Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Menyambut Kedatangan Hari Raya dengan Bajet Berpatutan
Diterbitkan:  Feb 25, 2026 9:32 AM
Dikemaskini: 1:42 AM

Menjelang kedatangan bulan mulia Ramadan, rakyat Malaysia di seluruh negara mula menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh keterujaan. Selain penghayatan rohani dan hidangan istimewa yang dinanti-nantikan, satu tradisi yang kekal dekat di hati ramai adalah menyiapkan dan menceriakan rumah bagi menyambut kehadiran tetamu, saudara-mara serta semangat untuk permulaan baharu.

Tradisi ini lahir daripada nilai hospitaliti dan kesyukuran yang sinonim dengan Aidilfitri. Namun, seiring dengan perubahan gaya hidup, ia kini turut dibentuk oleh kesedaran ramai rakyat Malaysia untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak.

Menurut satu kajian tempatan, tujuh daripada sepuluh rakyat Malaysia mengehadkan perbelanjaan Raya mereka kepada bawah RM500, manakala hampir semua pembeli mula merancang persiapan perayaan lebih awal, di mana ada yang memulakan persiapan mereka seawal hujung tahun sebelumnya.. Keinginan untuk meraikan Aidilfitri tetap kukuh, tetapi kini diiringi dengan perancangan yang teliti dan pilihan yang lebih bijak.

Hakikatnya, anda tidak perlu melakukan pengubahsuaian besar-besaran atau berbelanja secara berlebihan untuk mempersiapkan rumah menjelang Aidilfitri. Melalui beberapa sentuhan ringkas dan idea kreatif, ruang kediaman boleh diubah menjadi suasana perayaan yang selesa, bergaya dan mesra bajet.

Beberapa idea ringkas di bawah boleh membantu anda mempersiapkan rumah menjelang Aidilfitri, tanpa membebankan poket:

Menghidupkan Ruang Di Dalam Rumah dengan Sentuhan Cat Baharu

Selain daripada mengubah suai keseluruhan rumah, ramai pemilik kediaman kini memilih untuk memberi tumpuan kepada ruang yang paling kerap digunakan sepanjang musim Raya. Ruang tamu, ruang makan, bilik solat serta pintu masuk biasanya menjadi Kawasan tumpuan kunjungan tetamu ketika majlis rumah terbuka, menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai keutamaan untuk diberi sentuhan baharu. Dengan menumpukan usaha kepada ruang-ruang utama ini, suasana rumah akan kelihatan lebih kemas dan mesra,, tanpa menjejaskan bajet.

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengubah suasana rumah dalam masa yang singkat adalah dengan mengecat semula. Dalam kebanyakan artikel gaya hidup tempatan, mengecat sering dianggap sebagai pilihan utama menjelang Raya kerana ia memberi impak kepada suasana dalaman, di mana perubahan boleh dilihat secara serta-merta dengan suasana baru. Malah, hanya dengan mengecat semula satu dinding, ia sudah memadai untuk menjadikan ruang kelihatan lebih cerah, bersih dan segar, apatah lagi jika dipilih dengan teliti.

Sempena Aidilfitri, pemilihan warna juga sering membawa makna tersendiri. Hijau dan emas kekal menjadi pilihan popular di kediaman rakyat Malaysia, melambangkan pembaharuan, keharmonian dan kemakmuran selepas sebulan berpuasa. Tree House (NP 8266) pula menawarkan interpretasi moden kepada palet tradisi ini, sesuai untuk rumah yang inginkan sentuhan Raya yang segar dan bergaya.

Dengan rona hijau yang tenang dan elegan, diperkaya dengan sentuhan halus undertona mauve, Tree House membawa rasa damai serta nyaman ke dalam kediaman. Warna ini melembutkan suasana ruang tanpa menjadikannya kelihatan suram, menjadikan rumah terasa lebih mesra dan seimbang — sesuai untuk kediaman yang sering menerima tetamu, namun tetap berfungsi sebagai tempat untuk beristirahat dan menenangkan jiwa. 

Apabila dipadankan dengan pencahayaan lembut dan hiasan Raya yang ringkas, suasana perayaan terasa lebih terserlah tanpa kelihatan berlebihan, menjadikan rumah kekal meriah namun tetap tenang.

Tip: Bagi kediaman yang dijangka menerima ramai tetamu, memilih cat dengan ciri tahan kotoran dan mudah dibersihkan ialah satu pelaburan yang praktikal. Nippon Paint Spot-Less Plus membantu melindungi dinding daripada kesan kotoran, memastikan ruang kediaman kekal segar selepas perayaan berakhir.

Susun Semula, Bukan Ganti Baharu

Sebelum tergesa-gesa membeli perabot baharu, barangan sedia ada di rumah boleh disusun semula.. Susun atur yang berbeza boleh membuatkan ruang tamu terasa lebih segar dan lapang, sesuai untuk menerima tetamu sempena musim rumah terbuka.

Sepanjang Aidilfitri, ruang tamu menjadi tumpuan utama aktiviti. Di sinilah tetamu disambut, juadah tradisional dihidangkan dan perbualan panjang bersama keluarga serta rakan-rakan berlangsung. Dengan hanya mengalihkan kedudukan sofa supaya menghadap cahaya semula jadi atau menukar permaidani dan kusyen antara bilik, ruang boleh terasa seperti baharu.

Tip: Wujudkan satu sudut santai dengan kusyen lantai atau meja kopi kecil untuk perbualan yang lebih intim. Tambahkan beberapa pokok hiasan atau lampu dekoratif untuk melengkapkan suasana.

Serlahkan Ruang dengan Tekstil Lembut

Menukar sarung kusyen atau menggantikan langsir  mampu mengubah suasana sesebuah ruang dalam sekelip mata. Sentuhan kecil ini jauh lebih menjimatkan berbanding membeli perabot baharu, dan selari dengan kecenderungan ramai rakyat Malaysia yang kini memilih untuk menggunakan semula apa yang sedia ada, sambil menaik taraf elemen-elemen penting secara terpilih.

Langsir, sarung kusyen dan alas meja sering menjadi elemen hiasan yang tidak disedari, namun sebenarnya memainkan peranan besar dalam membentuk suasana rumah. Menyesuaikannya dengan palet warna Raya seperti hijau zamrud, emas atau tona pastel lembut mampu menyerlahkan ruang dengan ketara.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, media sosial turut mempengaruhi cara keluarga menghias rumah menjelang Aidilfitri. Daripada menghias setiap ruang, ada yang memilih untuk menumpukan perhatian pada satu sudut khas atau “Raya corner” untuk bergambar bersama keluarga. Dinding yang dicat kemas, pencahayaan lembut dan satu elemen dekorasi yang bermakna, seperti seni khat berbingkai atau ketupat anyaman, sudah cukup untuk mencipta latar belakang berunsurkan perayaan yang cantik dan bermakna.

Tip: Gabungkan tekstur yang berbeza untuk hasil yang lebih menarik — kusyen baldu untuk sentuhan mewah, langsir lut cahaya untuk suasana ringan dan lapang, serta alas meja bermotif tradisional seperti songket atau batik bagi menambah elemen warisan.

Cerahkan Suasana

Lampu hiasan seperti fairy lights dan jalur LED sudah menjadi elemen wajib dalam hiasan Raya. Gantungkan lampu ini di sekitar tingkap, bingkai pintu, atau masukkan ke dalam balang kaca untuk menghasilkan cahaya lembut yang mewujudkan suasana yang terasa istimewa.

Lampu LED berbentuk ketupat pula menambah sentuhan ceria dan berunsurkan perayaan di dalam rumah. Hiasan ini mudah didapati di kedai-kedai tempatan mahupun secara atas talian, selalunya pada harga yang mesra bajet.

Tip: Pilih lampu yang menggunakan bateri bagi mengelakkan wayar berselirat. Gulungkan lampu ke dalam mangkuk kaca atau letakkan di dalam tanglung untuk dijadikan hiasan yang ringkas tetapi selesa untuk dipandang.

Beli Dengan Bijak, Manfaatkan Promosi

Musim perayaan sering membawa peluang tambahan untuk pemilik rumah yang merancang dengan teliti. Selain tawaran diskaun, banyak jenama kini memperkenalkan kempen Raya edisi terhad yang memberikan nilai praktikal, khususnya bagi pembelian yang memang sudah dirancang lebih awal.

Sempena Aidilfitri ini, Nippon Paint tampil dengan kempen perayaan yang meraikan pemilik rumah yang ingin menyegarkan kediaman mereka. Pembeli yang merancang untuk mengecat semula berpeluang menerima hadiah bertemakan Raya seperti lampu malam edisi khas dan aksesori rumah yang direka dengan teliti. Walaupun kecil, sentuhan ini boleh membantu menaikkan suasana perayaan dan masih boleh digunakan walaupun selepas musim raya: https://www.nipponpaint.com.my/campaigns-events/create-your-most-beautiful-home/

Tip: Rancang pembelian lebih awal dan fokus pada keperluan utama. Promosi perayaan menjadi yang paling berbaloi adalah apabila ia melengkapkan perancangan sedia ada, bukan mendorong pembelian secara terburu-buru.

Kesimpulannya, rumah yang benar-benar Raya-ready bukan ditentukan oleh jumlah perbelanjaan, tetapi melalui rasa mesra dan selesa yang dirasai. Pilihan warna yang bijak, kemas kini yang praktikal serta gaya hiasan yang dilakukan dengan niat mampu mengubah ruang harian menjadi tempat yang penuh suasana selesa dan kebersamaan, mencerminkan erti sebenar dalam mencipta rumah yang paling indah.

Dengan mengutamakan kesederhanaan dan kesedaran dalam setiap pilihan, semakin banyak keluarga di Malaysia kembali menyedari bahawa keindahan Aidilfitri tidak terletak pada kemewahan, tetapi pada rasa mesra, pembaharuan dan kebersamaan yang dikongsi bersama orang tersayang.

Untuk lebih banyak idea dan inspirasi dalam mencipta rumah anda yang paling indah, sila layari: https://colourtrends.nipponpaint.com/


Kandungan ini disediakan oleh Nippon Paint.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS