komuniti kediaman pintar lebih baik
Diterbitkan:  Feb 17, 2021 3:23 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Komuniti kediaman pintar atau kejiranan pintar merupakan komponen asas Bandar Pintar. Usaha kerajaan dari atas-ke-bawah untuk mempromosikan Bandar Pintar akan sia-sia tanpa komuniti kediaman pintar yang siap dan berfungsi sebagai asas sokongan yang kuat.

Tetapi apakah Sistem Komuniti Pintar untuk kediaman? Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan i-Neighbour menjelaskan. "Secara ringkas, ianya merupakan ekosistem menyeluruh yang boleh mengurus, mengautomasi, dan menyambungkan mereka yang tinggal, aktiviti yang berlaku dan peralatan yang dipasang di sesebuah komuniti kediaman."

Disebabkan pelbagai kekangan, sistem konvensional selalunya berselerak. Komponen penting seperti perakaunan hartanah, pembayaran, pengurusan pelawat, rondaan pengawal keselamatan, kawalan akses, CCTV, interkom, tempahan kemudahan, pengurusan dan sebagainya, semua tidak berkaitan dan bergerak secara sendirian. Lebih parah, apabila pelbagai jenis aktiviti masih dikendalikan secara manual di beberapa komuniti kediaman. Kepincangan kaedah manual ini telah menyebabkan pelbagai kesalahan, kecelaruan komunikasi, ketidakcekapan, dan kos tambahan kepada hartanah landed atau hartanah bangunan tinggi.

"Pengurusan Bersama dan Pertubuhan Penduduk di Malaysia semakin jelas tentang kepentingan sistem pintar. i-Neighbour yang mempunyai komponen serba lengkap sudah mula mencipta momentum sekitar tahun lepas, pada kadar pendaftaran sehingga 6-8 komuniti setiap bulan walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)."

"Pasaran masih skeptikal ketika kami melancarkan i-Neighbour pada 2017. Dalam usaha untuk memberi penerangan yang lebih jelas, kami telah menerbitkan sebuah buku berkaitan sistem komuniti pintar, dan usaha kami akhirnya membuahkan hasil. Selain daripada komuniti individu, beberapa pemaju terkemuka juga telah mendaftar dengan i-Neighbour seperti IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, dari Malaysia, dan Pruksa dari Thailand, dan MyHome dari India. Kita juga memperluas sistem dengan memasukkan modul pemaju seperti pemilikan unit kosong dan pengurusan kerosakan."

(Dari kiri) Aiden Teh (kedua) dan Teh Hon Seng (ketiga) di satu tapak projek di Hyderabad, India

Antara senarai komuniti kediaman i-Neighbour yang semakin meningkat di seluruh negara termasuk The Light Collection di Penang, Atlantis di Melaka, Leisure Farm di Johor Bahru, Sentral Residence, Icon Residence, Sky Condo di Lembah Klang dan banyak lagi.

i-Neighbour ialah jenama yang dibangun dan dimiliki oleh Bahagian Cloud Kumpulan TimeTec. Bahagian Cloud telah memperluas rangkaian produk Komuniti Pintarnya untuk merangkumi Smart Home tahun ini. i-Neighbour boleh bersambung dengan peranti penggera IoT yang dipasang di rumah masing-masing ke pondok jaga dan sistem rondaan secara tanpa wayar. "Apabila penggera berbunyi di unit kediaman, pengawal akan diberitahu untuk segera menjalankan tugas rondaan untuk meningkatkan keselamatan."

Komuniti Kediaman Pintar, buku yang diterbitkan i-Neighbour

Peranti Smart Home i-Neighbour telah disahkan oleh SIRIM, dan MCMC dan ia merupakan penyelesaian sempurna apabila disepadukan dengan Ekosistem Komuniti Pintar i-Neighbour.

Sila hubungi Encik Mo Shuan Jin (017-3668891) atau emel kami di [email protected] untuk maklumat lanjut. Kami juga menerima mengalu-alukan penyertaan dan pertanyaan dari projek pembangunan perumahan baru. Untuk ekosistem bangunan komersil pintar TimeTec, sila rujuk ke https://www.malaysiakini.com/announcement/562327

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com,

Pelbagai syarikat terkemuka telah melanggan pelbagai penyelesian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. leksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi mereka. 

ADS