Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dari Kepung pergi ke Batu

Terima kaseh kerana bagi saya nombor satu

(pantun dua kerat Tan Sri Isa Samad di PWTC - laporan TV1 petang Sabtu 25

September)

Ditanya sama ada faktor politik wang yang sering diperkatakan menjadi punca pemilihan seumpama itu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata: " Memang semua orang bercakap fasal itu, it is an open secret (ia rahsia umum).

"Benda ini (politik wang) tidak boleh disorok-sorok, semua orang tahu. Pucuk pimpinan parti pun berkata dia akan siasat

,'' katanya. (Laporan Utusan Melayu - 28 September 2004)

"Sayang jangan terperanjat bila abang tersenyum lebar hingga ke telinga bila diberitahu tahu bahawa Tan Sri Isa Samad - warikh kito - telah mendapat nombor satu" (SMS Hishamuddin Rais yang sah, bukan SMS haram kepada Siti Nur Haliza)

Saya merasa bagitu marah sekali terhadap desas-desus yang cuba memperlekehkan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Samad. Desas-desus ini disebarkan sebaik sahaja Tan Sri warikh kito ini mendapat kedudukan nombor satu dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno bagi sesi 2004-2007.

Saya sebenarnya tidak ingin menggunakan semangat assobiyah kenegerian, tetapi kali ini saya terpanggil untuk mempertahankan suku, perut dan terumba apabila anak Adat Pepatih diperlekehkan.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS