Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Pengumuman Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022
Diterbitkan:  Oct 17, 2022 5:05 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Perayaan Deepavali 2022 akan disambut di seluruh negara pada 24 Oktober 2022. Sehubungan itu, Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 yang akan dikuatkuasakan dari 20 Oktober 2022 hingga 26 Oktober 2022. Tempoh pelaksanaan adalah selama 7 hari dan berkuat kuasa pada 4 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Pada masa yang sama, ayam dan telur ayam telah disambung pewartaannya sebagai barangan harga terkawal dan sedang berkuat kuasa mulai 12 Oktober 2022. 

Sebanyak 8 jenis barangan harga terkawal berserta harga  maksimumnya akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga  Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022. 

Senarai barangan harga terkawal bagi SKIM HARGA MAKSIMUM  MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI 2022 adalah seperti berikut: 

(1) Daging kambing biri-biri import bertulang 

(2) Tomato

(3) Cili merah 

(4) Kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja)

(5) Kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)

(6) Bawang merah kecil (India) 

(7) Bawang merah besar import 

(8) Kacang dal (Australia) 

Semakan harga boleh dibuat melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di https://www.kpdnhep.gov.my 

Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan  semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan yang effektif. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan  dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit. 

Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku  ketidakpatuhan.

Pengumuman harga yang ditentukan akan dibuat kepada orang ramai melalui media massa, pengedaran risalah serta pemasangan bunting dan  poster di tempat-tempat strategik seperti di pasar awam, pasar raya dan pasar raya besar.  

Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada  Kementerian ini melalui: 

(i) Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000 

(ii) Portal [email protected] 

(iii) Pusat Panggilan 1800 886 800 

(iv) E-mel [email protected] 

(v) aplikasi telefon pintar Ez ADU 

(vi) Pusat Arahan Penguat Kuasa (ECC) 03-8882 6245 / 6088 

DATUK AZMAN BIN MOHD YUSOF 

Ketua Setiausaha 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

Putrajaya, 17 Oktober 2022


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS