Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT permudah akses pendidikan anak-anak warga ATM
Diterbitkan:  Sep 16, 2024 10:16 PM
Dikemaskini: 2:17 PM

Seramai 969 anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berpeluang mengikuti program tuisyen percuma yang dikenali sebagai Program e-Perkasa SPM. Inisiatif ini dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 30 Ogos lalu di Kem Mahkota, Kluang, dan ditujukan khusus untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

e-Perkasa SPM ditaja oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai penyedia tenaga pengajar. Khaled Nordin menekankan kepentingan pendidikan berkualiti bagi anak-anak warga ATM untuk meningkatkan kualiti hidup mereka di masa hadapan.

e-Perkasa SPM ini juga merupakan program khas yang diilhamkan oleh yang berhormat Menteri Pertahanan yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT khusus untuk memberi bimbingan bertujuan untuk memperkasakan pendidikan anak-anak anggota tentera.

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Sudin

Menurut Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, DatoDr. Mohd Nizar Sudin semasa sesi temu ramah khas baru-baru ini, sebagai persediaan untuk program ini, Yayasan LTAT telah mengagihkan peranti Chromebook yang disumbangkan oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol). Pengagihan ini bertujuan untuk memudahkan anak-anak warga ATM mengikuti sesi ulang kaji secara dalam talian dengan lebih berkesan.

Mohd Nizar juga menjelaskan bahawa UPSI berperanan penting dalam menggubal modul ulang kaji. Program tuisyen percuma ini dilaksanakan secara dalam talian, dengan fokus kepada anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem.

Program e-Perkasa SPM dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 30 Ogos lalu di Kem Mahkota, Kluang

“e-Perkasa SPM bukan sekadar menyediakan ulang kaji, tetapi juga mengamalkan konsep mentor-mentee. Pelajar berpeluang belajar daripada guru-guru berpengalaman, termasuk alumni UPSI yang terlibat dalam pengajaran,” ujar Mohd Nizar.

Pada majlis pelancaran Program Program e-Perkasa SPM baru-baru ini, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa semua anak-anak warga ATM yang akan menduduki SPM harus mendapat akses pendidikan yang sistematik dan berkualiti. Dengan kemajuan teknologi, pelaksanaan tuisyen percuma secara dalam talian melalui platform seperti Google Meet dan YouTube Live kini menjadi lebih mudah.

“Program ini adalah langkah penting untuk memastikan anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang baik,” tambahnya.

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT menyatakan Program e-Perkasa SPM direka khas untuk calon SPM, dengan modul istimewa melibatkan guru pakar, pensyarah, mahasiswa, dan alumni UPSI.

“Kita berharap bahawa ibu bapa dan juga Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dapat sama-sama untuk membantu menjayakan Program e-Perkasa SPM ini.

Inisiatif e-Perkasa SPM diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada anak-anak warga ATM, membantu mereka mencapai kejayaan dalam SPM dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS