Allianz Malaysia memperluaskan Program Pendidikan Eko di Pulau Tuba
Kuala Lumpur, 30 Januari 2026 – Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), melalui jabatan tanggungjawab sosial korporatnya, telah mengumumkan pengembangan inisiatif pendidikan dan alam sekitarnya yang pertama, Allianz Eco Quest ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi, menandakan sebuah permulaan baharu untuk komitmen jangka panjang ke arah pemerkasaan komuniti yang lestari di pulau tersebut.
Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia, dengan diiringi oleh Mohammad Shauqi bin Md Rezali, Penolong Pengurus, Unit Korporat, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang juga merupakan Pegawai Penyelaras, Kg Angkat MADANI Pulau Tuba; Zakri Khir, Pengerusi, Allianz Malaysia; sertas ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan dari Allianz Malaysia.
Sean berkata, perasmian di SMK Langkawi mencerminkan kepercayaan Syarikat yang memperkasakan belia sebagai kunci membentuk komuniti yang berdaya tahan dan lestari.
“Allianz Malaysia percaya bahawa membentuk impak kelestarian memerlukan ketekalan, kesinambungan dan pemilikan komuniti. Dengan mengembangkan Allianz Eco Quest ke SMK Langkawi, kami mampu memperkasakan bekas pelajar kami menjadi pembimbing, rujukan dan penggerak, dalam memastikan nilai pemilikan alam sekitar dan pembelajaran sepanjang hayat terus berkembang dalam komuniti.”
Program tiga tahun yang berlangsung dari 2026 hingga 2028, direka berdasarkan kejayaan Allianz Eco Quest di Pulau Tuba, yang telah memberikan impak positif pelajar sekolah rendah sejak pelancarannya pada 2022 dan pelaksanaan penuh pada 2023, melalui kerjasama dengan Incredible Hearts PLT, sebuah organisasi sosial yang fokus kepada pendidikan yang disesuaikan dan sebuah pendekatan secara permainan ke arah campur tangan pendidikan.
Berlainan dengan program sekolah rendah, yang memfokuskan kepada tema eko-pendidikan dan berdasarkan tempat, komponen sekolah menengah Allianz Eco Quest menekankan perkembangan kebolehan, bimbingan kempimpinan untuk pelajar, kemahiran hidup yang praktikal dan memudahkan urusan seharian.

Para pelajar akan dibahagikan kepada kelab-kelab termasuk STEM, Sukan dan Eskpresi, dan kelab-kelab tambahan lain akan diperkenalkan pada masa akan datang. Sesi-sesi akan dikendalikan dua kali sebulan, menggabungkan pembelajaran yang diketuai oleh murid dan fasilitator untuk menggalakkan pemilikan dan kepimpinan rakan sebaya.
Ciri utama program ini ialah hasilnya, di mana peserta sekolah menengah memainkan peranan aktif dalam membimbing pelajar lebih muda dari Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba. Pendekatan ini membantu mewujudkan ekosistem yang mampu berdikari di mana pengetahuan, kemahiran dan nilai dipindahkan dari satu kelompok ke kelompok lain, menjadikan Allianz Eco Quest sebagai gerakan jangka panjang dan bukannya intervensi jangka pendek.
Program sekolah menengah merangkumi elemen seperti permainan digital, pendigitalan, keusahawanan, kesukarelawanan, pembelajaran berasaskan projek, fasilitasi, nilai integriti dan literasi kewangan.
Kem tahunan juga akan diadakan untuk terus memupuk pembangunan sahsiah, kerjasama berpasukan dan kepimpinan, dengan pelajar terlibat secara aktif dalam memudahkan aktiviti untuk rakan-rakan mereka di sekolah rendah.
Sejak penubuhannya, Allianz Eco Quest telah menunjukkan impak yang ketara, termasuk peningkatan minat dalam pembelajaran, kemahiran komunikasi bahasa Inggeris yang lebih baik dan perubahan tingkah laku yang positif di kalangan peserta.
Sehingga kini, program ini telah melibatkan 45 pelajar sekolah rendah yang aktif dan 30 alumni, dan ramai di antara mereka kini menyumbang sebagai fasilitator dalam ekosistem tersebut.
Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/01/aa07686e9cab3e9dd876352103fcebc6.jpg)
