Apa Itu Islam Progresif? (Bhgn 111)
Tahun ini merupakan ulangtahun ke-50 peninggalan Haji Agus Salim, tokoh Islamisme progresif ulung yang dianggap salah satu 'bapa bangsa' kepada Republik Indonesia merdeka. Tidak salah jika dikatakan bahawa Agus Salim merupakan seorang dari pemula dan penaung gerakan Islamisme progresif dirantau Nusantara ini. Begitu hebat sumbangan beliau kepada gerakan progresif-demokrat sehingga segala usahanya masih memanafaatkan kita dirantau Asia hingga ke hari ini.
Agus Salimlah yang mendirikan Jong Islamieten Bond (JIB - Angkatan Muslim Muda) pada tahun 1925. Anggota dan pemimpin JIB inilah yang kemudiannya menjadi pemimpin dan anggota Partai Islamis-demokratik yang pertama di Indonesia, Partai Masjumi (yang malangnya diharamkan pada tahun 1960 oleh Sukarno).
Agus Salim, bersama dengan tokoh agung yang juga kontemporernya, Haji Omar Said Tjokroaminoto, telah memimpin Sarekat Islam (yang kemudian ditukar ke Partai Sarekat Islam) pada darsawarsa 20-an dan 30-an. Kedua tokoh ini telah menentukan garis panduan dan halatuju gerakan Islamisme di Indonesia yang menjadikan demokrasi, kemerdekaan dan keadilan sejagat matlamat unggulnya.
Pada tahun 1936 Agus Salim mendirikan Partai Penyedar dan meneruskan usahanya untuk meluaskan dan mendalamkan lagi fahaman rakyat Nusantara tentang makna dan relevensi-nya Islamisme dalam konteks kehidupan yang moden.
Dan tidak patut dilupakan bahawa Agus Salim, sepanjang hayatnya, menekankan nilai-nilai universalis dan kesama-rataan insan manusia dalam semua tulisan, khutbah-khutbah dan pidatonya, sehingga beliau bisa dikatakan antara feminis pertama di Indonesia dan perjuang anti-komunitarianisme yang pertama juga.
Tahun ini merupakan ulangtahun ke-50 peninggalan Haji Agus Salim, tokoh Islamisme progresif ulung yang dianggap salah satu 'bapa bangsa' kepada Republik Indonesia merdeka. Tidak salah jika dikatakan bahawa Agus Salim merupakan seorang dari pemula dan penaung gerakan Islamisme progresif dirantau Nusantara ini. Begitu hebat sumbangan beliau kepada gerakan progresif-demokrat sehingga segala usahanya masih memanafaatkan kita dirantau Asia hingga ke hari ini.
Agus Salimlah yang mendirikan Jong Islamieten Bond (JIB - Angkatan Muslim Muda) pada tahun 1925. Anggota dan pemimpin JIB inilah yang kemudiannya menjadi pemimpin dan anggota Partai Islamis-demokratik yang pertama di Indonesia, Partai Masjumi (yang malangnya diharamkan pada tahun 1960 oleh Sukarno).
Agus Salim, bersama dengan tokoh agung yang juga kontemporernya, Haji Omar Said Tjokroaminoto, telah memimpin Sarekat Islam (yang kemudian ditukar ke Partai Sarekat Islam) pada darsawarsa 20-an dan 30-an. Kedua tokoh ini telah menentukan garis panduan dan halatuju gerakan Islamisme di Indonesia yang menjadikan demokrasi, kemerdekaan dan keadilan sejagat matlamat unggulnya.
Pada tahun 1936 Agus Salim mendirikan Partai Penyedar dan meneruskan usahanya untuk meluaskan dan mendalamkan lagi fahaman rakyat Nusantara tentang makna dan relevensi-nya Islamisme dalam konteks kehidupan yang moden.
Dan tidak patut dilupakan bahawa Agus Salim, sepanjang hayatnya, menekankan nilai-nilai universalis dan kesama-rataan insan manusia dalam semua tulisan, khutbah-khutbah dan pidatonya, sehingga beliau bisa dikatakan antara feminis pertama di Indonesia dan perjuang anti-komunitarianisme yang pertama juga.
Beliau berpegang teguh kepada prinsip-prinsip universalis ini sehingga beliaulah yang menentukan bahawa jawatan Presiden Indonesia itu tidak dimonopolikan oleh golongan kaum pribumi sahaja. (Apabila beliau bertugas dalam jawatankuasa yang menentukan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia tahun 1945).
Dan dalam tulisan-tulisan keagamaannya, beliau memperingati golongan Muslimin dan Muslimat bawasa perbedaan seksual (fisikal) antara lelaki dan wanita tidak patut digunakan sebagai alasan untuk memperkukuhkan dan memperlanjutkan lagi struktur dan relasi kuasa patriaki. Ahli sejarah Indonesia selalu mengungkap kembali episode dimana Agus Salim menurunkan tabir yang memisahkan pria dan perempuan dalam perjumpaan Jong Islamieten Bond, agar pria dan perempuan bisa berdiskusi bersama.
Pelopor gerakan Islamisme di Malaysia
Di Malaysia juga gerakan Islamisme progresif itu tidak kurang hebatnya: Tatkala Agus Salim dan HOS Tjokroaminoto mula menyemai benih-benih ide progresivitas di kalangan Muslimin Indonesia, di Malaysia wujud juga tokoh-tokoh seperti Syed Sheikh al-Hady dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Mereka inilah yang dianggap pelopor dan penggerak gerakan Islamisme moden dan progresif, yang dilabelkan 'Kaum Muda'. (Malah pada masa itu Syed Sheikh al-Hady diberi gelaran 'Kalifah Kaum Muda' di Malaysia, walaupun label itu ada konotasi negatif bagi golongan feudal-tradisional.)
Seperti Agus Salim, Syed Sheikh al-Hady juga menampilkan sikap kepedulian terhadap persoalan-persoalan gender dan hak bersama antara pria dan perempuan. Novel karangan beliau berjudul 'Hikayat Faridah Hanum' itu dianggap novel yang sangat revolusioner pada waktunya, dan bertentang dengan arus zaman dimana wanita Melayu-Muslim dianggap bertaraf rendah, tidak upaya mendidik diri sendiri dan perlu bergantung kepada lelaki.
Syed Sheikh al-Hady memberi gambaran yang sebaliknya: Watak Faridah Hanum itu merupakan seorang wanita yang berkeperibadian kuat dan mulia, mempunyai agensi rasional yang individualistik dan bisa membuat pilihan hidupnya sendiri, tampa gangguan atau pertolongan lelaki. Golongan konservatif Kaum Tua di Malaya begitu terharu dan curiga kepada novel ini, sehingga para ulama konservatif cuba mengharamkan buku itu, atas alasan ia suatu karangan lucah (pornografi) dan Syed Sheikh al-Hady dituduh menghina Islam dan menyesatkan pengikutnya!
Kasus kasus seperti riwayat hidup Agus Salim, Tjokroaminoto, Syed al-Hady dan Sheikh Tahid Jalaluddin ini memberi bukti yang konkrit bahawa gerakan Islamisme progresif itu telah bertapak dan tumbuh subur di bumi Nusantara ini sejak darsawarsa 20-an dan 30-an lagi. Perlu kita ingat bahawa Islam progresif ini bukan fenomena yang baru, yang dicipta-reka oleh golongan intelek dan intel di Amerika! Lagipun, jelas sekali bahawa Islamisme progresif itu bukan pasif atau jinak cirinya: Pada masa itu, tokoh-tokoh progresif itu disegani dan ditakuti oleh pihak berkuasa, baik dari golongan pentadbir kolonial (Inggeris dan Belanda), maupun golongan elit feudal-traditional pribumi.
Kritikan Kaum Muda terhadap struktur-struktur dan relasi kuasa zaman mereka itu diilhamkan nilai-nilai Islam dan dibentuk oleh kefahaman moden mereka: Mereka berusaha untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, tetapi melalui strategi kritikal yang berdasarkan kritik wacana-kuasa (discourse-power) yang mengkaitkan wacana (discourse) yang dominan dengan struktur kekuasaan (power-structure) masa itu. Bagi tokoh-tokoh Kaum Muda ini, tidak ada perbedaan antara st ruktur wacana-kuasa kolonial dan golongan elit konservatif pribumi, kerana kedua-duanya mempunyai objektif yang sama: memonopolikan kuasa politik atas justifikasi kewacanaan-kebudayaan (cultural-discursive) dimana relasi kuasa yang tidak adil dan tidak seimbang itu bisa dinormalisasikan.
Oleh kerana itulah tulisan-tulisan Kaum Muda itu begitu ker as dan tajam sekali, persis menikam intipati budaya kuasa-politik regim pada masa itu.
Akhirnya segala omong-omong kosong pihak berkuasa ditelanjangkan langsung: Apa yang tinggal hanya kuasa yang terdedah (naked power) yang jijik dan zalim.
'Progresif' kerana Maju
Kalau dibandingkan dengan tokoh-tokoh lain yang sezaman dengan mereka, individu seperti Agus Salim dan Syed Sheikh al-Hady dan gagasan ide-ide mereka memang bisa dikatakan sangat progresif sekali. Mengapa? Kerana mereka mendahului arus perkembangan zaman dan bebas maju keluar dari kongkongan atau lingkungan ide dan epistemologi yang begitu sempit pada masa itu.
Tatkala kontemporer-kontemporer mereka masih asyik bergelut dengan persoalan-persoalan esoterik seperti jin dan makhluk halus, persoalan ritual normatif seperti bisakah kitab Qur'an itu dicetak (dan tidak ditulis secara traditional), bisakah khutbah jumaat itu disampaikan dalam bahasa lokal, dll, mereka sudah jauh kehadapan dengan perbincangan yang lebih praktikal, seperti bagaimana ummat Islam bisa menyatupadukan kekuatan ekonomi mereka untuk mendirikan suatu gerakan nasionalis anti-kolonial.
Label 'progresif' itu diberikan kepada mereka ini kerana mereka menghidupkan dinamik evolusi sosial masyarakat mereka, dan tidak berpegang kepada ide lama secara taklid buta. Faktor yang paling penting sekali ialah kecendrungan mereka kepada tradisi dan praktik ijtihad, memikirkan isu-isu rumit dengan minda yang terbuka dan terdedah kepada ide dan hakikat baru.
Mereka juga tidak curiga atau ragu-ragu kepada teknologi dan ide-ide Barat, malah Agus Salim sendiri telah cuba ke Belanda untuk belajar menjadi doktor. Jelas sekali bahawa mereka amat senang dengan inovasi teknologi baru, yang mereka ingin gunakan untuk memperkuatkan dan menaikkan kedudukan masyarakat mereka.
'Islamisme Progresif' itu hanya progresif jikalau ia maju. 'Progresif' disini bukan bermakna suatu kategory atau label yang essentialist atau ontologikal. Ia juga bukan suatu label untuk sekumpulan atau satu puak/tribe Muslim tertentu. Bisa dikatakan adanya 'Muslim Jawa', 'Muslim Sumatra', 'Muslim Melayu', kerana label-label seperti 'Jawa', 'Sumatra' dan 'Melayu' itu label bagi kategori essentialist. Tetapi label 'Islam progresif' itu suatu gelaran atau label yang bersifat descriptive iaitu ia label/nama yang menggambarkan keadaan suatu objek/fenomena.
Mobil yang 'progres' ialah suatu mobil yang maju atau bergerak. Apabila mobil itu berhenti, ia tidak lagi dikatakan mobil yang progres. Sama juga dengan Islamisme progresif ia hanya 'progres' apabila ia dalam keadaan yang maju atau dinamis.
Tetapi bukan Islam dari segi ide-ide asas dan fundementalnya yang berubah, kerana persoalan aqidah tidak timbul langsung. Tokoh-tokoh seperti Agus Salim dan Syed Sheikh al-Hady tidak meragui atau menyoal, apatah lagi menolak atau menafikan, ide-ide asas Islam itu. Mereka teguh dalam pegangan mereka pada konsept tauhid, rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam. Apa yang maju dan berubah itu hanyalah expresi normative dan aspek ritual-sosial Islam itu, seperti cara Muslim berbusana, cara mereka menjalankan aktivitas sosial, cara mereka berdepan dengan persoalan zaman mereka.
Keupayaan dan kesangguppan untuk menyoal dan merombak kembali aspek-aspek normatif-sosial Islam komunal inilah yang menjadikan tokoh-tokoh ini begitu progresif apabila dibandingkan dengan kontemporer mereka. Golongan progresif Muslim dan Kaum Muda di Indonesia dan Malaysialah yang memulakan begitu banyak inisiatif, seperti kompeni-kompeni Muslim, madrasah moden, pertejemahan buku-buku Arab ke bahasa lokal, perjuangan kultural-Islamisme, dll.
Tidak hairan bahawa perubahan-perubahan ini akhirnya membawa kearah konflik dan antagonisme sosial-politik. Ini adalah kerana seperti yang saya telah ulas dalam bahagian II siri ini wacana dan wawasan Islam yang murni itu sudah tentu tidak disenangi oleh mereka yang mendukung status quo yang sedia ada. Mesej Islam yang menekankan hakikat persama-rataan antara insan manusia, keadilan sosial, keadilan ekonomi, kebebasan berfikir dan bersuara, dll, memang akan menggugat kedudukan dominan kelompok berkuasa.
Oleh kerana sistem politik-sosial yang tidak adil itu hanya dapat dikekalkan melalui pengunaan kuasa (dan kadangkala kekerasan dan kezaliman), maka mana-mana sistem ide alternatif yang mempersoalkan orde epistemik dan sosial-politik itu akan dianggap merbahaya. Jikalau Nabi Muhammad sendiri bisa diragui, dicurigai dan dikambing-hitamkan sebagai anasir subversif yang radikal dan revolutioner, maka sudah tentu mereka yang cuba menghidupkan kembali semangat radikalisme tulen Islam itu akan juga dikotakkan dalam kategori 'revolusioner' dan 'radikal' juga.
Oleh kerana itulah tokoh-tokoh seperti Agus Salim, Tjokroaminoto, Syed Sheikh al-Hady dan golongan Kaum Muda ditolak, diusir, dipulaukan malah diancam langsung oleh musuh-musuh mereka. Dalam kasus Malaysia, Syed al-Hady dan Sheikh Tahir langsung dibuang keluar dari kerajaan-kerajaan Melayu dan terpaksa melanjutkan aktivitas reformasi mereka di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka (yang dibawah naungan kerajaan Inggeris pada masa itu). Sheikh Tahir juga dilucutkan dari jawatannya sebagai Mufti oleh Sultan Melayu yang dipengaruhi oleh ulama-ulama kolot ketinggalan zaman Kaum Tua, dan dilabelkan 'musuh Islam'.
Siapa musuh Islam?
Tetapi siapakah sebenarnya musuh-musuh Islam itu? Mereka yang ingin membawa pembaharuan, membuka jendela dan pintu-pintu mental yang tertutup begitu lama? Atau mereka yang berhaluan kanan garis keras, yang berpegang kepada orthodoksi dan praxis kolot, yang masih merujuk kepada kitab-kitab kuning yang tidak lagi relevan bagi kehendak semasa?
Pada masa itu (darsawarsa 20-an dan 30-an), tokoh-tokoh pembaharuan Islamisme progresif itu dianggap 'musuh dalam selimut' dan ulama radikal yang merbahaya.Namun begitu, pada era ini kita bersyukur kepada mereka, kerana merekalah yang membuka jalan untuk suatu reformasi dan renovasi Islam yang dewasa ini semakin kuat momentum-nya. Zaman ini, gagasan ide dan perjuangan Agus Salim, Syed Sheikh al-Hady dan tokoh-tokoh Kaum Muda itu diteruskan oleh pemikir dan aktivis Nusantara seperti Nurcholish Madjid, Abdurrahman Wahid, Amien Rais dan juga Hidayat Nurwahid di Indonesia, dan Chandra Muzaffar dan Osman Bakar di Malaysia.
Tetapi walaupun kita menghargai jasa dan usaha tokoh-tokoh seperti Agus Salim dan Syed Sheikh al-Hady, kita mesti juga berdepan dengan hakikat bahawa zaman telah berubah dan realitas zaman ini zaman hegemoni Amerika dan kebangkitan kuasa global Amerika jauh lebih rumit, kompleks dan merbahaya. Globalisasi dan proses membina kembali orde ekonomi global telah membawa padah dan musibah kepada ummat manusia sedunia,dari warga kota miskin di Brazil ke warga desa yang ditindas di Bangladesh.
Bolehkah kita lahirkan suatu wacana dan wawasan Islamisme progresif yang dapat bertahan dalam suasana kucar-kacir begini? Bolehkah kita wujudkan suatu wacana Islamisme universal yang dapat menjambatani jurang perbedaan kuasa, kekayaan dan ekonomi antara masyarakat negara kaya dan yang miskin?
Bolehkah kita membina suatu gagasan Islamisme yang menjadikan perjuangan anti-komunitarianisme, anti-rasisme, anti-diskriminasi itu sebahagian dari perjuangan totalnya? Inilah persoalan yang akan kita cuba menjawap dalam bahagian IV seterusnya.

