Cara Peniaga Boleh Memanfaatkan Penyelesaian Fintech Untuk Meraih Peningkatan Permintaan Digital
Dengan kira-kira sembilan daripada 10 rakyat Malaysia kini khuatir dengan peningkatan kos sara hidup, terutamanya dari segi harga makanan, utiliti isi rumah dan petrol¹, tingkah laku pengguna telah pun berubah dengan kebanyakan rakyat Malaysia kurangkan perbelanjaan. Peralihan cara berbelanja ekoran penurunan kuasa beli pengguna² ini memberikan cabaran kepada peniaga dan sektor peruncitan.
Namun begitu, perubahan dalam cara pembelanjaan pengguna ini telah meningkatkan penggunaan penyelesaian digital di seluruh negara, seperti pembayaran digital, e-dagang, dan inisiatif digital kerajaan³. Malah, urusniaga digital per kapita meningkat lebih daripada empat kali ganda sejak sedekad yang lalu⁴. Fenomena ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penyelesaian teknologi kewangan (fintech) yang memudahkan perkhidmatan kewangan dan memperkasakan pengguna dengan cara untuk mencapai kebebasan kewangan⁵.
Di dalam persekitaran terkawal, di mana syarikat fintech boleh berunding dengan pengawal selia, penyelesaian fintech boleh membantu pengguna mengadaptasi peningkatan kos sara hidup secara lebih mampan dan mempunyai lebih fleksibiliti untuk menguruskan perbelanjaan mereka. Penyelidikan industri mendapati peningkatan dalam akses dan penggunaan penyelesaian fintech boleh membantu isi rumah keluar daripada jurang kemiskinan⁶. Oleh itu, peniaga yang berjaya menggabungkan penyelesaian fintech ke dalam strategi perniagaan mereka akan dapat menguasai permintaan digital yang semakin meningkat.
Untuk membantu peniaga, kami menghubungi peneraju fintech terkemuka di Asia Tenggara, Boost. Untuk topik ini, tiada yang lebih pakar daripada Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, aplikasi fintech semua-dalam-satu Boost. Sebagai salah satu perintis terawal ‘QR scan & pay’ di Malaysia, aplikasi Boost kini memperkasakan lebih 10 juta pengguna di seluruh negara untuk menerima transaksi tanpa tunai dengan pembayaran bil digital, beli-belah dalam talian, dan banyak lagi. Dalam temu bual kami dengan Ungku Liza, beliau berkongsi pandangannya tentang cara peniaga boleh memanfaatkan penyelesaian fintech untuk meraih peningkatan permintaan digital.
Meringankan Beban Kewangan
Memandangkan separuh daripada rakyat Malaysia memerlukan sumber pendapatan kedua untuk menyara hidup⁷, peniaga perlu membantu pengguna menjimatkan masa, selain daripada wang. Dengan memanfaatkan penyelesaian fintech, perniagaan boleh menyediakan pengalaman digital yang lancar dan mudah untuk pengguna.
Ungku Liza berkongsi: “Melalui tinjauan pasaran, kami telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia sedang mencari jalan untuk memudahkan kehidupan mereka. Lebih 30% daripada responden bergelut dalam menyelaras bil dan tarikh akhir bayaran, di samping melaksanakan tanggungjawab yang lain dalam hidupan harian. Tambahan lagi, hampir 70% membantu menguruskan bil bagi tanggungan mereka, dan ini menyebabkan ramai yang berharap untuk kebolehan membayar pelbagai bil secara sekaligus.”
“Dengan pemerhatian jurang ini dalam pasaran, kami mempelopori ciri pengurusan dan pembayaran bil yang paling komprehensif di Malaysia, BoostBills, dalam aplikasi Boost kami. BoostBills menawarkan dashboard (papan pemuka) yang menyatukan semua maklumat bil ke dalam satu paparan untuk menjejak semua amaun bil tertunggak dan tarikh akhir dari lebih 50 pembekal perkhidmatan bil. Tambahan pula, dengan fungsi pembayaran automatik BoostBills, pengguna tidak perlu membayar bil secara manual setiap bulan. Kami juga menawarkan fungsi Boost PayLater berpatuhan syariah untuk pembayaran yang fleksibel, dan banyak lagi,” kata Ungku Liza.
“Ciri-ciri ini membantu pengguna kami dan juga pelanggan rakan kongsi kami, meringankan beban kewangan dan mental mereka, di samping menjimatkan masa dan usaha. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa BoostBills menyaksikan pertumbuhan hasil sebanyak 20% tahun ke tahun pada 2022,” tambahnya.
Sebagai peserta fintech yang bertanggungjawab, Boost mampu menawarkan penyelesaian fintechnya dengan cara yang mampan, walaupun dengan keadaan makroekonomi yang sukar. Sebagai contoh, walaupun berjuta-juta ringgit kredit telah disalurkan melalui Boost PayLater di BoostBills, Boost tetap mengekalkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) satu digit yang sihat.
Meningkatkan Kuasa Beli
Menurut kajian pasaran, lebih 40% rakyat Malaysia telah mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting dan lebih mengutamakan penjimatan⁸. Berkongsi pendapat mengenai perkara ini, Ungku Liza menyatakan: "Dalam iklim ekonomi semasa di mana majoriti pengguna lebih mengawal kos, perniaga harus membantu meluaskan penggunaan ringgit mereka."
Kini, lebih 80% rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka lebih gemar membeli-belah daripada kedai yang menawarkan ganjaran kesetiaan⁹. Ungku Liza berkata: “Tetapi, ia bukan sekadar pelbagai perniagaan menawarkan diskaun atau promosi bermusim masing-masing. Untuk memenuhi keperluan pengguna, perniaga perlu menawarkan program kesetiaan yang komprehensif dan sentiasa aktif yang mampan.”
Aplikasi fintech seperti Boost, contohnya, boleh menangani cabaran ini kerana ia mempunyai program ganjaran kesetiaan BoostUP. Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan, pengguna akan mendapat Boost Stars. Melalui Boost Stars yang dikumpul, pengguna boleh menebus hadiah percuma, baucar diskaun, dan banyak lagi di Katalog Ganjaran BoostUP sepanjang tahun – menjadikan Boost Stars setara dengan wang tunai.
Ungku Liza berkata: “Dengan Boost, pengguna yang mendapat Boost Stars apabila membayar bil utiliti dan keperluan harian mereka, akan lebih cenderung untuk menggunakan Boost Stars mereka untuk menebus diskaun apabila membeli-belah dalam talian bagi barangan lain.”
Ringkasnya, perniagaan yang menggunakan penyelesaian fintech dapat membantu menangani isu-isu yang dihadapi oleh pengguna dalam ekonomi semasa, serta dapat menguasai permintaan digital yang semakin meningkat. Ungku Liza merumuskan bahawa: “Kejayaan dalam ekonomi digital bukan hanya tentang mengikuti trend pengguna, tetapi juga tentang memanfaatkan teknologi untuk mencapai tahap baharu. Di Boost, ekosistem fintech spektrum penuh kami yang merangkumi aplikasi Boost, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI, dan platform pembayaran rentas sempadan, sentiasa memperkasakan pengguna dan peniaga kami untuk terus maju tanpa batasan.”
Rujukan:
¹ Poll: Cost-of-living concerns keep 89pc Malaysians up at night
² Rising cost of living the main challenge for local retail sector
³ ⁴ Embracing the digital revolution: Harnessing benefits of digitalisation for future growth
⁵ Fintech: Capturing the Benefits, Avoiding the Risks
⁷ More Than Half Of Malaysian Employees Now Have A Second Source Of Income To Make Ends Meet
⁹ Malaysia Loyalty Programs Market Report 2022-2026
Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/3ece409ab9f14ef44fea0ec28df1d296.png)
