Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 1 - 6) - Daripada tugasan sumber manusia ke operasi untuk semua
Diterbitkan:  Feb 24, 2021 12:39 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Pada akhir 80-an 'dan awal 90-an' abad yang lalu, ketika komputer peribadi diperkenalkan, ianya telah mengubah dunia dengan memindahkan berbagai tugasan manual ke komputer desktop, dan terma Komputerisasi pada ketika itu menjadi sebutan. Ia ringkas dan jelas. Hari ini, kemajuan Teknologi Maklumat membawa kita kepada terma Digitalisasi. Ia ternyata lebih sukar difahami dan lebih berkonsep. Tetapi yang lebih penting, apakah perubahan yang dibawa?

"Secara amnya, digitalisasi mengurangkan jurang di antara tugasan yang berbeza dengan membebaskan data dari satu sistem ke sistem yang lain, kerana hubungan atau penyambungan merupakan teras Digitalisasi," menurut Norana Johar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TimeTec.

Puan Norana Johar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TimeTec.

Beliau menyambung, "Saya mengambil salah satu tugasan kami sebagai contoh iaitu sistem pengurusan tenaga kerja dalam menjelaskan konsep ini. Apabila sistem kehadiran waktu biometrik berasaskan Windows menggantikan jam ketik 20 tahun yang lalu, bahagian Sumber Manusia mengalu-alukan perubahan itu kerana sistem baru itu telah mengautomasikan tugasan manual mereka. Proses itu digelar Pengkomputeran. Tetapi, menguruskan kehadiran masa masih menjadi tugas hakiki mereka. Hal yang sama turut berlaku di dalam pengurusan cuti. Selain mengekalkan dasar cuti, operasi harian seperti pemeriksaan dan pemantauan cuti peribadi kakitangan masih berada di bawah tugasan Sumber Manusia. Bahkan kakitangan Sumber Manusia juga dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini profil pekerja.”

"Disebabkan sistem pengurusan tenaga kerja berasaskan cloud, tugasan pentadbiran harian yang dulunya berpusat di bahagian Sumber Manusia yang dilihat sebagai beban kini telah berubah sebagai sistem yang berpaksikan operasi dan tidak lagi dianggap beban kepada pasukan operasi; malah ianya memberi manfaat kepada syarikat secara keseluruhannya. Sekiranya diberi pilihan, jelas bahawa kakitangan lebih gemar menggunakan telefon pintar mereka untuk memohon cuti atau memohon kerja lebih masa atau membuat tuntutan dan mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan dengan cara yang sama. Saya jamin bahawa pada masa ini, tidak ada kakitangan yang lebih gemar berurusan dengan Sumbar Manusia untuk menguruskan hal-hal yang saya sebutkan tadi, " kata Norana.

Jelasnya, sistem Sumber Manusia tidak lagi terbatas kepada hanya sistem Sumber Manusia di era baru ini. Oleh itu, memilih penyelesaian Sumber Manusia yang sesuai untuk syarikat tidak lagi terhad kepada urusan jabatan Sumber Manusia dan ianya harus melibatkan jawatan atau jabatan lain ketika digitalisasi sedang diterapkan. Sebagai contoh, jika jam kehadiran juga berfungsi sebagai alat kawalan akses, pakar keselamatan harus dipanggil bersama. Dan akses halangan tempat letak kereta pun telah boleh disambungkan kepada sistem jam kehadiran pada masa ini. Digitalisasi telah menghasilkan lebih banyak norma baru berbanding Covid-19.

"Di era baru, pembebasan data akan mencetuskan pelbagai kemungkinan. Serupa petikan terkenal dalam filem Jurassic Park, alam akan mencari jalan. Saya mengubahnya kepada "data akan mencari jalan". Bukan hanya satu cara, untuk syarikat pintar, ada pelbagai cara untuk menggunakan data. Sebagai contoh, syarikat boleh menggunakan data jam GPS kakitangan jualan ketika berjumpa pelanggan untuk mengautomasi tuntutan perjalanan dan ia juga berfungsi sebagai data penjejakan kontak ketika wabak. "

"Inilah trend masa kini; dan kerana ini syarikat kami menceburkan diri dalam pelbagai profesion dan membangunkan banyak produk yang akhirnya dapat berhubung di antara satu sama lain dalam membina ekosistem yang memenuhi permintaan masa hadapan."

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Marcus Tng, Pengurus Jualan dan Pemasaran TimeTec Cloud Sdn. Bhd. di [email protected] (016-9608348) atau Encik Syed Mohd Firdaus Syed Mohd Fuzi di [email protected] (012-9478907). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu!

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com

Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. Tonton video kami di https://bit.ly/TA-video-my

ADS