Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia raih RM500,000 untuk Program ‘Kembali ke Sekolah’
Diterbitkan:  Sep 29, 2022 2:37 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2022 di Tropicana Golf and Country Resort untuk mengumpul dana bagi program ‘Kembali ke Sekolah’.

Kejohanan golf tahunan edisi ke-29, telah dianjurkan untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan. Program tersebut telah berjaya raih dana sebanyak RM500,000, yang juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah diperoleh sejak kejohanan golf ini diperkenalkan.

Dana yang dikumpul merupakan sebahagian daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta, dan akan diagihkan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

“Kami berharap pengagihan pek sekolah itu dapat meringankan beban kewangan keluarga dan kanak-kanak, apabila tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan dengan perasaan gembira, teruja, dan bermotivasi,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

“RMHC Malaysia percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Dengan bantuan kewangan dalam bentuk pek sekolah, anak-anak boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mengasah kreativiti dan pengetahuan mereka, untuk mencapai potensi penuh mereka,” tambah Dato’ Azmir Jaafar.

Setakat tahun lepas, hampir RM10 juta dikumpul menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’ dan dana tersebut telah membantu lebih 100,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Program tahun ini menjadi lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), Tabung Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Tabung Pesakit Hospital Tunku Azizah (HTA) dan Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM.

Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun, yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani perubatan rawatan, atau untuk membeli perubatan.

“Kehidupan setiap kanak-kanak adalah penting dan RMHC Malaysia akan terus berusaha untuk membantu lebih ramai kanak-kanak. Kami berharap agar dana ini dapat meringankan beban kewangan keluarga sambil memenuhi keperluan perubatan mereka,” kata Dato’ Azmir.

RMHC Malaysia telah menyediakan geran perubatan kepada dana kebajikan kanak-kanak sejak 2018. Setakat ini, RM470,000 telah berjaya dikumpul. 

Membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan

Selain daripada Program ‘Kembali ke Sekolah’, RMHC Malaysia juga melaksanakan Rumah Ronald McDonald. Ia merupakan sebuah rumah dan fasiliti yang dibina bagi memudahkan ahli keluarga pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital menginap sementara untuk bersama sentiasa dengan anak mereka. Setakat ini, terdapat tiga Rumah Ronald McDonald yang beroperasi di Malaysia, yang terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Hospital Tunku Azizah (HTA), dan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM).

Sumbangan anda mengukir senyuman mereka!

Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain tabung derma RMHC Malaysia, pelanggan juga boleh membuat sumbangan melalui Kios Digital di restoran McDonald’s dan juga saluran pembayaran digital seperti PayPal, Boost, e-dompet Touch ‘N Go dan platform e-dagang Shopee. Layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ untuk mendapat maklumat lanjut. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS