Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Larian Wira LTAT 2025 tarik 10,000 penyertaan
Diterbitkan:  Jun 1, 2025 9:00 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

PUTRAJAYA, 31 MEI 2025 – 10,000 peserta dari segenap lapisan masyarakat telah membanjiri Dataran Wawasan, Putrajaya pada malam ini bagi menyertai Larian Wira 2025 – Night Run anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”). Bertemakan “Demi Wira Kami”, acara ini bertujuan untuk menghargai pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”) yang berjuang demi melindungi kedaulatan negara dan seterusnya menyemarakkan semangat patriotik seluruh di kalangan rakyat Malaysia.

Edisi khas tahun ini yang diadakan buat julung kali pada waktu malam mengetengahkan tiga kategori larian iaitu 5km (Fun Run), 10km dan 21.1km (Half Marathon). Lebih menarik, segmen Fun Run 5km turut disertai oleh 22 orang kanak-kanak istimewa dari Incredible Warrior Club.

Salah satu tumpuan utama acara ini adalah hebahan terhadap pengumpulan dana untuk Kempen Tabung Pahlawan yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (“JHEV”) ATM. Dana yang dikumpulkan ini akan disalurkan kepada veteran ATM yang memerlukan, termasuk mereka yang terlantar sakit, kurang upaya, dan warga emas yang hidup bersendirian. Kempen ini merupakan inisiatif kebajikan penting yang memberi sokongan moral dan kewangan kepada veteran ATM yang telah banyak berjasa mempertahankan tanah air.

Menurut Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara), Pengerusi LTAT, “Larian Wira adalah simbol perpaduan nasional, semangat patriotisme, dan penghargaan yang mendalam terhadap jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia. Mereka inilah wira sejati tanah air yang bertugas tanpa mengira siang atau malam demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara. Tahun ini juga lebih bermakna apabila LTAT turut berganding bahu dengan pihak JHEV dalam memperluas hebahan mengenai Tabung Pahlawan bagi membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan sumbangan mereka kepada para veteran ATM yang memerlukan sokongan.”

Mohammad Ashraf Md Radzi, Ketua Eksekutif LTAT, meluahkan rasa syukur dan bangga atas sambutan luar biasa terhadap penganjuran ini, “Larian Wira 2025 – Night Run membuktikan bahawa penghargaan rakyat kepada wira negara tidak pernah pudar. Sambutan luar biasa ini adalah bukti bahawa semangat patriotik yang kukuh hadir dalam sanubari masyarakat kita serta mengangkat pengorbanan ATM ke tahap yang lebih tinggi. LTAT akan terus komited menjadikan Larian Wira sebagai satu platform yang memperkukuh ikatan antara masyarakat dan ATM serta menyemai rasa bangga terhadap jati diri dan perjuangan negara tercinta.”

Acara ini turut disemarakkan dengan pelbagai aktiviti seperti Zumba Night Warm-Up oleh Badan Kesenian Tentera Udara (“BKTU”), persembahan Hakka oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (”PALAPES”) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (“UKM”), Drumline ATM, pembukaan reruai oleh Jabatan Rehabilitasi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (“HATTM”) yang akan menawarkan rawatan pemulihan kepada para peserta larian dan pameran ketenteraan oleh ATM.

Selain itu, Syarikat Kumpulan LTAT seperti Affin Bank, BHPetrol, dan AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) juga akan mengadakan reruai pameran, selain kehadiran trak makanan (food truck) yang bakal melengkapkan lagi pengalaman menyeluruh buat semua peserta dan pengunjung.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara, barisan pengurusan tertinggi LTAT serta wakil wakil Syarikat Kumpulan LTAT.

Larian Wira 2025 – Night Run telah berjaya menzahirkan semangat “Demi Wira Kami” dengan menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan dalam satu malam penuh sinergi, kecergasan dan penuh penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira negara.


Kandungan ini disediakan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS