Peguam muda mesti berani ke depan
Peguam adalah ejen penting dalam pentadbiran dan jentera keadilan. Peguam mempengaruhi perubahan. Kita sememangnya ditakdirkan menjadi insan yang berani. Ikrar kita yang terkandung dalam seksyen 42(1)(a) Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk menegakkan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri dan tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau pilih kasih menjadi buktinya.
Peguam adalah ejen penting dalam pentadbiran dan jentera keadilan. Peguam mempengaruhi perubahan. Kita sememangnya ditakdirkan menjadi insan yang berani. Ikrar kita yang terkandung dalam seksyen 42(1)(a) Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk menegakkan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri dan tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau pilih kasih menjadi buktinya.
Namun, ada di kalangan peguam yang lebih takut berdepan dengan kehidupan ini daripada rasa takut untuk menghadapi kematian. Dan itulah yang diinginkan oleh budaya dan institusi-institusi yang wujud kini, supaya kita percayai bahawa kita tidak boleh melakukan apa-apa untuk diri kita sendiri tanpa mereka.
Saya ingin melihat peguam muda bangunkan daripada sikap kealpaan, keselesaan mereka dan mara ke hadapan. Ramai antara kita yang mengadu di dalam kantin mahkamah, mahupun dalam e-mel peribadi tentang hakim-hakim yang kurang sopan yang sering kami hadapi, kakitangan mahkamah yang tidak sudi membantu dalam urusan kita, majikan kita yang penuh desakan, pelanggan kita yang cerewet dan gaji rendah yang kita terima.
Namun demikian, apabila timbulnya peluang untuk mengubah institusi-institusi yang menyebabkan semua ini, kita tidak berbuat apa-apa. "Tidak ada masa", "Saya takut" atau "Saya tidak tahu bagaimana melakukannya" menjadi alasan. Pengutus, serta mereka yang berusaha untuk merubah keadaan tersebut, dikritikan dan mesejnya 'dirampas' dan terus hilang.
Mereka yang berkedudukan selesa, terus berbangga melihat kegagalan agenda pembaharuan dan kegagalan penganjur perubahan itu, sedangkan kedudukan mereka terus semakin kukuh. Mereka yang berkuasa berasa takut kepada perubahan. Mereka takut perubahan kerana mereka takut mengharungi hidup.
Kehidupan adalah suatu proses penuh cabaran, tanggapan, perubahan, pembaharuan, kelahiran semula dan tindakan yang berterusan, tetapi mereka gagal memahaminya dalam konteks sedemikian.
Takut pada perubahan
Begitu juga, peguam muda takut menghadapi perubahan kerana mereka selesa membenarkan pihak senior mara ke hadapan, membuat keputusan dan menguasai kehidupan kita. Kita berasa terpegun dan takut untuk mencabar mereka yang berkedudukan kukuh. Kita pemalas. Akibatnya, terdapat di antara ahli Majlis Peguam yang tidak terdorong untuk mengambil bahagian, bekerja dan bertindak dengan berkesan. Ini amat mengecewakan kepada mereka yang sebetulnya ingin membawa perubahan dan memudahkan keadaan demi kebaikan bersama.
Ada juga antara ahli Majlis Peguam yang tidak aktif membuat kerja demi kebaikan Badan Peguam, tetapi hanya menyertai aktiviti-aktiviti tertentu yang dapat memastikan profil mereka sentiasa berada di tahap yang tinggi supaya mereka terus mendapat undian pada hari pemilihan yang akan datang. Ahli seperti ini merupakan penghalang kepada Badan Peguam.
Saya ingin melihat peguam-peguam muda menyedari bahawa 'kudis sudah pun bertapak dan tidak akan berhenti merebak' jika kita tidak melakukan sesuatu terhadapnya. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memulakan satu kempen advokasi serta pergerakan yang tersusun untuk mengubah arah Majlis Peguam dengan memilih ahli-ahli yang berkesan dan berkelayakan.
Sudah tiba masanya untuk kita memberi tekanan dan memberitahu ahli-ahli "kayu mati" bahawa walaupun kita menghargai usaha mereka sebelum ini, mereka haruslah melangkah ke arah lain. Kerja-kerja Majlis seperti berbahas, membentuk strategi dan dasar, mengerjakan butir-butir remeh-temeh dan melakukan kerja-kerja keras sepatutnya ditinggalkan kepada yang lain.
Sekarang ini, Majlis Peguam dilihat sebagai suatu "kejohanan pidato yang tidak berguna" ("pointless oratorical tournament" (1)) memandangkan tidak adanya usaha sepadan untuk membangkitkan pemikiran, dasar-dasar dan tindakan yang baru. Kita mesti menyelamatkan Majlis ini daripada terus merosot. Kita mesti melaksanakan hak-hak kita untuk mengundi, kita harus mengundi dengan bijak dan kita mesti mula berdebat mengenai isu-isu Badan Peguam secara umum.
Kita harus berhasrat menjadikan Majlis Peguam sebagai suatu badan yang dijalankan secara profesionalisme. Jawatankuasa-jawatankuasa yang kini dijalankan secara sukarela dan sambilan oleh peguam perlu dihentikan secara berperingkat. Paling tidak pun, peguam boleh dipanggil hanya untuk memberikan nasihat mengenai dasar-dasar dan untuk memastikan dasar-dasar itu dilaksanakan dengan sewajarnya. Majlis Peguam perlu diperbaharui sepenuhnya.
Satu lagi masalah yang besar adalah kekurangan maklumat yang disalurkan kepada kesemua ahli setiap hari. Ada di antara kita yang mendengar sesuatu perkara hanya apabila kita bekerja di peringkat jawatankuasa di Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam Negeri.
Keluhan akar umbi
Namun begitu, kita tidak mendengar cerita sepenuhnya atau sebenarnya. Terdapat banyak keluhan perasaan yang boleh didengar di peringkat akar umbi mengenai Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam Negeri. Namun orang yang sama, atau yang condong ke arah yang sama, diundi setiap tahun.
Hanya dua contoh dibawa:
(1) Adakah semua ahli, terutamanya ahli-ahli muda, mengetahui bahawa Majlis Peguam telah mengadakan majlis perasmian bangunannya di Kuala Lumpur pada 23 November 2004? Adakah semua ahli dijemput menghadiri majlia tersebut? Adakah peristiwa ini tidak cukup penting untuk kita semua dimaklumkan mengenainya ataupun dijemput? Atau adakah ia hanya untuk segolongan ahli-ahli elit sahaja?
(2) Apabila Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur hadir berjumpa dengan Ketua Hakim Negara, tahukah kita, siapa yang turut hadir? Saya telah mendapat tahu bahawa tiada pewakilan dari Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda yang hadir atau dijemput hadir.
Buat masa ini, dan bagi tempoh singkat, penyelesaiannya adalah untuk memastikan peguam muda memainkan peranan aktif dalam aktiviti-aktiviti Badan Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri.
Kita seharusnya sudi melibatkan diri dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang menarik minat kita dan menyumbangkan seberapa banyak yang boleh. Kita sepatutnya melafazkan soalan-soalan yang mencabar dan membuat sesuatu demi kebaikan Badan Peguam.
Mungkin sukar untuk dipercayai, berasaskan pengalaman saya sendiri, bekerja dalam jawatankuasa, membahaskan isu dan melaksanakan dasar yang dapat memperkaya dan membantu peningkatakan diri kita sendiri sebagai peguam muda.
Kita mesti faham bahawa terdapat banyak peluang di luar sana yang membolehkan kita berkembang dan boleh kita capai sebagai peguam muda. Kita mesti tekun, mengambil risiko dan merebut peluang-peluang ini. Penting sekali, kita tidak seharusnya berasa takut. Jikalau kita tidak menolong diri kita sendiri, tiada sesiapa lagi yang akan berbuat demikian.
Benteng terakhir
Badan Peguam Malaysia sememangnya dimaksudkan menjadi, dan adalah sebuah badan yang berani, berdiri teguh menentang segala ketidakadilan dan penindasan. Secara kebetulan, adakalanya, pandangan Badan Peguam tidak selaras dengan pandangan sistem politik yang sememangnya wujud.
Ini tidak bermaksud Badan Peguam anti-kerajaan atau pro-pembangkang. Majlis Peguam telah beberapa kali mengetuai badan peguam untuk menyokong pendirian Kerajaan dalam beberapa isu, dan tidak menyokong pendirian pembangkang dalam beberapa isu dan adakalanya, bertindak sebaliknya pula. Dakwaan-dakwaan kononnya Majlis Peguam sentiasa berkecenderungan ke arah 'anti-establisment' adalah berniat jahat dan tidak berasas.
Namun demikian, Badan Peguam, yang diketuai oleh Majlis Peguam, adalah salah satu daripada benteng terakhir dalam menegakkan keadilan, hak asasi manusia, aturan sosial, kebebasan dan keperlembagaan di Malaysia walaupun berdepan dengan kuasa besar negeri (2). Kukuh tertanam di dalam jiwanya adalah semangat kemanusiaan dan konsep 'betul dan salah'.
Secara substantifnya, ia membolehkan insan biasa seperti anda dan saya, peluang untuk membebaskan diri kita, untuk mendorong perubahan dalam masyarakat, untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengekalkan kebebasan diri kita sendiri. Jangan sampai kita kehilangan peluang ini.
Kita sebagai peguam muda, merupakan sebahagian daripada struktur ini. Jangan sampai kita terlupa hakikat ini atau membiarkan sesuatu untuk melemahkan semangat kita.
Sebaik sahaja kita menyedari bahawa perubahan memang wujud dalam diri kita sendiri, kuasa untuk mengubah berada dalam genggaman kita dan kita boleh bertindak untuk mengubah keadaan, maka hanya pada masa itu, barulah kita boleh mula mengharungi kehidupan kita dengan lebih sedikit, dan berharap, dengan perasaan yang kurang takut.
Nota
1. Satu ungkapan yang dicanangkan oleh Ernesto Che Guevara, yang mewakili Cuba, dalam sesi ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-19 di New York pada 11 Disember 1964
2. Malahan, Majlis Peguam juga telah berhujah untuk kebebasaan kehakiman dan hak-hak hakim-hakim dalam soal ketulusan kenaikan pangkat.

