JCL Ukir Senyuman kepada Anak Yatim dengan Juadah Berbuka Puasa
Sempena bulan Ramadan 2024, pihak JCL Credit Leasing (JCL) telah membantu dalam pengagihan juadah berbuka puasa ke rumah anak-anak yatim, sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sebagai syarikat pembiayaan yang patuh syariah, JCL sentiasa aktif menjunjung tradisi mereka untuk terus memberi kembali kepada masyarakat. Berikut adalah antara rumah dan pertubuhan yang telah dikunjungi sepanjang bulan ini:
1) Pusat Jagaan Kasih Murni (Rumah Kasih Harmoni)
2) Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary
3) Pusat Jagaan Amal Asyura
4) Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman
5) Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi
“Sejumlah 250 juadah pek makanan telah disumbangkan kepada kesemua rumah anak-anak yatim. Kita berharap sumbangan ini secara tidak langsung dapat menggembirakan hati anak-anak dan memberi semangat kepada mereka untuk menghayati bulan Ramadan,” kata Hazira, Pengurus Sumber Manusia, JCL.


“Kami amat bersyukur kepada pihak JCL memilih Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi untuk menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka. Di sini, kami mempunyai seramai 75 orang anak yatim yang mana 30 merupakan kanak-kanak perempuan dan selebihnya lelaki. Wajah gembira dan teruja anak-anak ini jelas kelihatan dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada petugas-petugas JCL,” kata Hj. Omar Bin Abdul Ghani, Petugas Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi.

Selain memberi sumbangan makanan, JCL juga telah membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di Pahang baru-baru ini. Dengan kerjasama Pertubuhan Peneraju Aspirasi Sahabat Rekreasi Perak, mereka telah berjaya mengagihkan 400 kotak bantuan banjir kepada penduduk Muadzam Shah, Rompin, Pahang.
Mari kita bersama-sama kongsi kebaikan di bulan ramadan ini! Layari https://jcl.my/ untuk mendapat maklumat lanjut tentang perkhidmatan pembiayaan patuh syariah dari JCL.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/48de40ae77e93cb370d6b8d07ed48eaa.png)
