IWK Raikan Ulangtahun Ke-30 dengan Teater Komuniti Amal bertajuk ‘Najis Jadi Teman’
Bersempena dengan tiga dekad ulang tahun penubuhan syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd akan mempersembahkan sebuah teater amal bertajuk 'Najis Jadi Teman' yang akan dipentaskan pada 22 Jun depan.
Mengapa teater?
Penerbitan teater ini menjanjikan pengalaman yang akan membuka minda ramai mengenai perjalanan dan cabaran proses rawatan kumbahan, dan memberi gambaran akan tugas penting dalam menjaga kesihatan awam dan alam sekitar.
Pihak IWK merasakan teater adalah satu platform kreatif yang boleh mereka pelopori dalam menyampaikan naratif, dengan cara menghiburkan.

Kerjasama kreatif
Melalui kolaborasi dengan Yayasan Chow Kit (YCK) dan Wayang Kitchen, teater ini bertujuan untuk mendidik dan menyuntik inspirasi kepada penonton, di samping meningkatkan semangat mereka dalam menyumbang ke arah perubahan positif demi sanitasi yang baik dalam memelihara kesihatan awam dan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.
“Sebahagian besar kerja kami di IWK berjalan di belakang tabir, selalunya tanpa disedari masyarakat. Justeru, dalam meraikan ulang tahun syarikat yang ke-30 ini, gembira dapat mempamerkan komitmen kami terhadap kesejahteraan rakyat melalui kerjasama kreatif seperti teater amal ini,” kata Ketua Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad.

Mengulas lanjut, Wan Esuriyanti berkata, tajuk teater tersebut adalah sekadar metafora yang melambangkan tugasan IWK yang berhadapan dengan kerja-kerja kotor, sukar dan berbahaya.
Teater amal berdurasi satu jam itu diarahkan oleh pelakon berpengalaman Razif Hashim, dan menampilkan pelakon dan penyanyi Atilia Haron bersama-sama Alfred Loh serta Phraveen Arikiah sebagai pelakon utama, dibantu oleh beberapa anak muda daripada badan bukan kerajaan, Yayasan Chow Kit.
“Teater amal ini akan menjadi satu pementasan yang berbeza dengan apa yang biasa kami persembahankan di Wayang Kitchen. Penceritaan teater tersebut akan membawa penonton menelusuri sejarah pembetungan negara, fungsinya dan cerita-cerita di sebalik tabir yang tidak pernah didengari,” kata Razif.
"Penonton akan turut dihiburkan dengan tarian, lagu-lagu menarik selain terdapat aktiviti interaktif, dan aksi unik yang akan dipersembahkan,” kata Atilia.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada IWK dan Wayang Kitchen atas platform yang hebat ini untuk mendidik rakyat tentang kepentingan dan kewujudan IWK yang berfokus pada penyelenggaraan proses rawatan kumbahan yang efisien," kata Pusenthi.
Teater “Najis Jadi Teman” dijadual berlangsung pada 22 Jun 2024 di IWK Eco Park di Pantai Dalam
Tiket boleh dibeli mulai 20 Mei 2024 (Isnin), dengan harga RM100 setiap tiket. Semua jualan tiket akan disumbangkan kepada YCK. Pembelian tiket boleh dibuat melalui Cloud Joi Platform (www.cloudjoi.com) yang menawarkan pengalaman tempahan yang mudah dan lancar untuk semua.
Layari www.iwk.com.my atau ikuti media sosial rasmi IWK (Facebook, Instagram, Twitter & Tik Tok) untuk maklumat lanjut.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/05/8a08daea734d1f1767c52d947cced5ef.jpg)
