Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Malaysia kini di persimpangan antara menjadi lebih baik atau menjadi lebih buruk.

Pada ketika ini, hampir setahun selepas Barisan Nasional (BN) disingkirkan daripada kuasa, Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang benar-benar demokratik. Kerajaan tidak lagi mengawal media.

Malahan pada ketika ini, parti pembangkang iaitu Umno masih lagi menguasai media.

Tidak kurang juga dengan PAS yang tumpang sekaki selepas perkahwinan mereka dengan Umno menjadi sah.

Sementara parti kerajaan masih lagi tercari-cari rentak menggunakan media.

PM boleh dikritik sesiapa sahaja

Pakatan Harapan (PH) ternyata menunaikan janji menjadikan Malaysia sebuah negara yang demokratik.

Hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad boleh dikritik oleh sesiapa sahaja termasuk daripada parti komponen PH sendiri.

Parti pembangkang juga dibolehkan mengkritik perdana menteri tanpa perlu takut untuk ditangkap atau dipenjarakan.

Berbeza dengan zaman BN ketika Najib Razak berkuasa dahulu.

Hari ini, antara cabaran utama PH ialah untuk memastikan negara terus stabil dan harmoni.

Api perkauman tersebar

Kebebasan yang diberikan disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya.

Ketika kebebasan diberikan, kebencian yang disebarkan.

Parti pembangkang seperti Umno dan PAS meniupkan api perkauman sehingga berkemungkinan besar boleh menjejaskan kestabilan negara.

Sudah sampai masanya untuk PH mengukuhkan kekuasaan. Kuasa yang ada harus digunakan untuk memastikan Malaysia menjadi lebih baik.

Tindakan tegas harus diambil terutamanya kepada pihak-pihak yang terus menerus mahu memporak-perandakan negara.

Api perkauman dan kebencian agama harus dihentikan. Sudah tiba masanya golongan ini dihantar ke penjara.

Undang-undang perlu digunakan jika tidak mahu Malaysia mengulangi sejarah yang berlaku di New Zealand baru-baru ini apabila tembakan secara terbuka dilakukan di rumah ibadah hanya kerana kebencian kepada agama yang berbeza.

PH mesti mula bertindak sebelum barah menjadi parah.

Malaysia harus terus kekal harmoni dan terus menjadi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Bukan negara untuk sesuatu kaum dan agama sahaja.


AMIN ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan beliau merupakan pandangan peribadi atas kapasiti sebagai seorang penulis dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang “mungkin” beliau pegang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS