Hospital Pakar KPJ Kluang (“KPJ Kluang”) telah melakar satu pencapaian penting dalam penjagaan jantung apabila pasukan perubatannya berjaya melaksanakan prosedur Ablasi Cryoballoon (Cryoballoon Ablation) pertama di rantau ini yang digabungkan dengan prosedur Ekokardiografi Intrakardiak (Intracardiac Echocardiography atau “ICE”). Kejayaan ini meletakkan KPJ Kluang sebagai peneraju dalam rawatan jantung lanjutan serta memberikan harapan baharu kepada pesakit yang mengalami masalah fibrilasi atrium (atrial fibrillation atau “AFib”).
Gambar di atas: Dr. Ng Kim Fong, Pakar Kardiologi menjalankan pemeriksaan terakhir ke atas pesakit di makmal kateterisasi jantung sebelum prosedur pembedahan.
Puan Nor Arfah Arshad, Pengurus Besar KPJ Kluang, menyatakan rasa bangga terhadap komitmen hospital dalam menyediakan penyelesaian perubatan yang sofistikated. "Di KPJ Kluang, misi kami adalah berpandukan nilai bersama C.A.R.E kami. Prosedur inventif ini mencerminkan dedikasi kami bukan sahaja dalam mengadaptasikan penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif tetapi juga memastikan bahawa kemajuan ini memenuhi keperluan masyarakat dan meningkatkan kualiti hidup mereka.”

Ablasi Cryoballoon adalah rawatan inovatif bagi AFib yang menggunakan suhu ekstrem untuk mengasingkan urat pulmonari, iaitu punca kepada masalah isyarat elektrik yang tidak normal. Apabila digabungkan dengan ICE, prosedur ini mengesyorkan tahap ketepatan dan keselamatan yang lebih tinggi, mengurangkan risiko komplikasi serta mempercepatkan proses pemulihan. Integrasi inovasi ini mentransformasikan penjagaan pesakit dan sekali gus menonjolkan komitmen KPJ Kluang terhadap kecemerlangan.
Dr. Ng Kim Fong, pakar kardiologi di KPJ Kluang, menekankan kepentingannya dengan berkata, “Ablasi Cryoballoon, apabila dikukuhkan lagi dengan teknologi ICE, mencetuskan anjakan paradigma dalam rawatan AFib. Dengan mewujudkan pengimejan masa nyata di kawasan kritikal seperti septum interatrial, kami dapat memastikan bahawa prosedur ini berjalan dengan lebih selamat dan tepat. Inovasi ini bukan sahaja menjana hasil yang cemerlang tetapi juga menghapuskan keperluan pesakit untuk pergi jauh bagi mendapatkan rawatan lanjut. Secara tidak langsung ia membawa rawatan bertaraf dunia ke KPJ Kluang.”

Ablasi Cryoballoon menawarkan kelebihan yang ketara berbanding kaedah tradisional, termasuk tempoh prosedur yang lebih singkat, risiko komplikasi yang lebih rendah, dan proses pemulihan yang lebih cepat. Pengintegrasian teknologi ICE menyediakan pengimejan masa nyata ketika prosedur sedang dijalankan, sekali gus mempertingkatkan lagi ketepatan dan keselamatannya.
KPJ Kluang kini merupakan satu-satunya hospital swasta di rantau ini yang menawarkan prosedur canggih ini, dan ia mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam inovasi penjagaan kesihatan. Dengan membolehkan rawatan jantung bertaraf dunia diakses dari dalam negara, hospital ini terus menetapkan penanda aras baharu dalam penjagaan pesakit. Untuk maklumat lanjut mengenai Ablasi Cryoballoon atau perkhidmatan penjagaan kesihatan lain, hubungi KPJ Kluang di +607-771 8999.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
