Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Box of Hope bagi mereka yang memerlukan
Diterbitkan:  Sep 8, 2022 4:42 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Rakyat Malaysia golongan yang bersifat pemurah dan ramai yang tidak akan teragak-agak untuk membantu mereka yang sedang dilanda krisis atau kesusahan. Salah satu contoh yang mencerminkan keprihatinan ini adalah pada ketika banjir melanda pada Disember lalu di mana bantuan dihulurkan dengan pantas dan pada skala yang besar. 

Apabila pandemik COVID-19 melanda dan menjejaskan kehidupan dan mata pencarian ramai, terdapat  banyak tabung makanan (food bank) mula muncul di pelbagai lokasi.  Memandangkan ekonomi negara telah dibuka semula dan Malaysia kini menuju ke fasa endemik, kebanyakan pusat pengumpulan makanan ini sudah tidak beroperasi lagi. Namun, masih ramai yang memerlukan bantuan makanan.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2021, sebanyak 10% daripada golongan M40 (40% populasi berpendapatan sederhana) atau kira-kira 600,000 keluarga telah jatuh ke dalam golongan B40 (40% berpendapatan rendah) akibat krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Sementara itu, harga makanan terus meningkat. Inflasi makanan sejak tahun ke tahun sebanyak 6.1% yang dirakamkan dalam Jun 2022 adalah pada kadar tertinggi sejak November 2011 di mana kebanyakan harga barangan makanan telah mencatatkan peningkatan. Barangan makanan dan minuman juga telah mencatatkan peningkatan di semua negeri. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (8.2%) diikuti Selangor (7.5%).

Bagaimanakah anda boleh menyumbang kepada mereka yang memerlukan?

Anda boleh menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui bank makanan (food bank) dan soup kitchen yang masih beroperasi. Anda juga boleh memberi sumbangan secara dalam talian dengan mudah dan pantas melalui inisiatif Box of Hope oleh Air Selangor di www.airselangor.com/boxofhope/.

Sebagai syarikat penyedia perkhidmatan air tunggal bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, usaha Air Selangor bukan sahaja tertumpu kepada pembekalan air terawat yang selamat dan bersih kepada pengguna tetapi juga untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan bantuan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara. 

Program Sesama Mara ialah komitmen Air Selangor untuk membantu dan mengangkat komuniti akar umbi di samping memperkukuhkan hubungannya dengan komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Inisiatif Box of Hope telah dilancarkan pada Jun 2020 untuk membantu golongan B40 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menghadapi tekanan akibat peningkatan kos sara hidup, melalui sumbangan barangan makanan asas. Melalui inisiatif ini, kotak-kotak khas telah diletakkan di lima (5) cawangan Village Grocer di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya bagi membolehkan orang ramai menderma barangan makanan asas – seperti beras, susu tepung, makanan dalam tin, tepung dan minyak masak – yang akan diagihkan kepada golongan  B40 oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).

Sejak pelancarannya sehingga Jun 2022, Air Selangor telah berjaya mengagihkan lebih daripada 2,000 kotak Box of Hope dengan nilai sumbangan melebihi RM175,000 kepada golongan B40 dan rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Seiring dengan era transformasi digital kini, Air Selangor telah memperkembangkan inisiatif Box of Hope ini dengan pelancaran platform digital pada awal bulan Ogos untuk memudahkan lebih ramai orang menyertai usahanya dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan. Air Selangor berharap platform digital ini dapat menggalakkan orang ramai untuk memberikan sumbangan menerusi transaksi pembayaran secara dalam talian tanpa berkunjung ke pusat agihan Box of Hope yang terletak di cawangan Village Grocer terpilih. 

Orang ramai masih boleh menyalurkan sumbangan di lima (5) lokasi Box of Hope Village Grocer sedia ada – di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1Mont Kiara, i-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall Ampang. Air Selangor juga sedang merancang untuk menambah bilangan pusat agihan Box of Hope di cawangan-cawangan Village Grocer untuk kemudahan orang ramai memberi sumbangan.

Selain itu, orang ramai yang ingin turut serta menyumbang kepada inisiatif Box of Hope juga boleh menghulurkan sumbangan mereka ke akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 (sertakan ‘Box of Hope’ di rujukan penerima semasa membuat transaksi dan emel ke [email protected]).

Di bawah program Sesama Mara, Air Selangor juga kerap mengunjungi rumah-rumah kebajikan semasa perayaan untuk memberi keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sempena Hari Merdeka Malaysia, Air Selangor telah menghadiahkan barangan makanan asas dan keperluan harian kepada Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ihklas, Pusat Jagaan Anbe Sivam, dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS) untuk berkongsi keceriaan Merdeka bersama warga tua dan kanak-kanak di rumah-rumah ini. Air Selangor berharap bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan rumah-rumah kebajikan ini dalam menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik.

Air Selangor komited untuk memberi semula kepada masyarakat dan berhasrat meningkatkan jumlah sumbangannya tahun ini. Air Selangor juga berharap  lebih ramai orang akan terus bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, khususnya golongan B40, melalui inisiatif Box of Hope.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Box of Hope atau inisiatif-inisiatif lain di bawah program Sesama Mara Air Selangor, sila layari www.airselangor.com/sesamamara/.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS