KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – Selaras dengan slogan Syarikatnya, ‘Menuju Bahagia’, UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”) telah melancarkan kempen terbaru mereka di seluruh negara yang dipanggil ‘Happy Hunt’ dengan matlamat untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk memperoleh dan memenangi hadiah yang menarik bagi melengkapi proses pemilikan rumah mereka. Inisiatif ini adalah sejajar dengan komitmen Syarikat untuk memberi inspirasi ke arah kegembiraan dan kebahagiaan serta membantu pembeli rumah ‘Menuju Bahagia’ menerusi ruangan yang direka.
‘Happy Hunt’ merupakan kempen pemasaran bersepadu di mana bakal pembeli berpeluang memperoleh ganjaran wang tunai dan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM350,000 bagi memberi keterujaan dan pelbagai insentif sepanjang proses mereka di dalam memiliki kediaman impian. Para pembeli berpeluang mendapat ganjaran wang tunai sehingga RM150,000 dan hadiah berbentuk peralatan rumah apabila mereka membeli hartanah UEM Sunrise mulai sekarang sehingga 31 Disember 2023.
Para pembeli boleh memilih hartanah daripada senarai projek yang mengambil bahagian di dalam kempen ini. Ianya terdiri daripada pelancaran baharu dan projek yang sedang dalam pembinaan termasuk The MINH, Allevia, KAIA Heights, Serene Square, dan The Connaught One di Wilayah Tengah dan dari Wilayah Selatan seperti Senadi Hills Fasa 2A, Aspira Gardens Fasa 2, dan Aspira Square, serta banyak lagi projek yang akan datang. Di samping itu, para pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan termasuk baucar beli-belah serta alatan elektronik pada setiap hujung bulan apabila mereka melawat mana-mana Pameran Hartanah Happy Hunt, jerayawara atau galeri jualan UEM Sunrise untuk mendapat maklumat projek serta melawat unit pameran.




“‘Happy Hunt’ adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memperkasa jenama ‘Menuju Bahagia’ kami dan melengkapi pengalaman pembelian kediaman para pelanggan dengan insentif menarik. Di dalam pencarian kediaman idaman dan di sepanjang proses pemilikan rumah mereka, pelanggan kami juga boleh memenangi pelbagai hadiah percuma dan ganjaran yang menarik hanya dengan menyertai kuiz dalam talian dan juga ketika melawat galeri jualan kami. Ini menambah elemen keseronokan dalam pengalaman mereka, sinonim dengan salah satu nilai jenama kami yang gemarkan keseronokan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise Kenny Wong.
Kempen ‘Happy Hunt’ direka sebagai inisiatif untuk memacu jenama Syarikat, ‘Menuju Bahagia’, sekaligus menyediakan peluang untuk Pameran Hartanah ‘Happy Hunt’ dijalankan. Ianya merupakan konsep baharu eksposisi rumah yang memberi kemudahan bakal pembeli dan orang ramai untuk mengetahui tawaran dan promosi hebat daripada UEM Sunrise dan rakan kongsi mereka termasuk IKEA, Electrolux dan Panasonic.
Berlangsung dari 20 hingga 25 Jun 2023 di ruang kreatif UEM Sunrise, Publika Shopping Gallery, Aras G2, Pameran Hartanah ‘Happy Hunt’ bukan sahaja bakal mempromosi projekprojek UEM Sunrise, tetapi juga berfungsi sebagai ekspo kediaman di mana orang ramai boleh menggambarkan rumah idaman mereka dengan mudah, bersama perabot daripada IKEA serta peralatan kelengkapan rumah yang bakal dipamerkan oleh Electrolux dan Panasonic, sebagai jenama rakan kerjasama di dalam ‘Vendor Partnership Programme’ UEM Sunrise. Sepuluh pembeli rumah pertama yang membeli hartanah UEM Sunrise di Pameran Hartanah ‘Happy Hunt’ akan menerima perundingan Reka Bentuk Dalaman percuma daripada IKEA bernilai RM1,000.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Happy Hunt UEM Sunrise, lawati uemsunrise.com/happyhunt atau Pameran Hartanah Happy Hunt di Publika Shopping Gallery.
Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise
