JSH laksana prosedur CHIP PCI dengan teknologi Litotripsi Intravaskular
Johor Specialist Hospital (“JSH”) di bawah KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah berjaya melaksanakan prosedur Complex High Indication Percutaneous Coronary Intervention (“CHIP PCI”), iaitu satu bentuk angioplasti khusus bagi merawat penyakit arteri koronari yang teruk dan berisiko tinggi menggunakan teknologi Intravascular Lithotripsy (“IVL”) melalui Pusat Kecemerlangan Jantung dan Paru-Paru JSH, sekali gus memperkukuh akses kepada rawatan jantung kompleks dalam KPJ Health System.
Prosedur ini melibatkan rawatan penyakit arteri koronari teruk dengan pengumpulan kalsium yang berlebihan dalam saluran darah jantung. Kes CHIP PCI merupakan antara prosedur koronari yang paling mencabar dari segi teknikal. Prosedur ini lazimnya melibatkan pesakit dengan keadaan jantung yang kompleks, yang memerlukan kepakaran lanjutan, teknologi khusus serta pertimbangan klinikal yang teliti.
Teknologi IVL menggunakan gelombang tekanan sonik terkawal untuk memecahkan kalsium yang mengeras dalam arteri koronari, lalu membolehkan doktor merawat sumbatan koronari kompleks dengan lebih selamat dan tepat sebelum memasangkan stent. Pendekatan ini mengurangkan keperluan penggunaan teknik yang lebih agresif, khususnya bagi pesakit dengan anatomi yang kompleks ataupun mereka yang memiliki sejarah pemasangan stent sebelum ini.

Kes ini diketuai oleh Dr Mohd Shahrom Ujang, Pakar Kardiologi di JSH dengan sokongan pemantauan berstruktur daripada Dr Zul Hilmi Yaakob, Pakar Kardiologi Intervensi dari Tawakkal Specialist Hospital. Kerjasama di peringkat perunding ini mencerminkan pelaksanaan pendekatan Sistem Kesihatan Akademik KPJ dalam amalan, di mana tadbir urus klinikal, bimbingan dan perkongsian ilmu disepadukan bagi menyokong keselamatan pesakit, sambil membina kepakaran tempatan yang mampan.

Dr Mohd Shahrom berkata, “Pelaksanaan intervensi koronari yang kompleks seperti CHIP PCI memerlukan bukan sahaja teknologi canggih, malah pemantauan klinikal yang kukuh serta kesiapsiagaan pasukan. Melalui Pusat Kecemerlangan Jantung dan Paru-Paru JSH, kami dapat menyediakan akses kepada rawatan jantung berkompleksiti tinggi yang lebih dekat dengan pesakit, sambil mengekalkan piawaian keselamatan dan kualiti klinikal yang jelas.”
Selain prosedur itu sendiri, penyampaian penjagaan di bawah rangka kerja Pusat Kecemerlangan turut disokong oleh penyelarasan pelbagai disiplin dan kesinambungan penjagaan, termasuk pemulihan serta susulan jangka panjang. Pendekatan ini memastikan pesakit menerima sokongan menyeluruh sepanjang perjalanan pemulihan mereka, daripada intervensi hingga penstabilan dan pengurusan berterusan.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, berkata pencapaian ini mencerminkan bagaimana KPJ Health System menterjemahkan hasrat strategik kepada keupayaan klinikal yang nyata. “Kes ini menunjukkan bagaimana kami membina keupayaan dalaman yang mampan, bukan kebergantungan. Melalui pemantauan berstruktur, tadbir urus klinikal serta piawaian yang bersepadu, kami memperkukuh kepakaran pakar di hospital-hospital kami sambil memastikan keselamatan pesakit tetap diutamakan. Di bawah KPJ Health System, pelaksanaan prosedur kompleks tidak lagi ditentukan oleh lokasi rawatan pesakit, sebaliknya tertumpu kepada jaminan kepakaran, pemantauan dan hasil rawatan yang konsisten di seluruh rangkaian. Inilah cara kami menyampaikan penjagaan lanjutan, sejajar dengan aspirasi Care for Life kami.”

Pusat Kecemerlangan Jantung dan Paru-Paru di JSH telah dilancarkan pada Disember 2025. Pusat ini direka bagi menyokong piawaian penjagaan, tadbir urus klinikal, pendidikan dan penyelidikan yang konsisten, di samping memperluaskan akses kepada rawatan lanjutan dalam rangkaian KPJ.
Melalui pembangunan keupayaan yang berterusan dan kerjasama merentasi sistem, Pusat Kecemerlangan ini menyokong aspirasi jangka panjang KPJ Healthcare untuk menyediakan penjagaan jantung dan pernafasan yang berkualiti tinggi serta berasaskan nilai di seluruh hospital-hospitalnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai JSH, sila layari https://kpjhealth.com.my/johor.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/01/240ee61160b41561f58eded33a34b67a.jpg)
