Jeniang perintis Desa Tanpa Tunai di Kedah
Bagi peniaga mikro seperti pengusaha gerai dan kedai-kedai kecil, kekurangan duit baki adalah salah satu cabaran harian yang boleh mengganggu kelancaran urus niaga perniagaan. Mereka juga berhadapan dengan risiko kecurian dan kehilangan hasil jual beli pada hari itu.
Urusan tunai bukan sahaja lebih mengambil masa dan tenaga kerana peniaga perlu ke bank untuk menyimpan hasil jualan harian mereka. Pada masa sama, kaedah pengurusan perniagaan secara manual juga tidak mampu memaparkan rekod transaksi harian dengan cepat, tepat dan cekap.
Bagi pembeli, suatu urusan pembayaran menjadi lebih leceh apabila mereka tidak membawa wang yang mencukupi atau tiada wang pecah yang disediakan peniaga. Ini menyebabkan pembeli perlu menunggu dengan lebih lama untuk mendapatkan wang baki sementara peniaga menukar wang besar tersebut dengan rakan-rakan peniaga lain.
Kemudahan pembayaran elektronik merupakan penyelesaian yang sesuai untuk cabaran-cabaran yang dihadapi peniaga dan pelanggan. Ia juga seiring dengan keperluan zaman digital ini.
Program e-Duit Desa
Prihatin dengan cabaran yang dihadapi pelanggan serta seiring dengan usahanya untuk memastikan perkhidmatan kewangan yang inklusif, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) baru-baru ini telah menganjurkan Program e-Duit Desa di Jeniang, Kedah untuk membudayakan pembayaran elektronik (e-pembayaran) khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Program yang disokong oleh Bank Negara Malaysia ini berlangsung di Pasar Pekan Sehari Jeniang dan bertujuan menggalakkan peniaga menggunakan kemudahan DuitNOW QR serta aplikasi mudah alih GO Biz by Bank Islam (GO Biz) bagi urus niaga tanpa tunai. Program tersebut juga bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan peniaga tentang manfaat kaedah digital dalam menguruskan aliran tunai dan rekod perniagaan harian mereka.
Pelancaran Program e-Duit Desa di Jeniang disempurnakan oleh Dato’ Marzunisham Omar (Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia) dan dihadiri En. Mohd Muazzam Mohamed (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam), Dato’ Haji Isahak Murat (Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah), dan Dato’ Haji Muhamad Araf Darus (Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK)).
Turut menyokong program tersebut adalah Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Jeniang.
Menurut Mohd Muazzam, sejak kemudahan DuitNow QR Bank Islam dilancarkan pada 29 Julai 2021, sebanyak 93,363 perniagaan telah memanfaatkan kemudahan tersebut.
“Program e-Duit Desa di Jeniang merupakan lanjutan daripada usaha kami untuk memperluaskan kemudahan digital ini. Ia juga bertujuan menjadikan pekan di bawah pentadbiran daerah Kuala Muda ini sebagai sebuah Desa Tanpa Tunai yang memimpin gelombang pembayaran digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan menggunakan GO Biz dan DuitNow QR,” kata beliau.
Selamat, senang dan segera
Program e-Duit Desa di Jeniang menyaksikan pengunjung kiosk Bank Islam diberi bimbingan menggunakan GO Biz by Bank Islam yang dilengkapi ciri-ciri khas bagi memudahkan pengurusan kewangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Aplikasi tersebut membantu peniaga merekodkan transaksi jual beli harian mereka dengan lebih teratur, sekali gus membolehkan menguruskan perniagaan dengan lebih baik dan efisien.
Bagi peniaga, semua transaksi boleh disempurnakan hanya di hujung jari. Ia menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak melibatkan pengendalian wang tunai fizikal di tapak jualan mahupun perlu ke bank untuk mendeposit atau mengeluarkan wang tunai.
Setakat ini, seramai 115 peniaga di sekitar Jeniang telah menggunakan kemudahan e-pembayaran. Antara peniaga yang menyambut baik kemudahan tersebut ialah Lim Soon Mooi yang memiliki sebuah kedai runcit berhampiran pasar tersebut dan peniaga roti canai, Mohd Zaki Zulkipli.
Semakin mendapat sambutan
"Kod DuitNow QR memudahkan perniagaan saya sebab duit itu terus masuk ke dalam akaun saya terus. Tak payah ambil duit tunai, buka cashier dan sebagainya. Jadi, tak payah saya kalut sana dan sini. Bagi kami sebagai peniaga, bila membeli barang, kami juga boleh imbas dengan cara yang sama untuk transfer duit kepada penjual. Bawa telefon, semua boleh diuruskan dengan senang," komen beliau.
Kemudahan di hujung jari menjadi pilihan
Menurut Mohd Muazzam, inisiatif e-Duit Desa yang memupuk urus niaga tanpa tunai ini dapat memastikan para peniaga dan pengguna tidak ketinggalan dalam arus digital yang pesat berkembang.
“Seiring dengan trend semasa dan aspirasi negara untuk mewujudkan masyarakat tanpa tunai yang memanfaatkan teknologi, Bank Islam mengambil langkah proaktif dalam pendigitalan operasinya. Kami memperkenalkan pelbagai kemudahan berasaskan teknologi yang bukan sahaja membawa pembaharuan terhadap industri perbankan, malah mempertingkatkan pengalaman perbankan pelanggan kami,” kata beliau.
Mohd Muazzam turut menekankan bahawa pendigitalan mampu membawa produktiviti yang tinggi untuk meningkatkan daya saing Bank Islam melalui strategi produk, operasi dan pemasaran yang lebih optimum.
“Pelancaran kemudahan e-pembayaran melalui kempen e-Duit Desa di Jeniang mencerminkan komitmen dan usaha kami yang seiring dengan Pelan Transformasi Bank Islam untuk meningkatkan akses perkhidmatan yang bersifat inklusif dan mesra pengguna. Semoga usaha rintis di Kedah ini akan membuka peluang yang lebih besar dan diteruskan ke desa-desa lain negeri ini agar akses pembayaran tanpa tunai dapat dinikmati oleh lebih banyak pihak,” tambahnya.
Sama-sama membudayakan transaksi tanpa tunai
Dalam usaha merancakkan lagi penggunaan DuitNow QR di Jeniang, Bank Islam sedang mengadakan kempen ‘Menang Bersama GO Biz’ bagi peniaga yang menggunakan aplikasi GO Biz. Kempen yang berlangsung sehingga 13 April 2023 ini menawarkan hadiah-hadiah menarik bagi peniaga yang mencatatkan urus niaga yang tertinggi.
Aplikasi GO Biz boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. Majukan perniagaan anda ke arah digital bersama GO Biz by Bank Islam. Layari https://www.bankislam.com/personal-banking/services/go-biz-by-bank-islam/ untuk maklumat lanjut.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/ec5ca96facd471c5e4cd9bc0fd87b27c.png)
