Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Mat Dollah berada di Lembah Klang
Diterbitkan:  Dec 15, 2023 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Orang ramai segera mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar pada 7 Disember lalu apabila krew Mat Dollah menggegar jalan-jalan di KL.

Seperti mengimbau kembali zaman "roti-man" di kampung, krew yang penuh tenaga dan bersemangat ini menunggang motosikal yang membawa pelbagai snek, sedia untuk dikongsi dengan orang ramai. Ia menimbulkan keterujaan dan menarik ramai orang untuk mengerumuni krew ini dan melihat apa yang mereka tawarkan.

Krew  Mat Dollah menggegar jalan-jalan  di Lembah Klang - mereka akan berada di kawasan-kawasan tumpuan di sekitar Lembah Klang bermula 6 sehingga 19 Disember 2023.

Krew "Mat Dollah" merupakan inisiatif terbaru oleh peruncit nilai MR. DOLLAR, yang merupakan sebahagian daripada jenama tempatan ikonik, Kumpulan MR D.I.Y. bertemakan "Mat Dollah, Hero Nilai Berganda," inisiatif ini direka untuk memberi peluang kepada orang ramai mencuba pelbagai snek dengan harga nilai terbaik yang ditawarkan di cawangan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Bermula 6 hingga 19 Disember 2023, krew "Mat Dollah" akan mengunjungi 39 buah kawasan di bandar ini, sambil berinteraksi dengan orang ramai serta menawarkan pelbagai permainan dan peluang untuk memenangi hadiah menarik, di samping mengedarkan hadiah-hadiah percuma.

Mengumumkan  inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, "Berbeza dengan peniaga-peniaga nilai-harga yang lain, MR. DOLLAR tidak memandang ringan akan pengalaman membeli-belah - cawangan-cawangan  kami menawarkan pelbagai produk terkini dan bergaya dengan nilai yang hebat, serta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. Selama dua minggu, krew "Mat Dollah" kami bersiar-siar di sekitar Lembah Klang untuk membawa kegembiraan dan berkongsi berita baik ini kepada para pelanggan kami. Dan semua orang dijemput untuk menyertainya."

MR. DOLLAR mempunyai rangkaian premis dengan lokasi yang mudah dikunjungi di sekitar Lembah Klang, menawarkan pelbagai produk termasuk keperluan rumah, alat tulis, mainan, perhiasan dan aksesori, serta produk makanan dan minuman.

Sempena inisiatif 'Mat Dollah, Hero Nilai Berganda', peruncit ini mengadakan promosi 'Pilihan Mat Dollah' sehingga hujung tahun. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai barangan unik di MR. DOLLAR ini, termasuk, aksesori rambut dan perhiasan bergaya, botol minuman dan juga snek serta minuman ringan dari jenama terkenal seperti Jeli Konjac dan banyak lagi. Untuk senarai penuh produk 'Pilihan MAT DOLLAH' yang ditawarkan, layari: https://www.mrdollar.co/mrdollar-pilihan-mat-dollah-2023.

MR. DOLLAR kini menawarkan lebih banyak produk mengikut trend yang disukai oleh pelanggan.

Selain itu, peruncit itu menawarkan hadiah misteri kepada 10 orang pertama di setiap lokasi. Untuk melayakkan diri, peserta perlu menyiarkan coretan aktiviti  roving di media sosial mereka sendiri, serta tag @mrdollar.malaysia. Selepas itu, mereka hanya perlu menunjukkan siaran mereka untuk menebus hadiah.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari laman web MR. DOLLAR, www.mrdollar.co, atau platform media sosial mereka — Facebook dan Instagram @mrdollarmalaysia


Artikel ini disediakan oleh MR. D.I.Y. (M) Sdn Bhd

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS