Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Farm Fresh Berhad terus komited membina generasi sihat dan berakhlak melalui Program Susu Sekolah KPM 2025
Diterbitkan:  Dec 16, 2025 2:52 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

SERDANG, 16 Disember 2025 – Farm Fresh Berhad, antara pengeluar produk tenusu tempatan terbesar di Malaysia, hari ini mengesahkan komitmen berterusan sebagai rakan strategik utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menjayakan Program Susu Sekolah (PSS) bagi tahun 2025. Komitmen ini diperkukuh melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersempena Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia.

Program Susu Sekolah, yang dilaksanakan di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) KPM, bertujuan menangani isu malnutrisi dan kekurangan zat makanan dalam kalangan murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di seluruh negara.

Memperluas Manfaat Kepada Ratusan Ribu Murid

Bagi tahun 2025, Farm Fresh berbangga dapat membekalkan susu UHT berkualiti tinggi kepada 381,000 murid sekolah rendah yang terpilih dari 3,841 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia, termasuk kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau. Kontrak perbekalan Program Susu Sekolah ini adalah bagi sesi 2025-2029 (5 tahun) membekalkan susu UHT tanpa perisa secara harian kepada murid-murid Rancangan Makanan Tambahan.

Pelancaran Majlis oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan En Azmi Zainal, Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad

Kementerian Pendidikan Malaysia merangkumi pembekalan hampir 78 juta pek setahun. Bekalan susu ini penting untuk memastikan setiap kanak-kanak menerima nutrisi seimbang yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental mereka, seterusnya membantu mereka mencapai potensi penuh dalam pelajaran. Farm Fresh telah dilantik melalui tender terbuka sebagai pembekal utama bagi 10 negeri di Semenanjung Malaysia, meliputi lima zon berikut: ( Zon 4 : Kelantan, Zon 5 : Terengganu,Pahang , Zon 6: Perlis,Kedah, Zon 7 : Pulau Pinang,Perak ,Zon 8 : Selangor,Kuala Lumpur,Putrajaya)

“Farm Fresh amat berbesar hati diberi kepercayaan oleh KPM untuk terus memainkan peranan dalam program penting ini. Pemakanan yang baik adalah asas kepada kecemerlangan pendidikan, kesihatan yang optimum serta pembentukan akhlak yang mulia. Melalui PSS, kami bukan sekadar membekalkan susu, kami menyumbang kepada pembinaan generasi masa depan yang sihat, cerdas dan berakhlak,”— Encik Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Farm Fresh Berhad.

En Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad ketika sesi ucapan beliau di Temasya Hari Susu Sekolah Sedunia di Farm Fresh @ UPM, Serdang

Inisiatif CSR Bersempena Hari Susu Sekolah Sedunia

Bersempena sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia, Farm Fresh telah merancang beberapa program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai nilai tambah kepada pelaksanaan kontrak perbekalan susu di sekolah-sekolah. Usaha ini turut disokong oleh rakan strategik Farm Fresh, iaitu Tetra Pak Malaysia, yang membantu dalam penyediaan bahan pendidikan berkaitan program kitar semula serta pelbagai inisiatif kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar.

Antara fokus utama adalah memupuk amalan penggunaan semula dan pengumpulan kotak susu sekolah untuk dikitar semula. Selain itu, Farm Fresh juga berhasrat untuk menarik lebih ramai rakan kolaborasi daripada sektor swasta dan organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) untuk bersama-sama menyumbang dan memberi manfaat kepada murid-murid yang memerlukan.

Program-program CSR yang telah dirancang adalah seperti berikut:

  • Temasya Hari Susu Sekolah 2025: Farm Fresh bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian serta Jabatan Pendidikan Negeri dalam penganjuran sambutan ini sempena Hari Susu Sekolah Sedunia yang diraikan di hampir seluruh negara di dunia. Peruntukan tahunan bagi pelaksanaan temasya ini dianggarkan sebanyak RM100,000.

  • Program Multidimensi Plus – Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Multidimensi yang terdahulu. Sekolah-sekolah yang telah dinaik taraf melalui program tersebut akan menerima Smartboard bersaiz 86 inci dan dijadikan sebagai Kelas Pendidikan Digital bagi memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah. Nilai sumbangan bagi 10 buah kelas terpilih di bawah program ini adalah sebanyak RM150,000 setahun.

  • Program "School-to-Farm" - Program ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai lawatan pendidikan ke ladang Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia (UPM). Melalui program ini, murid dapat melihat secara dekat proses penternakan lembu tenusu, memahami sumber makanan ternakan, serta mendalami kepentingan industri agrikultur moden dalam menjamin keselamatan makanan negara. Program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti pendidikan dan eksplorasi berkaitan pertanian yang interaktif dan menyeronokkan. Nilai pelaksanaan program ini dianggarkan mencecah RM80,000 setahun.

  • Dermasiswa Pelajar B40 STPM - Buat pertama kalinya, Farm Fresh memperluaskan inisiatif pendidikan kepada peringkat sekolah menengah dengan menawarkan dermasiswa kepada 500 pelajar Tingkatan Enam daripada keluarga B40. Inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong pendidikan holistik daripada peringkat rendah hingga menengah. Program ini akan dilaksanakan secara berterusan selama lima (5) tahun, melibatkan 500 pelajar terpilih setiap tahun dengan pemberian sumbangan sebanyak RM100 setiap bulan. Nilai keseluruhan sumbangan dianggarkan mencecah RM600,000 setahun.

  • Program Pencegahan Malnutrisi - Pertandingan Susu Subsidi Kebangsaan dilaksanakan setiap tahun dengan penganjuran Jualan Harga Rahmah selama satu hari di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi menggalakkan penglibatan sekolah dan komuniti setempat, Farm Fresh memperuntukkan hadiah tunai berjumlah hampir RM50,000 untuk diberikan kepada 10 sekolah terbaik dengan jumlah jualan tertinggi. Selain itu, setiap sekolah yang menyertai pertandingan akan menerima sumbangan tunai yang bersamaan 5% daripada nilai jualan subsidi yang dicapai. Melalui inisiatif ini, sebanyak RM200,000 telah berjaya disalurkan kepada 140 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia sebagai sokongan kepada program pendidikan dan pemantapan pemakanan murid. Pelaksanaan jualan susu subsidi ini turut menjadi pemangkin kepada usaha menyediakan akses bekalan susu yang berkhasiat, berkualiti dan mampu milik, sejajar dengan komitmen Farm Fresh dalam meningkatkan tahap kesihatan dan nutrisi rakyat Malaysia.

  • Program Bijak Mengira – Program ini menubuhkan 10 kelas tuisyen matematik untuk murid Tahap 1, melibatkan 10 negeri dengan jumlah peserta seramai 500 orang. Matlamat program adalah untuk memberi peluang kepada 50 murid setiap negeri mengikuti kelas intensif selama satu tahun bagi meningkatkan penguasaan mereka dalam matematik. Selain itu, setiap murid akan menerima bekalan susu sebagai sokongan nutrisi tambahan. Jumlah kos pelaksanaan program ini dianggarkan hampir RM40,000 sebulan.

  • Program Cakna Komuniti Farm Fresh memberikan peluang ekonomi kepada usahawan tempatan dengan melantik hampir 120 individu sebagai penghantar susu ke sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan pendapatan pasif kepada usahawan terbabit, malah nilai upah penghantaran bagi 120 usahawan ini mencecah RM9.4 juta setahun. Farm Fresh yakin pendekatan ini mampu mewujudkan kitaran ekonomi yang sihat serta menyokong golongan B40.

  • Program Pendidikan dan susu percuma Sebagai usaha untuk memupuk amalan minum susu di kalangan pelajar, Farm Fresh menganjurkan pelbagai program pendidikan yang disertai dengan pengedaran susu percuma kepada warga akademik, merangkumi sekolah rendah, sekolah menengah, dan institusi pengajian tinggi. Setiap tahun, lebih daripada 500,000 cawan susu diagihkan bagi menyokong kesihatan dan pemakanan seimbang pelajar.

  • Program Protégé “Ready To Work” - merupakan inisiatif pembangunan modal insan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Program ini memberi peluang kepada graduan baharu untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran diri melalui latihan industri di dalam syarikat. Syarikat melaksanakan pengambilan 50 graduan setahun dari pusat pengajian tinggi seluruh negara, yang menjalani latihan selama 8 hingga 12 bulan di pelbagai bahagian di Ibu Pejabat dan anak syarikat. Protégé yang terpilih akan menerima manfaat berikut:

  • Elaun bulanan sebanyak RM2,000

  • Caruman SIP dan SOCSO

  • Peluang tawaran pekerjaan selepas tamat latihan

  • Peningkatan kemahiran profesional dan kebolehpasaran

Komitmen Jangka Panjang

Farm Fresh terus teguh dengan misi menyediakan produk tenusu yang segar, sihat, dan mampu milik untuk rakyat Malaysia, sambil aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti. Program Susu Sekolah KPM menjadi platform utama bagi merealisasikan matlamat ini secara berterusan. Selain itu, Farm Fresh komited untuk bekerjasama dengan NGO bagi membantu sekolah dan murid yang memerlukan. Dengan pemakanan yang seimbang dan berkualiti, Farm Fresh yakin dapat menyokong pembentukan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.


This content is provided by Trio Hauz

The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Malaysiakini.

Interested in having your press releases, exclusive interviews, or branded content articles on Malaysiakini? For more information, contact [email protected] or [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS