PETALING JAYA, 3hb Mei 2023: Episod perdana GenZ di Podium telah disiarkan pada 2 Mei 2023. Topik "Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi" diperdebatkan dengan hangat oleh 20 belia dari seluruh Malaysia. Sesi tersebut dikendalikan oleh Encik Mohamad Ika Danial Abdullah, Timbalan Pengarah di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di bawah Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Dianjurkan oleh KiniEvents dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, International Republican Institute (IRI) sebagai Rakan Kolaborasi, Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) as Rakan Latihan Kemahiran Insaniah, Experiential Design Team (EDT) as Rakan Metaverse. Menyertai kami pada tahun ini sebagai Rakan Bersama ialah, UNDI 18, Institute for Research & Development of Policy (IRDP), Malaysian Youth Association of Diplomacy and Policy (MYADP), UNDI Sabah dan The Risers. Rakan Media kami ialah Malaysiakini, KiniTV, Cilisos Media, Astro Awani and SAYS.

Para pendebat yang mengambil bahagian dalam sesi ini adalah berumur antara 18 hingga 25 tahun. Mereka telah memperbahaskan banyak kelemahan terhadap undang-undang semasa mengenai PDPA di Malaysia serta bagaimana Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) adalah bukan badan berkanun yang menjadi kelemahan dalam penguatkuasaan PDPA.

Selain daripada isu-isu ini, para pendebat juga memberi beberapa cadangan yang boleh mengatasi masalah pencerobohan data dan cara pihak berkepentingan (stakeholders) boleh mengambil inisiatif tambahan untuk mempelajari hak data individu serta melindungi kebocoran data. Kenyataan para pendebat masih boleh diundi sehingga 28 Mei 2023.

Luqman Hakim Bin Abd Ghani, pelajar berumur 22 tahun dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dianugerahkan sebagai Pendebat Terbaik untuk sesi topik ini. Beliau dianggap cemerlang oleh panel juri kerana telah menekankan bagaimana Akta Perlindungan Data Peribadi semasa tidak memberikan perlindungan yang inklusif, ini menyebabkan terdapat kelemahan yang tidak dapat dielakkan oleh penjenayah siber. Beliau telah menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh pendebat lain dengan cemerlang.Pendebat Terbaik telah dipilih oleh wakil-wakil penganjur dan rakan kongsi. Panel juri terdiri daripada Chia Ting Ting, Ketua Pegawai Komersial dari Malaysiakini Group; Hanif Abdullah, Penasihat Program Kanan, Malaysia dari Institut Republikan Antarabangsa; Amy Suhana, Pegawai Kandungan dan Pemasaran, dan Azim Nadzari, Ketua, Latihan & Pembangunan Institut Debat dan Perbahasan Awam Malaysia (MIDP).

Para juri secara kolektif bersetuju bahawa para pendebat mempunyai beberapa pendapat yang baik seperti kebergantungan syarikat terhadap tindakan kerajaan persekutuan untuk menangani masalah kebocoran data dan menunjukkan bagaimana sesebuah syarikat sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan dasar-dasar yang digubal dapat menjadi pertahanan utama dalam membendung masalah kebocoran data dan gangguan dari peringkat awal.

Undi bagi kenyataan para pendebat dan juga pendebat kegemaran anda dari sekarang sehingga 28 Mei 2022. Untuk memahami kenyataan dan cadangan para pendebat dengan lebih baik, anda boleh menonton semula sesi tersebut di sini. Pemenang Anugerah Pendebat Paling Popular akan diumumkan pada 30 Mei 2023.

Pendaftaran untuk mengambil bahagian sebagai pendebat untuk topik gerakan kedua GenZ @ The Podium 2023 kini DIBUKA dan semua penyertaan perlu sampai kepada penganjur pada 1 Jun 2023 (Hari Khamis). Tiada bayaran diperlukan untuk penyertaan.

Kami menantikan penyertaan anda dan jangan lepaskan peluang emas untuk berdebat sebagai pemimpin negara!