Mah Sing 'Secured' utamakan pengalaman pembelian kediaman tanpa kebimbangan
Melangkah tahun 2023, ramai pasti akan bimbang terhadap situasi ekonomi negara yang menghadapi tekanan inflasi, kadar faedah yang tinggi, kemelesetan ekonomi dan kuasa beli yang semakin berkurangan.
Beli atau sewa rumah?
Situasi ini akan menjadi dilema individu yang merancang untuk beli rumah pada tahun ini. Pembeli hartanah khususnya individu yang ingin membeli rumah pertama mereka, sering dibelenggu kebimbangan terhadap kos tambahan pemilikan rumah dan kadar faedah yang tinggi.
Ini menjadi punca utama mereka menangguhkan hasrat untuk memiliki rumah lalu meneruskan konsep sewa yang diberi tanggapan lebih menjimatkan.
Untuk menangani kebimbangan ini, syarikat hartanah, Mah Sing tampil dengan kempen Mah Sing 'Secured' yang memudahkan pembeli hartanah untuk memiliki rumah tanpa bimbang. Kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2023.
Berikut ialah 5 insentif utama Mah Sing 'Secured' yang juga dikenali sebagai 5S:
1) ‘Secure’

Dengan kepercayaan bahawa setiap orang berhak memiliki kediaman, Mah Sing telah memutuskan untuk menawarkan kadar faedah tetap di mana para pelanggan boleh menikmati kadar faedah tetap bermula dari 3.55%* — untuk pinjaman rumah.
2) ‘Step Up’

Mah Sing 'Secured' juga menyediakan insentif pembayaran berperingkat 'Step-Up' untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan anda. Skim bayaran ini menawarkan pembeli rumah dengan penjimatan sehingga 30%* untuk ansuran bulanan.
Insentif ini bukan sahaja menjimatkan kos pemilikan rumah pembeli, malah membolehkan mereka merancang perbelanjaan dan kewangan keluarga untuk kegunaan pada masa hadapan.
3) ‘Save’

Mah Sing 'Secured' juga menyediakan pelbagai pilihan pakej dan insentif yang menarik untuk mengurangkan beban akaun simpanan anda yang semakin berkurangan.
Melalui insentif ini, pembeli dapat mengurangkan kos pemilikan rumah mereka. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada pembeli rumah untuk merancang kewangan keluarga mereka bagi jangka masa panjang.
4) ‘Satisfy’
Anda juga boleh menikmati ganjaran tambahan untuk memulakan perjalanan pemilikan rumah anda.
5) ‘Sweepstake’
Pembeli rumah yang membeli rumah melalui kempen Mah Sing 'Secured' berpeluang memenangi hadiah yang menarik jika mereka berkongsi mengenai pembelian mereka di sosial media.
Antara projek hartanah Mah Sing yang mengambil bahagian dalam kempen Mah Sing 'Secured' adalah:
Lembah Klang
M Senyum, Salak Tinggi, Selangor
M Arisa, Sentul, KL
Sensory Residence @ Southville City, Bangi, Selangor
M Oscar, Sri Petaling, KL
M Astra, Setapak, KL
M Luna, Kepong, KL
M Adora, Wangsa Melawati, KL
M Panora, Rawang, Selangor
M Vertica, Cheras, KL
Wilayah Selatan
Erica @ Meridin East, Pasir Gudang, Johor
Wilayah Utara
Ferringhi Residence 2, Batu Ferringhi, Penang
Layari laman web di SINI atau hubungi 1300 80 6888 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mah Sing 'Secured'. Rumah idaman anda menanti!
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/9d2350ed8fca5189788e2727d0b37d85.jpg)
