KPJ Healthcare Terajui Transformasi Pemacuan AI dengan Kempen ‘Tahun AInnovation’ dan Cabaran K.R.A.F.T. 2025
KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) menerajui transformasi penjagaan kesihatan untuk hospitalnya menerusi pelancaran kempen ‘TAHUN AINNOVATION’ untuk meningkatkan integrasi kecerdasan buatan (“AI”) dan inovasi dalam operasinya dengan keutamaan pesakit sebagai pemacu utama bagi inisiatif ini.
Beberapa program utama sedang dalam perancangan untuk kempen ini, termasuk inisiatif inovasi – Cabaran KPJ Redefining Aspirations for Tomorrow (K.R.A.F.T) 2025 dalam acara pelancaran kempen yang dianjurkan hari ini.
Pada majlis yang sama, KPJ Healthcare juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk kolaborasinya bersama Angsana Health Sdn. Bhd. (“Angsana Health”) untuk memperkenalkan Melati, sebuah platform pengambilan sejarah perubatan dikuasai oleh AI yang direka untuk meningkatkan ketepatan diagnostic, menyelaraskan perundingan dan mengurangkan masa menunggu untuk pesakit.

“AI bukan sekadar sebuah alat – ia merupakan pemangkin kepada transformasi. Melalui Sistem Kesihatan KPJ, kami memupuk AI dalam hospital kami di bawah Tahun AInnovation untuk mencipta sistem penjagaan kesihatan yang lebih pintar, lebih cekap dan mengutamakan pesakit. AI membolehkan kami bekerja dengan lebih pantas, memberi diagnosis dengan lebih tepat dan meningkatkan akses penjagaan kesihatan sekaligus mengekalkan sentuhan manusia dalam setiap perkara yang kami lakukan,” kata Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare.
Kempen ‘Tahun AInnovation’ digerakkan berasaskan solusi pintar AI sedia ada di KPJ Healthcare yang telah digunakan di seluruh rangkaian hospitalnya. Ini termasuk Pengimbasan Retina AI (“AI Retinal Scanning”) untuk pengesanan awal retinopati diabetik dan Pengimejan AI (“AI Imaging”) untuk Pemeriksaan Kanser Paru-paru. Kumpulan KPJ juga turut bekerjasama dengan rakan niaga yang lain untuk mengembangkan penyelesaian teleperubatan berdaya 5G, diagnostik berkuasa AI dan penyelesaian pengimejan holografik. Universiti KPJ Healthcare (“KPJU”) juga akan menawarkan kursus AI dan Sains Data sebagai salah satu programnya.

Selain penggunaan AI, KPJ Healthcare turut melabur dalam inovasi tempatan melalui Cabaran K.R.A.F.T 2025 iaitu sebuah inisiatif di bawah Tahun AInnovation yang memfokuskan pada mengubah idea inovatif menjadi penyelesaian penjagaan kesihatan dunia sebenar.
“Cabaran K.R.A.F.T 2025 adalah tentang mencari penyelesaian berkesan sebenar yang memberi impak tinggi dalam penyampaian penjagaan kesihatan. Kami bukan sekadar menggalakkan inovasi tetapi kami mahukan idea yang boleh membawa kepada perubahan ketara,” kata Chin.
Cabaran K.R.A.F.T ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemajuan dalam AI dan kesihatan digital, kecemerlangan klinikal, kecekapan operasi, kemampanan dan bioteknologi di samping menyediakan peluang untuk bimbingan dan pengkomersilan untuk inovator penjagaan kesihatan.

Pemenang akan menerima bimbingan, sokongan pembangunan perniagaan dan akses kepada Pusat Penyelidikan & Inovasi KPJ (“KPJRIC”) di mana projek terpilih akan dipandu untuk pelaksanaan dunia sebenar di seluruh hospital KPJ. Mereka juga berpeluang memenangi sebahagian daripada kumpulan hadiah sebanyak RM137,000, termasuklah hadiah utama bagi juara sebanyak RM35,000 (kategori Terbuka) dan RM10,000 (kategori Pelajar Universiti/Kolej).
Pertandingan ini terbuka kepada kakitangan KPJ, profesional penjagaan kesihatan, pelajar universiti, penyelidik dan syarikat rintisan di Malaysia. Penyerahan kertas kerja akan diterima dari 1 Mac sehingga 30 September 2025, diikuti dengan sesi pembentangan pada bulan Oktober dan pengumuman finalis pada bulan November. Acara kemuncak akan berlangsung di MIH Megatrends 2025 pada 25 November 2025. Untuk maklumat lanjut dan penyerahan kertas kerja, sila layari laman web www.kpjhealth.com.my/innovationcampaign.
Selain memacu penggunaan AI, KPJ Healthcare membentuk generasi profesional penjagaan kesihatan dipacu AI melalui Universiti KPJ Healthcare (“KPJU”) Menyedari potensi transformatif AI, KPJU menawarkan kursus AI dan Sains Data untuk melengkapkan profesional penjagaan kesihatan, penyelidik dan pelajar dengan kemahiran penting untuk landskap penjagaan kesihatan. Program ini meliputi AI dalam amalan perubatan, kepimpinan kesihatan digital dan operasi penjagaan kesihatan yang dikuasakan AI, mengukuhkan komitmen KPJ terhadap inovasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://kpju.edu.my/.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di membership@malaysiakini.com atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/02/d4b2a3899270186fd3d8c7408aec8124.png)
