Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
AlphaCapital bergabung tenaga dengan suntikan modal.
Diterbitkan:  Apr 28, 2022 4:29 PM
Dikemaskini: Jul 19, 2022 10:24 AM

AlphaCapital (M) Berhad telah bersetuju untuk melabur dalam jenama popular K-Town Korean BBQ Grill House; dengan jumlah pelaburan sehingga RM15 juta dalam tempoh 5 tahun, bagi membuka 10 kedai di dalam dan di luar negara, untuk memasuki sektor industri katering, mempelbagaikan portfolio pelaburan kumpulan, dan komited untuk membawa pulangan pelaburan yang lumayan untuk pelaburnya.

Memorandum Perjanjian Kerjasama Strategik telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif AlphaCapital Syed Mahadzir Fadaak dan Pengarah Globalisasi K-Town dan artis tempatan terkenal Zizan Razak, yang turut disaksikan oleh Erna Elliyana, Andy Goh dan Justin Choo, wakil daripada AlphaCapital (M) Berhad dan Globalisasi Ktown Sdn Bhd pemilik jenama, K-Town Korean BBQ Grill House. Majlis itu telah diadakan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) pada malam Jumaat (15hb April) lepas.

Memorandum perjanjian kerjasama strategik tersebut turut disaksikan oleh tetamu jemputan dan wakil syarikat, Ahmad Yusoff Hamzah (Ketua Pegawai Syariah dan Pematuhan AlphaCapital (M) Berhad), Andy Dhani (Ketua Pegawai Operasi AlphaCapital (M) Berhad), Justin Choo (Pengarah Globalisasi Ktown Sdn. Bhd.), dan Andy Goh (Pengarah Urusan Globalisasi Ktown Sdn. Bhd.)

Tetamu jemputan kehormat, Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Perusahaan dan Koperasi Malaysia menyokong penuh kolaborasi dan perkembangan perniagaan diantara kedua-dua buah syarikat ini.

Pembukaan K-Town Korean BBQ Grill House terbesar di Malaysia oleh AlphaCapital dan Globalisasi K-Town telah menerima ucapan tahniah kerana bakal mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, khususnya untuk rakyat Selangor. Pembukaan dan operasi K-Town yang pertama telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah sebuah perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang besar dan keupayaan AlphaCapital untuk melabur dengan bijak. Visi yang unik juga menyumbang kepada kerjasama ini. 

Tan Sri Noh Omar berkata, beliau sendiri memberi sokongan penuh terhadap kerjasama tersebut kerana ia berpotensi menjadi sebuah model kepada perusahaan domestik. Beliau berharap K-Town Korean BBQ Grill House dapat menjadi sebuah perusahaan francais yang mampu mengembangkan perniagaan ke luar negara. 

Cawangan terbesar dibuka pada bulan Julai.  

Dengan termeterainya memorandum ini, AlphaCapital dan Globalisasi K-Town akan bekerjasama secara pegangan saham, dengan pegangan individu masing-masing sebanyak 40% dan 60%. Kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk membuka 10 lagi cawangan K-Town Korean BBQ Grill House di Malaysia dan juga di luar negara, di bawah kelolaan AlphaCapital. Globalisasi K-Town akan menguruskan segala pembiayaan bagi persiapan seperti hiasan kedai, penyewaan dan semua peralatan.  

Cawangan pertama hasil daripada kerjasama kedua-dua pihak dan cawangan kedua K-Town Korean BBQ Grill House di negara ini akan ditempatkan di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan pelaburan sebanyak RM1.5 juta oleh AlphaCapital. Dengan keluasan seluas 4,300 kaki persegi, cawangan Bukit Jelutong akan dibuka pada Julai dan akan menjadi cawangan terbesar di Lembah Klang. K-Town Korean BBQ Grill House yang berasaskan gaya dan konsep reka bentuk K Pop, ingin memberi peluang kepada pengguna Malaysia untuk mendapat pengalaman yang sama seperti di Korea, iaitu menikmati makanan Korea di Malaysia tanpa kehilangan rasa asli Korea.

K-Town berkembang ke Indonesia tahun depan.  

Justin Choo (Pengarah Globalisasi Ktown Sdn. Bhd, mendedahkan K-Town Korean BBQ Grill House adalah produk katering jenama tempatan Malaysia dan kedua-dua pihak kini sedang bersiap sedia untuk membuka cawangan ketiga di Johor. Jumlah keluasannya akan mencecah 4,000 kaki persegi. Selain memberi tumpuan kepada pasaran domestik, beliau juga merancang untuk berkembang ke Jakarta dan Sumatera di Indonesia pada tahun hadapan. Beliau berkata bahawa K-Town Korean BBQ Grill House yang dibuka kali pertama pada November 2021, telah menarik sebilangan besar pengguna untuk beratur bagi menikmati hidangannya setiap hari.  

Pulangan keuntungan dibuat dalam masa sebulan. 

Cawangan K-Town pertama terletak di Desa Pandan, dengan keluasan keseluruhan 3,700 kaki persegi, dibahagikan kepada tempat duduk dalaman dan luaran. Ruang makan, dengan 2 bilik khas, didedikasikan untuk mencipta pengalaman hidangan makanan terbaik untuk pelanggan. 

Menu K-Town lebih terkenal selepas Andy Goh, yang berpengalaman selama 7 tahun dalam Singapore Airlines, pernah terbang ke pelbagai tempat sebelum ini dan merasai juadah tempatan dan kemudian menyesuaikannya mengikut cita rasa pengguna Malaysia. 

Majlis menandatangani perjanjian dan jamuan berbuka puasa Ramadan juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Zizan Razak. Potongan kek harijadi tersebut sempat diedarkan untuk dinikmati oleh semua tetamu yang hadir. 

Terdapat lebih 100 individu yang hadir pada malam itu, terdiri daripada tetamu kehormat, pelabur dan rakan kongsi hadir. Antara tetamu yang hadir adalah Erna Elliyana, pengasas AlphaNeyaga Sdn Bhd, anak syarikat AlphaCapital, Pengarah Pembelian dan Operasi Globalisasi Ktown Wong Yao Sen, Pengarah Pemasaran Patricia Heng, Pengarah Penyelanggaraan Tommy Yong, Chef Eksekutif CK Lee dan pengurus cawangan K-Town Faridah Abdul Latif dan rakan kongsi lain.

Faktor positif menyokong pelaburan. 

Ketua Pegawai Eksekutif AlphaCapital (M) Berhad, berkata dalam temu bual, “Sebagai sebuah syarikat pelaburan swasta, kami mencari projek pelaburan yang berpotensi, dan industri katering merupakan sektor yang sentiasa optimis dan ingin diceburi oleh syarikat”. Beliau berkata dalam kalangan pelbagai jenama F&B, ahli lembaga kumpulan syarikat itu telah mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan K-Town Korean BBQ Grill House yang berada di bawah pengurusan Globalisasi K-Town.

Sokongan yang baik, kepercayaan penuh terhadap operasi pengurusan perniagaan, keupayaan pengurusan, bakat dan latar belakang syarikat merupakan faktor penyumbang yang akan dapat membawa syarikat dan pelabur ke hadapan. 

Potensi pelaburan dan pulangan yang besar. 

Beliau menegaskan bahawa kedua-dua pihak akan menjalankan kerjasama jangka panjang, dan sejumlah 10 cawangan K-Town Korea akan dibuka. Selain cawangan yang dibuka di Bukit Jelutong, 3 lagi cawangan K-Town Korean BBQ Grill House dijangka akan dibuka pada tahun ini. 

AlphaCapital (M) Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan wawasan global yang merangkumi pelbagai industri berpotensi tinggi. Dengan wawasan yang baik dan kepelbagaian bidang perniagaan, syarikat itu telah mewujudkan portfolio yang unggul kepada pelabur. Syarikat terus komited untuk menjadi tumpuan pelanggan di mana visi rakan kongsi yang dipercayai dan peneraju global yang dihormati dalam pengurusan aset, dan melalui pelaburan nilai tambah yang aktif akan membawa pulangan yang besar. 

Misi membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka. 

Dengan pelaburan di K-Town Korean BBQ Grill House, AlphaCapital (M) Berhad juga akan bergiat secara aktif untuk projek pelaburan lain pada masa hadapan. Projek ini merangkumi pelbagai kategori perniagaan, dan akan melabur dalam produk gaya hidup, termasuk pelancaran koleksi soleknya tersendiri. Syarikat tersebut juga ingin menubuhkan portfolio seperti pusat perhotelan dan penjagaan bersalin, sistem pembayaran online, dan lain-lain. Inisiatif ini akan membawa pulangan pelaburan yang lebih besar dan pendapatan maksimum kepada pelanggan pelaburan, dan pada masa yang sama, menjadi rakan kongsi pelaburan yang boleh dipercayai untuk pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial media instagram AlphaCapital (M) Berhad dan K-Town Korean BBQ Grill House.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS