Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

(It is good that Dr Mahathir has come out strongly against corruption but personally, I wish he could have done more during his over 20 years in office, such as carrying out anti-corruption campaigns to create awareness of the delibitating impact of corruption) .

Dr Mahathir berkata:" Saya fikir ini satu cara nak tahan saya, nak tutup mulut saya. Apa yang saya cakap ini bukan kerana saya nak cakap tetapi kerana ada orang tanya tentang rasuah. Jadi kalau tanya, saya jawablah, kalau tidak mahu, tak usah tanya saya".

Dr Mahathir berkata beliau sampai menangis secara terbuka dan membaca doa macam-macam, meminta (orang) supaya jangan terlibat dengan rasuah sebab ini soal nilai hidup yang mulia. ( Bernama 30 Mei, 18:40 PM )

'Saya buat macam-macam (ketika menjadi Perdana Menteri) tetapi saya tak nak ceritalah apa yang dibuat. Tidak adillah kalau nak kata saya tak buat apa-apa," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Seri Kembangan semalam berhubung tulisan editor kanan The Star , Datuk Wong Chun Wai, yang disiarkan akhbar itu kelmarin. ( Berita Harian 31 Mei 2005)

Pemuda Umno menyifatkan individu yang mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai pengecut kerana hanya berani berbuat demikian ketika pemimpin itu sudah melepaskan jawatan. ( Berita Harian 1 Jun 2005)

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memiliki 70 peratus saham dalam Stesyen Penyiaran, TV3 dan New Straits Times (NST).

"Saham itu bernilai RM500 juta, saya ada dokumen-dokumennya," jelas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Sungai Rusa, malam tadi.

"Itu semua fitnah, saya tidak membeli sebarang saham. Saya hanya ada 200 saham 'Malaysian Tobacco' yang dibeli sebelum saya menjadi Menteri. Itu sahaja saham yang saya ada, selain ASN dan ASB," jelas Mahathir ketika menafikan tuduhan Anwar. ( Laman Malaysia Today - 29 Mei 2005 - Zulkifli Muhamed) .

Siasat semua...siasat Anwar, siasat Mahathir, siasat Pak Lah, siasat Najib, siasat semua pemimpin Umno, siasat pemimpin pembangkang..siasat semuaaaaa..! Siapa berani disiasat? ( Laman Malaysia Today - 1 Jun 2005 - Jomsedarkandiri 12:32:16 pm)

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS