SRJK(C) hadapi reformasi?
Mesyuarat meja bulat antara Dong Jiao Zong (ringkasan bagi Dong Zong dan Jiao Zong ) dan Kesatuan Kebangsaan Guru Besar Sekolah Cina (KKGBC) telah diadakan di Pusat Pendidikan Dong Jiao Zong Kajang pada 18 Mac 2006.
Dilaporkan bahawa 4 persetujuan berikut telah dirumuskan dalam suasana yang mesra. Di bawah ini diringkaskan persetujuan-persetujuan terbabit:
1. Kuasa Jawatankuasa Pengelola SRJK(C): Oleh kerana Peraturan Baru Jawatankuasa Pengelola SRJK(C) di bawah Akta Pelajaran 1996 masih belum diumumkan, dan kuasa dan bidang pengendalian Jawatankuasa Pengelola yang termaktub di dalam Akta Pelajaran lama, termasuk kuasa pengendalian kedai buku, kantin, dewan, harta benda, akaun dan tanda tangan cek sekolah telah terhakis dan diperlemahkan oleh pelbagai panduan peraturan dan pentadbiran Kementerian Pelajaran, maka di bawah pimpinan Jawatankuasa Pengelola Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Murid Tua Sekolah hendaklah bersatu padu demi membela dan memperjuangkan kuasa Jawatankuasa Pengelola SRJK(C) seperti tersebut di atas.

2. Pengendalian kantin sekolah: Pengendalian kantin adalah kuasa Jawatankuasa Pengelola sekolah. Oleh itu, Panduan tender kantin sekolah Kementerian Pelajaran 2004 adalah tidak sesuai bagi aliran SRJK(C). Panduan baru hendaklah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengesahkan kuasa Jawatankuasa Pengelola SRJK(C) dalam:
- Menawarkan tender, membuka tender dan menandatangani kontrak tender;
3. Ditubuhkan suatu Badan Pengendalian dan Pemantauan yang berkesan di bawah pimpinan Jawatankuasa Pengelola Sekolah dan dianggotai oleh guru besar, guru, ibu bapa pelajar dan murid tua sekolah untuk mengendalikan segala urusan penggunaan buku teks dan buku kerja, pengendalian kelas celik computer, kelas tuisyen, kelas bimbingan dan aktiviti luar kurikulum yang kena bayaran, agar ketelusan dan keberkesanan dapat dicapai, dan amalan rasuah dan salah guna kuasa dapat dicegah.
4. Suatu Jawatankuasa Kerja Khas akan ditubuhkan oleh Dong Jiao Zong untuk mengumpul maklumat dan saranan terbabit agar suatu panduan mengenai fungsi dan operasi Badan Pengendalian dan Pemantauan tersebut dapat dirangkakan agar ia dapat menjadi rujukan bagi Jawatankuasa Pengelola Sekolah, guru besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, dan Persatuan Murid Tua Sekolah seluruh negara.
Dari persetujuan-persetujuan tersebut, jelas sekali kecenderungan Kementerian Pelajaran untuk menghakiskan kuasa Jawatankuasa Pengelola SRJK(C) seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, dan kelambatan dalam mengeluarkan Peraturan Baru Jawatankuasa Pengelola SRJK(C) di bawah Akta Pelajaran 1996 merupakan punca utama kekaburan bidang kuasa antara guru besar dan Jawatankuasa Pengelola SRJK(C).
Kakitangan kerajaan
Sebagai kakitangan kerajaan, guru besar nampaknya telah diperalatkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghakiskan kuasa Jawatankuasa Pengelola SRJK(C). Amalan Kementerian Pelajaran yang tidak sah di sisi undang-undang tersebut patut diperbetulkan melalui pengeluaran Peraturan Baru Jawatankuasa Pengelola SRJK(C).
Pimpinan Jawatankuasa Pengelola SRJK(C), dengan kerjasama guru besar, guru, ibu bapa pelajar dan murid tua telah memberi sumbangan besar kepada pendidikan negara dari segi kewangan dan pentadbiran, sehingga menjadikan SRJK(C) antara aliran sekolah rendah yang amat berjaya.
Oleh itu , amalan menghakis malah merampas kuasa pengendalian Jawatankuasa Pengelola SRJK(C) oleh Kementerian Pelajaran akan dianggap sebagai tindakan tidak mengenang budi dan keangguhan kerajaan dalam menolak sumbangan Jawatankuasa Pengelola SRJK(C) yang terbukti kejayaannya.
Kali ini, KKGBC yang menghadapi krisis kepimpinan kerana tidak tegas dalam menyokong kuasa Jawatankuasa Pengelola Sekolah dan seolah-olah cuba memperlindungi guru besar yang terlibat dalam amalan rasuah dan salahguna kuasa, terpaksa berkompromi dengan Dong Jiao Zong agar kemarahan ibu bapa pelajar dan kempen mendedahkan amalan rasuah dan salah guna kuasa guru besar dapat dibendung.
Namun, keikhlasan KKGBC dalam menyokong pimpinan Dong Jiao Zong dan kempen anti amalan rasuah dan salah guna kuasa di SRJK(C) masih belum teruji, dan tidak dapat dinafikan bahawa ramai lagi yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.
Bagaimanapun, ia telah memberi suatu peluang bagi semua pihak untuk berjasa demi menebus kesalahan dari segi etika (jika ada), dan memberi sumbangan positif kepada pendidikan negara kita.