Kriteria untuk membina model perniagaan bank digital yang mampan
Tahukah anda bahawa 20% daripada 250 bank digital di seluruh dunia berada di dalam rantau Asia Pasifik¹? Ini adalah angka yang positif kerana ia mencerminkan bahawa sektor ini dijangka akan menempa masa depan fintech (teknologi kewangan) dan merevolusikan perkhidmatan kewangan.
Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena global ini yang menyaksikan bank pusat negara, Bank Negara Malaysia (BNM), baru-baru ini mengumumkan lima lesen bank digital pertama negara yang diberi kepada beberapa peneraju fintech, teknologi dan kewangan, termasuk Konsortium Boost-RHB, yang diterajui oleh Boost, cabang teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata.
Salah satu penelitian utama strategi yang diambil di Malaysia adalah tumpuan kepada pemohon dengan model perniagaan bank digital yang mampan. Ini dapat dilihat dalam kriteria penilaian BNM. Ia menekankan pada kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan dan teknologi, serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan².
Ini tidak menghairankan kerana bank digital akan beroperasi di bawah mandat untuk memberi perkhidmatan kepada mereka yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan, yang kebanyakannya dianggap sebagai pelanggan berisiko dan kekurangan rekod kredit. Oleh itu, antara cabaran utama dalam memberi perkhidmatan kepada mereka adalah kemampanan model perniagaan.
Persoalannya sekarang ialah apakah kriteria untuk membina model perniagaan bank digital yang mampan? Dengan berdasarkan salah satu penerima lesen bank digital terkemuka di Malaysia, iaitu Konsortium Boost-RHB, mari kita menganalisis mengapa syarikat fintech ini dianggap sebagai peneraju dalam sektor bank digital.
1. Rekod prestasi yang terbukti dan pelanggan yang setia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Boost telah membina rekod prestasi yang terbukti melalui perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI (Kecerdasan Buatan) yang telah beroperasi secara berskala dan mampan. Sejak awal tahun 2023, lebih RM3 bilion pembiayaan telah disalurkan di Malaysia dan Indonesia sejak penubuhannya. Di samping itu, Boost juga baru-baru ini mencatatkan peningkatan lebih 70% tahun-ke-tahun dari segi pembiayaan yang disalurkan di kedua-dua negara tersebut.
Bukan itu sahaja, setakat 2023, Boost juga merekodkan kira-kira 90% kadar ulangan bagi pembiayaan jangka pendeknya. Walaupun lebih 40% daripada pelanggan mereka tidak pernah menerima pembiayaan daripada penyedia perkhidmatan kewangan lain, berdasarkan kajian lepas, namun Boost tetap mengekalkan kadar pembiayaan tidak berbayar (NPL rate) satu digit yang sihat. Oleh itu, usaha niaga ini bukanlah sesuatu yang baharu untuk Boost.
2. Ekosistem dan infrastruktur yang mantap.
Kebanyakan bank digital yang berjaya akan memanfaatkan ekosistem masing-masing. Tiada perbezaan dalam kes Boost, kerana mereka yang berjaya melaksanakan model ini akan menikmati kos pemerolehan pelanggan yang rendah.
Bermula sebagai perintis eDompet di Malaysia, Boost hari ini telah melangkaui pembayaran, berevolusi menjadi cabang teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata. Kini dilengkapi dengan ekosistem fintech holistik yang merangkumi perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI, aplikasi fintech semua dalam satu dengan lebih 10 juta pengguna di Malaysia, platform penyelesaian peniaga dengan lebih 600,000 titik sentuh peniaga di Malaysia dan Indonesia, serta platform pembayaran rentas sempadan dengan lebih 100 rakan kongsi digital, Boost menyasar untuk meluaskan keterangkuman kewangan.
3. Produk yang bertempoh singkat dan unit-ekonomi-positif.
Walaupun kajian kes baru-baru ini menunjukkan ketidaktentuan pasaran akibat kenaikan kadar³, namun ia tidak akan memberi kesan pada peringkat awal bank digital. Bank digital baharu yang akan datang seperti Boost, yang sudah pakar dalam penawaran produk dengan tempoh yang lebih singkat, tidak akan terdedah kepada ketidakpadanan aset-liabiliti yang sangat besar pada penyata kewangannya. Bank digital akan datang, seperti Boost, sepatutnya boleh menyelaraskan kitaran kadar faedah tanpa memberi kesan yang ketara ke atas margin faedah bersih (NIM). Walau bagaimanapun, kenaikan kadar faedah dan kelembapan ekonomi mungkin memberi kesan kepada sektor yang terdedah, seperti PMKS dan komuniti B40, yang merupakan kumpulan sasaran pelanggan bank digital. Oleh itu, fokus yang lebih tinggi terhadap kualiti aset perlu dikekalkan.
Menjangkau masa depan.
Apabila bank digital meneruskan perjalanan ini, ramai tertumpu pada sektor ini kerana penyelidikan industri menunjukkan bahawa penerimaan meluas dan penggunaan kewangan digital boleh meningkatkan KDNK (GDP) untuk semua ekonomi yang sedang pesat membangun, sebanyak 6%, atau $3.7 trilion, menjelang 2025. Dengan bank digital menjadi kunci inovasi baharu untuk industri fintech yang akan meluaskan akses kepada perkhidmatan kewangan digital, persaingan akan bermula tidak lama lagi. Bank digital yang mempunyai model perniagaan yang paling mampan dijangka akan menerajui usaha untuk merapatkan jurang pada rangkuman kewangan.
Rujukan:
¹ Winning the Digital Banking Battle in Asia Pacific
² Five successful applicants for the digital bank licenses
³ Study finds 186 banks vulnerable to SVB-like collapse
Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/1f4f83667fb6a96361d751a8ebc21772.jpg)
