Syabas Pak Lah, persetankan kritikan Amerika
Syabas kepada kerajaan kerana bertindak bijak dan berani membebaskan enam orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Islamiah (JI). Tentunya tindakan itu amat tidak disenangi oleh Amerika Syarikat yang menganggap JI dan anggota-anggotanya sebagai musuh nombor satunya di Asia Tenggara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuktikan kematangan dan jiwa merdekanya apabila berani menentang arus. Bagi lima orang tahanan yang terdiri daripada bekas pelajar di Pakistan itu, pembebasan mereka kelmarin amat besar ertinya.
Mereka adalah antara para pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang lalu. Empat daripadanya meraih 8A, 7A dan 6A dalam peperiksaan SPM manakala seorang lagi cemerlang di dalam STPM.
Mereka ialah Abi Dzar Jaafar, 18; Eddy Erman Shahime, 19; Mohd Radzi Abdul Razak, 19, dan Mohd Ikhwan Abdullah, 19, semuanya lulus cemerlang SPM manakala Mohamad Akil Abdul Raof, 21, mengambil STPM.
Sebagaimana Nur Amalina, pelajar dari Ulu Tiram, Johor yang menggemparkan seluruh negara dengan kejayaan 17A1, kelima-lima pelajar itu juga wajar dirai dan dibanggakan. Kelima-lima pelajar "asrama penuh ISA" itu bersama-sama Nur Amalina, patut menjadi ikon dan idola kejayaan bagi para pelajar lain.
Mungkin sesetengah orang lebih mengkagumi kejayaan kelima-lima pelajar tahanan ISA itu kerana mereka masih berjaya walaupun belajar dalam suasana yang kurang selesa. Dalam suasana tertekan (walaupun sebagai tahanan politik bukanlah suatu yang menggembirakan), dengan kemudahan pembelajaran yang serba kurang, mereka berjaya meraih kejayaan, sedangkan pelajar cemerlang lain belajar dalam keadaan serba selesa.

Mereka memperoleh 8A,7A dan 6A. Walaupun tidak secemerlang Nur Amalina, namun mereka membuktikan kepada kita kejayaan boleh dicipta di mana-mana juga. Apa yang penting ialah kemahuan untuk berjaya dan cemerlang.
Ubah lokasi sekatan
Kita tentu ingat pepatah Melayu ada mengatakan, benih yang baik, jatuh ke laut akan menjadi pulau. Itulah yang dibuktikan oleh Nur Amalina dan kelima-lima pelajar "asrama penuh ISA" itu.
Mereka membuktikan, walaupun tidak belajar di sekolah elit, sekolah berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kejayaan juga boleh diraih di sekolah biasa di luar bandar ataupun di dalam kem tahanan.
Kini jalan terbentang luas untuk semua pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran. Nur Amalina telah mendapat tawaran yang mencurah-curah. Kelima-lima pelajar tahanan ISA itu kini berpeluang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Walaupun masih dikenakan perintah tahanan terhad di daerah masing-masing, mereka sekurang-kurangnya berpeluang untuk memohon kursus jarak jauh. Malah jika ada rezeki, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri boleh memindahkan daerah sekatan mereka ke lokasi IPT tempat mereka diterima belajar.
Dengan tindakan bijaksana kerajaan itu, cerita kejayaan mereka tidak akan tamat di sini sahaja. Cuba bayangkan bagaimana nasib kelima-lima pelajar ini kalau kerajaan berkeras tidak mahu membebaskan mereka? Tidakkah kita membunuh tunas-tunas yang berpotensi dan bernas?
Sebenarnya kes para pelajar tahanan ISA yang cemerlang ini adalah satu ujian terhadap kerajaan untuk menunjukkan keikhlasan dan keberanian dalam memupuk budaya cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kejayaan dan komitmen para pelajar itu pada pelajaran mereka telah membuka mata pihak berkuasa bahawa mereka ke Pakistan untuk belajar, bukan untuk berpolitik. Mereka mungkin menjadi mangsa keadaan. Mungkin tersilap pilih kawan, duduk sebumbung dengan adik seorang lelaki yang sangat dikehendaki oleh pihak Amerika.
Dan kalaupun mereka bersalah, benar-benar terlibat dengan JI, tidakkah tempoh lebih setahun di kem Kamunting itu sudah mencukupi? Tentunya mereka sudah insaf terhadap kesilapan dan ketelanjuran mereka.
Gembirakanlah hati rakyat
Oleh itu, memang sewajarnya mereka dibebaskan bagi membolehkan mereka ikut serta bersama pelajar lain melangkah ke IPT. Mereka masih muda, perjalanan mereka masih jauh. Sebagaimana orang lain, mereka juga berhak mencorak masa depan sendiri.
Kelima-lima pelajar "asrama penuh ISA" ini wajar diberikan peluang kedua. Mereka perlu diberi kesempatan membaiki diri. Kalau sebelum ini mereka mungkin terpengaruh oleh anasir-anasir tidak baik ketika menuntut di luar negara, kini berilah mereka kesempatan untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi kita sendiri.
Para pelajar ini perlu diberikan peluang kedua, ketiga dan seterusnya kerana manusia adalah makhluk yang berubah-ubah sikap dan pendiriannya. Dan bagi para pelajar bekenaan, apabila diberi peluang kedua, gunakan sebaik mungkin bagi mencorak masa depan yang lebih cemerlang.
Letakkan agenda politik dalam senarai terakhir. Raih dahulu kejayaan dalam akademik dan kerjaya sebelum turun ke medan juang. Bagi kerajaan pula, apabila tahanan ISA itu dibebaskan dan diberi peluang melanjutkan pelajaran, kerajaan juga yang akan menikmati kesan positif dari tindakan itu.
Akan terserlah keikhlasan pentadbiran Datuk Seri Abdullah. Beliau akan lebih dihargai dan dihormati oleh rakyat termasuk ahli dan pemimpin parti-parti pembangkang. Kerajaan akan memperolehi 'keuntungan politik' yang besar daripada pembebabasan tahanan ISA ini.
Tindakan kerajaan itu tentunya disokong dan disambut baik oleh semua rakyat Malaysia. Lebih afdal bagi kerajaan bertindak menggembirakan hati rakyat sendiri daripada menjaga hati orang lain. Persetankan kritikan Amerika Syarikat terhadap pembebasan keenam-enam tahanan ISA yang dianggap sebagai kader-kader JI itu!