Luang masa anda bersama keluarga di GSC Hydro Run bersama Mechamato
Kita sering diusuli dengan pelbagai jenis aktiviti yang mendorong kepada kesibukan pada hari bekerja. Kita tergesa-gesa dalam menyelesaikan seribu satu urusan seperti pekerjaan, menghantar anak ke sekolah, menghantar pasangan ke tempat kerja dan tanpa sedar masa berlalu begitu sahaja dengan sangat pantas. Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga adalah cara yang terbaik supaya kita dapat berkongsi cerita dan mencurahkan kasih sayang kepada satu sama.
Jadi, jom sertai GSC Hydro Run bersama keluarga anda!

Pada tahun 2019, Golden Screen Cinema (GSC) telah menganjurkan ‘Popcorn Walk’ di Putrajaya yang mendapat sambutan hangat dengan mengumpul seramai 2,000 orang peserta. Tahun ini, GSC sekali lagi menganjurkan kempen larian yang menyeronokkan dan dijangka lebih meriah dan menarik iaitu GSC x Air Selangor Hydro Run kerana kempen kali ini merupakan anjuran bersama Air Selangor. GSC X Air Selangor Hydro Run ini dianjurkan bagi menggalakkan pengguna mereka mewujudkan ikatan dan keseronokan bersama keluarga.
GSC Hydro Run akan diadakan pada 26 November 2022 di IOI City Mall, Putrajaya (Symphony East) dari jam 7 pagi sehingga 12 tengahari dan disusuli dengan tayangan filem Mechamato!

GSC Hydro Run menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan permainan yang menyeronokkan serta enam hentian Pit Stop yang mampu membuatkan anak-anak anda menikmati keseronokan yang maksima seperti terowong air & angin (Water & Wind Tunnel), serangan buih (Bubble Attack), Dunia Mechamato (Mechamato World) dan banyak lagi. Selain itu, anak-anak berpeluang bertemu dengan maskot kartun kegemaran mereka iaitu Mechamato, Boboiboy, dan Rakan-rakan!
Keseronokan di GSC Hydro Run bukan sahaja terhad untuk kanak-kanak, malah trak makanan yang menjual pelbagai hidangan lazat dan sihat juga disediakan. Jadi, anda pasti tidak akan kelaparan selepas selesai larian nanti.
Bukan itu sahaja, setiap pembelian tiket individu dewasa atau kanak-kanak akan mendapat beg cenderahati yang mengandungi baju T Dri-fit, pingat penamat, dan tiket wayang untuk menonton Mechamato. Manakala pakej keluarga pula akan menerima empat baju T Dri-fit, sebuah beg cenderahati, empat pingat penamat dan empat tiket wayang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Kod promosi untuk penebusan tiket filem Mechamato akan diterima melalui e-mel dalam tempoh 48 jam selepas pembelian dan pingat pemenang akan diberikan kepada pejalan kaki dan pelari selepas selesai kedua-dua aktiviti tersebut.

Larian GSC Hydro Run ini mempunyai dua kategori iaitu 5km-berjalan kaki dan 10km-berlari. Kedua-dua kategori menawarkan peluang memenangi hadiah menarik kepada semua pesertanya.
Pendaftaran kini telah dibuka dan harga tiket bermula hanya dari RM55 sehingga RM230. Jika anda mempunyai keluarga yang besar, dapatkan pakej keluarga dan jimat sehingga RM60!
Cepat dapatkan tiket anda hari ini dan luangkan masa berkualiti bersama orang tersayang pada minggu hadapan!
Klik di sini untuk tempahan tiket.
Maklumat lanjut tentang GSC x Air Selangor Hydro Run, klik di sini.

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/6ba08f5a4fab092cdbbd227a1c611ae3.png)
