Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) proaktif perkasa zakat bagi golongan asnaf fakir miskin
Diterbitkan:  Nov 24, 2022 10:22 AM
Dikemaskini: 2:22 AM

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang bertindak sebagai badan induk agama Islam tertinggi di Negeri Sembilan kini proaktif dalam memperkasakan pelbagai inisiatif berkaitan urusan bantuan zakat melalui dasar komprehensif. Dasar komprehensif ini akan sentiasa diperhalusi dengan teliti di setiap peringkat dan diterjemahkan sebaiknya bagi memastikan bantuan zakat ini sampai kepada penerimanya. 

"MAINS juga sentiasa mengkaji dasar pengagihan zakat selari dengan keperluan semasa selain aspek pengurusan wakaf untuk menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan sosioekonomi ummah. Perkara ini adalah selari dengan tanggungjawab MAINS sebagai agensi pengurusan agihan zakat di Negeri Sembilan,” kata Zainal Said, Setiausaha MAINS.

Tawaran dan khidmat MAINS 

Antara perkhidmatan utama di MAINS adalah pengurusan kutipan dan agihan zakat, pengurusan wakaf, pengurusan harta orang Islam seperti hibah, wasiat, faraid, wang tidak patuh syariah dan perkhidmatan kaunseling. MAINS juga telah menyediakan skim bantuan khusus untuk program dan penyelenggaraan seperti masjid, surau, madrasah, pondok, sekolah, persatuan, kelab, pusat kebajikan dan pertubuhan. 

Bagi tempoh Januari hingga September 2022, MAINS telah berjaya mengagihkan dana zakat berjumlah RM102 juta kepada asnaf yang terdiri daripada amil, fakir, miskin, mualaf, ibnu sabil, fisabilillah, riqab dan gharimin. 

Demi meringankan beban asnaf, MAINS telah menubuhkan Skuad Gerak Khas (SGK) yang sebelum ini dikenali sebagai Skuad Belo Asnaf dan diberi penjenamaan semula pada 2021. SGK telah diletakkan di setiap daerah di Negeri Sembilan bagi kemudahan urusan pihak MAINS dalam memperoleh data atau maklumat awal berhubung dengan sesuatu isu yang berkaitan bantuan segera, serta bencana. 

Zainal berkata, MAINS turut berusaha meningkatkan sosioekonomi dan pembangunan asnaf dengan melibatkan pelbagai pihak dan agensi dalam pembangunan keusahawanan asnaf. Antaranya kerjasama yang pernah dilakukan dengan jayanya adalah projek ternakan kelulut, projek Apam Balik Alif World, projek keusahawanan Mybidan: Kursus Bekam serta program walding Bersama T.W.I Technologi. 

"Usaha ini bertujuan agar golongan asnaf mampu keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam," katanya. 

Penambahbaikkan dalam kadar had kifayah 

Pihak MAINS turut menambah baik jumlah agihan kepada asnaf fakir dan miskin, mengikut kadar had kifayah yang layak bagi para asnaf. Bagi kadar had kifayah fakir, RM250 minimum sebelum ini telah dinaikkan kepada maksimum RM800 sebulan mengikut keperluan isi rumah. Bagi kadar had kifayah miskin ditetapkan minimum RM250 hingga RM550. 

Pada masa yang sama, MAINS turut menambah baik bantuan pendidikan daripada Skim Pinjaman Pengajian Tinggi Timur Tengah kepada tajaan Skim Dermasiswa Pengajian Tinggi MAINS yang terbuka kepada anak kelahiran Negeri Sembilan yang cemerlang dalam SPM, STAM dan Diploma Tahfiz, ujar Zainal.

Mengutamakan keperluan golongan asnaf 

MAINS juga sentiasa peka dalam keperluan golongan asnaf di Negeri Sembilan. Pelbagai usaha dan rancangan telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan asas kehidupan asnaf, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan juga pembangunan diri asnaf pada masa hadapan. 

MAINS turut menubuhkan Darul Asnaf sebagai pusat kecemerlangan dan pembangunan anak-anak asnaf di Negeri Sembilan bagi mencapai hasrat pihak MAINS dalam menitikberatkan pendidikan anak-anak asnaf daripada peringkat rendah hingga ke menara gading. 

Seterusnya, pembentukkan Kompleks al-Sa'adah telah memberi pendedahan tentang pengetahuan agama dan cara hidup muslim yang sebenar melalui program pensijilan yang dikeluarkan oleh MAINS. Kompleks al-Sa'adah ini juga akan menjadi Pusat Kecemerlangan Ilmu khususnya bagi saudara baru. 

Sementara itu, MAINS menggalakkan lebih ramai lagi masyarakat menguruskan harta bersama MAINS dalam urusan wakaf, pengurusan harta orang Islam, kutipan dan agihan zakat demi kemaslahatan umat Islam di Negeri Sembilan.

Bagi memudahkan umat Islam berzakat, MAINS telah menyediakan perkhidmatan 12 kaunter kutipan zakat yang beroperasi tujuh hari seminggu iaitu Isnin hingga Ahad sepanjang Disember ini atau penunaian zakat secara atas talian di Portal Bayaran Zakat MAINS

Untuk maklumat lanjut berkenaan kutipan dan agihan zakat, wakaf dan mal serta kaunseling sila layari www.mains.gov.my atau hubungi di talian 06-7651402. 

Orang ramai juga boleh hubungi talian berikut bagi lain-lain perkhidmatan MAINS.

  1. Skuad Gerak Khas MAINS (Khidmat Bantuan Zakat) di talian 019-5775051.

  1.  Wakaf dan Mal MAINS di talian 013-7743662.

  1. Kaunseling MAINS di talian 019-7006629.

ADS