Pada 16 September, saya telah selesai mengagihkan Bantuan Bekalan Makanan One-Off @ FB01/21 Ipoh kepada 50 buah keluarga sekitar bandar Ipoh. Ada diantara mereka yang terjejas sepanjang musim pandemik Covid-19 ini melanda. Diantara mereka yang menerima bantuan adalah keluarga yang hilang punca pendapatan, tidak bekerja, sakit, positif Covid-19 dan ada juga dikalangan mereka peniaga yang kurang hasil jualannya. Program Khas FoodBank ini dibawah Insentif saya En Khuswindera Singh A/L Tara Singh sebagai Sukarelawan Ahli Dewan Belia Perak 21/22 DUN Menglembu.

Turut hadir juga bersama Ahli Majlis Bandaraya Ipoh merangkap Ketua Bahagian MIC Ipoh Barat Clr. En Jayagopi Subramaniam & Pengerusi MIYC Tambun Saudara Dinesh kalippen, Timbalan MIYC Tambun Saudara Nagaenthran dan Team Sukarelawan Khas saya.
Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Clr. En Jayagopi Subramaniam yang sudi turun padang bersama demi membantu masyarakat Buntong "Tanpa Kira Masa dan Tenaga" dan telah menyumbang 8 Pek Beras tempatan kepada keluarga yang memerlukan. Justeru itu, Bagi sempena Hari Malaysia, kami telah menyerahkan Bendera Malaysia kepada Clr. En Jayagopi Subramaniam. Kami Belia berharap dapat kerjasama dan hubungan antara Pemimpin tempatan demi kebaikan bersama #DemiMalaysia.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada mereka yang telah penaja kepada program saya seperti Susu Anlene, Susu Nestle Every Day, Nestum Original, Biskut Deluxe Original, Out Krunch Breakfast, Voucher Free Personal Pizza, dan tidak lupa juga kepada MSEF yang telah menyumbang 100 pek bungkusan makanan yang telah diagihkan bersama dengan Bekalan Makanan One-Off saya.
Semoga Bantuan Bekalan Makanan One-Off @ FB01/21 Ipoh ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Sama-sama kita berdoa dan sama-sama kita vaksinasi diri kita agar kita dapat mencapai herd imunity (Imuniti kelompok). Bilamana telah tercapainya herd imunity, maka kita akan dapat hidup seperti biasa. Namun jangan lupa SOP masih perlu dipatuhi.

KeluargaMalaysia
Salam ikhlas,
Khuswindera Singh A/L Tara Singh
Sukarelawan Ahli Dewan Belia Perak 21/22 DUN Menglembu &
Exco Kebajikan Majlis Belia India Malaysia MIYC Buntong
#Bbmofb0121 #beliapencetaknegara #MajlisBandarayaIpoh #DemiMalaysia #perpaduandihati #TeguhKitaMenangBersama #LindungDiriLindungSemua #PrihatinMalaysia #keshsevadar #ipohprihatin #sejahterarakyatperak
Kandungan ini disediakan oleh Sukarelawan Ahli Dewan Belia Perak 21/22 DUN Menglembu.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
