Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Village Grocer berkembang ke wilayah utara di City Junction, Queens Waterfront dan 1st Avenue
Diterbitkan:  Jul 14, 2022 6:23 AM
Dikemaskini: 6:23 AM

The Food Purveyor (TFP), pengendali rangkaian kedai runcit premium Village Grocer membuka tiga kedai baharu di Pulau Pinang, kedai terkini mereka di 1st Avenue Mall dibuka pada 12 Julai, susulan pelancaran Village Grocer City Junction pada Jun 2021 dan pelancaran Village Grocer Queens Waterfront pada April 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Geoff King berkata, “Ia merupakan sambutan yang dinanti-nantikan sekian lama. Warga Pulau Pinang, bersedialah kerana Village Grocer bakal memeriahkan suasana dan menjadi tumpuan ramai. Kami menggabungkan sambutan ulang tahun ke-18 tahun kami dalam industri peruncitan dengan pembukaan rasmi 2 kedai (Village Grocer Queens Waterfront dan Village Grocer 1st Avenue), DAN meraikan ulang tahun pertama Village Grocer City Junction mall – semuanya dalam satu minggu!! Pelbagai ganjaran, tawaran dan promosi disediakan sepanjang tempoh kempen bermula dari 11 Julai – 7 Ogos untuk meraikan sambutan ulang tahun ini.”

Beliau turut menambah, “Mengapa Pulau Pinang? Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat di Malaysia. Perkembangan perniagaan kami yang membanggakan ke wilayah Utara kini meliputi kawasan utara, tengah dan timur Pulau Pinang.” 

Bahagian hasil keluaran segar kedai runcit berkenaan merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang diperoleh dari Cameron Highlands selain keluaran segar lain yang diterbangkan dari Australia, US, Jepun, Korea dan New Zealand. Manakala bahagian Daging pula menawarkan potongan daging berkualiti dari Australia dan New Zealand, dan bahagian Makanan Laut pula menyediakan  pelbagai pilihan ikan daripada nelayan tempatan setiap hari di samping salmon segar yang diterbangkan secara terus dari Norway. 

Bahagian Organik mempunyai pilihan luas produk makanan organik, daripada sayur-sayuran bebas racun perosak sehinggalah ke bahagian khusus untuk kehidupan sihat dengan produk makanan organik dan produk untuk pelbagai keperluan diet seperti superfood, vegan, produk berasaskan tumbuhan, bebas gluten dan suplemen protein masa kini. Bahagian vegetarian pula menawarkan pelbagai makanan hebat termasuklah produk vegan, vegetarian dan berasaskan tumbuhan menerusi pilihan persekitaran, dingin dan sejuk beku.

Aneka sajian antarabangsa terdiri daripada makanan ringan sehinggalah ais krim yang diimport dari pelbagai negara seperti New Zealand, Australia, UK, Belgium, Jepun dan Korea. 

Produk berjenama yang eksklusif, dipercayai dan bernilai hebat dari Australia dan Itali juga dibawakan secara eksklusif ke Village Grocer. Woolworths Australia mempunyai lebih daripada 200 SKU produk makanan dan isirumah yang dihasilkan mengikut standard Australia pada harga yang hebat; manakala Fior Fiore Itali menawarkan 100% bahan perasa makanan dihasilkan di Itali. Kedua-dua jenama ini menawarkan pelbagai pilihan bernilai hebat tanpa berkompromi dengan kualiti – dan hanya eksklusif di Village Grocer.

Bersempena dengan pembukaan rasmi Village Grocer 1st Avenue, Village Grocer menyediakan pelbagai peraduan, hadiah, pameran, tawaran kupon dan aktiviti lain untuk menghargai pelanggan atas kesetiaan mereka terhadap jenama ini.  Untuk pendaftaran baharu ahli Bites, terdapat tawaran baucar lebih daripada RM50.

Antara aktiviti pembukaan menarik yang diadakan, setiap pelanggan akan menikmati E-baucar diskaun RM10 dan boleh memiliki beg guna semula Village Grocer secara percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100 (terhad kepada 1,000 unit) serta berpeluang untuk memenangi percutian 2 hari 1 malam di Lexis Suites Pulau Pinang.

Baru-baru ini TFP menerima anugerah Inisiatif Terbaik ESG - Malaysia pada majlis Anugerah Retail Asia 2022 sebagai pengiktirafan ke atas usaha TFP untuk memanfaatkan lebihan makanan bagi menangani kelaparan dan kekurangan makanan, memberi sokongan kepada komuniti yang memerlukan dan golongan rentan, serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang lain.

TFP turut meneruskan usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar dengan memperjuangkan kempen “Bebas Plastik menjelang 2023”. Tiada beg plastik sekali guna disediakan di kaunter pembayaran, malah pelanggan digalakkan untuk membawa beg mereka sendiri.

Village Grocer dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://villagegrocer.com.my/village-grocer-celebrating-18th-years-counting-promotion/.


Kandungan ini disediakan oleh PubliCT.io.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

ADS