Dalam siri keempat Debaton Parlimen Belia 2022, terdapat 8 perwakilan pendebat-pendebat berusia antara 20 dan 25 tahun dari seluruh negara yang membawa hujah-hujah konkrit bagi meyakinkan para hadirin sebelum mereka mengundi untuk menyokong atau membangkang usul yang dibawa.

Matlamat perbincangan ini adalah untuk memberi peluang kepada belia berdialog, menyuarakan cabaran dan masalah serta memberi pandangan dan cadangan mengenai usul yang bertajuk “Pindaan Undang - Undang Pembiayaan Politik”

Secara keseluruhannya, terdapat seramai 1,892 jumlah pengundi yang telah mengambil bahagian dalam undian Debaton Parlimen Belia 2022. Berdasarkan 8 cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan belia, cadangan Anis Afina dari kumpulan pembangkang iaitu (Lakuna dalam Ekosistem Pembiayaan Politik Semasa adalah daripada Kelemahan Badan Penguatkuasa dan Perundangan Semasa) telah mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 86%. 

Pelajar yang berumur 22 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tersebut, telah dinobatkan Pendebat Popular bagi sesi ini.

Ini diikuti oleh cadangan Ahmad Akif dari kumpulan kerajaan iaitu (Pengauditan Mandatori untuk Semua Ahli Politik Setiap Tahun) yang mempunyai 77% undian dan cadangan Aishwarya D. Menon dari kumpulan kerajaan iaitu (Malaysia Memerlukan Rangka Kerja Pembiayaan Politik yang Memperkasakan Pengundi dan Pembiaya untuk Menentang Rasuah Politik) yang mempunyai 74%

Kesemuanya, terdapat 10 cadangan daripada para belia:

1. Pengauditan Mandatori untuk Semua Ahli Politik Setiap Tahun

2. Penggalakkan Nepotisme dalam Kalangan Parti Politik

3. Pembaharuan Institusi untuk Pengawasan Pembiayaan Politik

4. Penggunaan Media Dan Akhbar untuk Parti Politik adalah Serupa Pentingnya dengan Pembiayaan Politik 

5. Malaysia Memerlukan Rangka Kerja Pembiayaan Politik yang Memperkasakan Pengundi dan Pembiaya untuk Menentang Rasuah Politik

6. Lakuna dalam Ekosistem Pembiayaan Politik Semasa adalah daripada Kelemahan Badan Penguatkuasa dan Perundangan Semasa

7. Keperluan untuk Pembaharuan Institusi

8. Larangan untuk Semua Bentuk Derma Politik Asing

Semua kenyataan masalah dan cadangan yang telah dibentang oleh para pendebat akan didokumentasikan lalu diserahkan kepada Jabatan Belia dan Sukan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Siri Debaton Parlimen Belia 2022 ini adalah anjuran bersama Malaysiakini dan KiniEvents dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia serta Taylor's College. 

Anda boleh layari di sini untuk tonton episod terakhir Debaton Parlimen Belia untuk tahun 2022. 

Jika anda belum menonton sesi-sesi debat yang lepas, anda boleh menonton semula sesi pertama dan sesi kedua dan sesi ketiga. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Debaton Parlimen Belia 2022 di sini.